Chines Cuisine,

FUHU Restaurant Membawa Suasana Makanan Asia Bertaraf Antarabangsa

7:00 PG Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Resorts World Genting (RWG) adalah lokasi restoran makan malam yang pertama dari FUHU Restaurant. Konsep baru yang dibawakan oleh FUHU adalah pengalaman santapan unik menawarkan masakan Cina kontemporari oleh Celebrity Chef Alvin Leung.

Restoran ni kalau korang masuk sangat exclusive dari segi dekorasi dalaman seperti sebuah kelab. Ia mampu memuatkan sehingga 150 orang pengunjung dalam satu masa. Pada dinding restoran ada mural 'Lucky Tiger’ yang membawa maksud dalam bahasa Mandarin. FUHU adalah penggabungan makan, muzik dan kehidupan malam dengan hiasan chinoiserie yang memainkan unsur-unsur tradisional Cina. Secara benar restoran ini tiada halal kerana mereka menyajikan minuman alkohol kepada pengunjung bukan beragama Islam dan juga ia adalah Pork Free.




Idea kreatif chef Alvin Leung membuahkan hasil dalam menu yang unik gabungan timur dan barat. Mencerminkan rasa Asia dengan sikit sentuhan moden menjadi menu sini boleh diterima ramai. Hidangan signature di sini adalah Aromatic Crispy Duck, lengkap dengan sos morel truffle sebagai pilihan iringan,. Daging itik dimasak perlahan dan juga ada roti putih untuk dimakan sekali. Cara makan itik ini adalah dengan menghancurkan daging itik dan dimasuk bersama sos dalam roti tersebut.
Aromatic Crispy Duck


Boston Lobster Noodle

Salt & Pepper Squid

The Generals Fried Chicken with Waffle

Menu lain yang menjadi tumpuan adalah Boston Lobster Noodle, Salt & Pepper Squid, Spicy Granny TofuDuck Essence Porridge, The Generals Fried Chicken with Waffle dan Banyak lagi. Makanan style Cina ini memang kena nikmati secara perlahan-lahan dan ejoy agar kita dapat rasai setiap penjuru bahan yang digunakan. Akhiri makan malam anda dengan dessert istimewa mereka iaitu Double Sundae
 Spicy Granny Tofu

Duck Essence Porridge

 Double Sundae

Restoran ini terletak di Aras G, Sky Avenue dan berdekatan dengan Zouk serta ReadTail Karaoke. Kat sini mereka jadikan sebagai lokasi hiburan diwaktu malam untuk tetamu yang datang ke Genting Highlands. Masa untuk habiskan suasana sejuk dan gelap di puncak tinggi sambil makan dan berhibur. FUHU Restaurant beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad jam 6.00petang hingga 1.00pagi. 

IMAGINATRICKS


Di Genting International Showroom masih lagi berlangsung Imaginatricks. Iaitu satu persembahan akrobatik menggabungkan unsur humor dan juga muzikal yang menghiburkan. Korang boleh tonton persembahan ini sekarang sehingga tahun depan iaitu 24 Mei 2020. Ada slot setiap hari pada jam 8 malam kecuali pada hari Ahad pada jam 4 petang. 






Tiket berharga RM196 (Lebih Pilihan), RM146 (PS1) dan RM96 (Galeri). Yuran pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00 dikenakan. Ahli GRC (Genting Gewards Card) menikmati diskaun 10% standard melalui tunai, kad kredit atau penebusan Genting Points. Kalau korang nak tahu pasal persembahan ini lebih lanjut boleh pergi ke post Maha sebelum ini iaitu IMAGINATRICKS Persembahan Akrobatik Menakutkan Dan Menggerunkan








3 ulasan:

  1. Balasan
    1. ok kat Genting ni banyak pilihan tapi kena pandai pilih jer hehehehe banyak yang sedap...

      Padam
  2. haa kan, Genting lagipun, mesti banyak pilihan

    BalasPadam