Food Review,

Nak Makan Dan Minum PERCUMA Di Paradigm Mall Petaling Jaya

7:00 PG Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebut sahaja pasal makanan PERCUMA memang ramai yang terbeliak biji mata siapa tak nak kan. Maha sendiri kalau dapat pun nak. Tapi ada caranya korang nak dapatkan makanan dan minuman ini di Paradigm Mall Petaling Jaya.

Sebagai sebuah pusat beli-belah ikonik yang sentiasa memberikan kepuasa dan kelainan kepada pengunjung setia mereka, kali ini membawakan kempen 'Taste of Paradigm - Spend and Be Rewarded'. Itu yang Maha baru baca pasal mall ini yang korang juga jangan lepaskannya. Peluang untuk makan sepuas-puasnya dengan segala tawaran lebih 100 buah restoran dan F&B yang ada di dalam mall ini. Kempen ini tengah berjalan sekarang ini bermula dari 19 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada 17 November 2019 nanti.

Macam mana nak sertai kempen ini mudah sangat korang ikut jer langkah-langkah yang Maha tulis :
1) Dapatkan pasport 'Taste of Paradigm' di kaunter Concierge aras G.
2) Belanja sekurang-kurangnya RM30 dimana-mana restoran atau kedai F&B yang terlibat dalam mall tersebut dan kumpulkan setem.
3) Cukup sahaja jumlah setem yang dikehendaki korang boleh tebus makanan percuma di mana-mana restoran dan kedai F&B yang turut serta.

Tak silap Maha ada banyak restoran yang terlibat dalam kempen ini berada di Paradigm Mall tersebut. Di antaranya adalah Sepiring, The Chicken Rice Shop, Waffuru Cafe, Seaweed Club, The Energy Club, Fish & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe, Paparoti dan banyak lagi. Korang boleh datang bila-bila masa dalam tempoh kempen dan makan kemudian dapat setem untuk dikumpul.

Mudah bukan caranya sebab korang memang akan makan bila dah penat shopping kat dalam mall tu. Jadi alang-alang makan tu pergi sekali dapatkan setem tak rugi pun. Lepas tu nanti korang boleh dapat makanan dan minuman percuma. Baru-baru ini pula mereka baru sahaja buat pengubah suaian kat aras LG yang sekarang menempatkan Food Arcade. Dalam tu ada macam-macam pilihan makanan seperti makanan Melayu, Itali, Timur Tengah, Thai, Jawa, Hong Kong dan Taiwan.


So masa untuk makan dan makan lagi di Paradigm Mall Petaling Jaya untuk menyertai pertandingan 'Taste of Paradigm'. Korang boleh makan dengan kawan-kawan atau orang tersayang nak cukupkan harga dalam satu resit. Jimat dah kat situ nanti boleh tebus makanan percuma lak memang best. Selamat menjamu selera semua ok.


Butiran lanjut tentang kempen dan restoran yang terlibat boleh layari :










13 ulasan:

  1. Sedapnya kan tengok menu ni semua! Yaya baru tahu kat Paradigm Mall ada macam-macam restoran dan kafe yang menarik kat sana. Nak pergilah nanti kumpul setem boleh redeem! Nyumss

    BalasPadam
  2. Look so tempting!
    I nak gi juga dgn kawan.
    Sorang tak mampu nak habiskan !
    Thanks for sharing.

    BalasPadam
  3. Memang sedap semuanya.. Lagi2 coklat tu.. Nanti nak terjahla.. Lama gak tak pergi Paradigm mall ni.. Makan lepas tu kumpul setem dan bolehbtebus mknn secara peecuma

    BalasPadam
  4. semua sedap2, saya ni chocolate lover, memang suka la kalau nampak benda2 coklat ni. insyaAllah akan ke paradigm mall untuk kempen ni

    BalasPadam
  5. Paradigm Mall ek? Best la ada sistem ganjaran sebegini. Harapnya lebih banyak mall buat sebegini maka kita pun lebih suka makan di mall ye tak. Especially bila MM belanja tak gitew

    BalasPadam
  6. Suka betul dengan perkataan percuma ni hehehe. Best ada kempen macam ni, pelanggan pun makin suka datang. Banyak pilihan makanan pula tu nyumssss.

    BalasPadam
  7. Kita xpernah smp kat paradigm mall. Mmg plan nak pergi boleh la nnt join contest ni.. mana tau rezeki menang kan

    BalasPadam
  8. Lama dh tak ke Paradigm Mall..baru tahu ada tmpt makan sedap2 kat sana. Nanti nak ke sana lah..actually tak jauh pun dr rumah sis

    BalasPadam
  9. Kalau bab makan memang bagi la kt MM..smuanya sedap2..nk p paradigm mall tue xtau la bila..btw thanks for sharing MM..

    BalasPadam
  10. Tak pernah lagi ke Paradigm mall, bolehlah terjah lepas ni. Saya mmg suka bab makan free ni. Thanks share ya.

    BalasPadam
  11. Beatnya la tengok makanan-makanan tu semua... seriously tempting sangat uollssss... lebih-lebih lagi bila ada reward... wow!!! memang memanggil-manggil untuk ke sana... dah lama sangat juga tak ke Paradigm Mall ni... ini bermakna, kena pergi ke sana kannnn...

    BalasPadam
  12. semua nampka terliur, paradigm mall dah macam kedai makan ada. Semua saya tak cuba lagi. Nnati nak try la sana.

    BalasPadam
  13. eh ni yg mls singgah page dia ni sume mknan je TAHU X I START DIET RINI! HAHAHAHHHA habes laa tat telor tu dapnya omg

    BalasPadam