Cendol,

Viral Cendol Kampung Hulu Dari Melaka Kini Boleh Dinikmati Orang Kuala Lumpur

7:00 PG Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang search Cendol Kampung Hulu memang cukup popular tau ramai orang dah mencuba cendol terbaik dari Melaka ini. Tapi sekarang ni orang Kuala Lumpur pun boleh nikmati cendol yang sama kini diterletak di dalam Aeon Big Mid Valley. Ini juga merupakan cawangan ketiga cendol ini dimana HQ mereka di Melaka dan yang kedua di Muar.

Bagi Maha specialnya cendol ini menjadi pilihan orang ramai dan tular dimana-mana kerana cara penyediaan cendol itu sendiri. Selalu kita tengok setengah tempat mereka akan kisar ais untuk jadi base kemudian baru diisikan dengan santan dan juga gula Melaka. Tapi Cendol Kampung Hulu ini lain sangat dimana mereka akan bekukan santan dan kemudian santan itu dikisar menjadi base. Dicampur pula dengan bahan utama lain iaitu cendol dan juga gula Melaka menjadi ia kombinasi yang cemerlang lah.




Cendol sini lain daripada yang lain kerana banyak pilihan topping yang boleh dipilih mengikut selera kita. Senarai cendol yang terdapat di cawangan ini:-

Cendol Durian
Ini adalah cendol pilihan Maha kerana memang sangat suka kepada durian. Kat sini mereka menggunakan antara dua jenis durian iaitu D24 dan IOI. Kat sini mereka bukan bagi pes durian tau tapi mereka bagi dua ulas durian. Kat sini mereka sentiada ada stok durian walaupun bukan musim durian tau. Memang tak kedekedut korang tengok lah puas makan dan satu padanan yang mantap.

Cendol Longan
Ini pula cendol yang kedua Maha suka iaitu Cendol Longan. Boleh tengok betapa banyaknya isi longan diletak kat atas cendol tu. Satu mangkuk tu sangat kenyang kalau korang makan tau memang best. 

Cendol Dragon Fruit
Cendol ini menggunakan isi Buah Naga yang asli. Mereka tak guna buah naga yang putih tau kerana yang warna merah atau ungu ni lebih manis dan sedap. Bila korang hirup cendol dan kena kunyah sekali buah tu baru dapat rasa.

Cendol Corn
Jagung juga adalah satu gabungan yang sesuai dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia ini. Cendol Jagung kat sini sangat sesuai untuk korang isi dengan topping aiskrim vanila kat atasnya. Yang lain pun boleh juga letak aiskrim tapi bagi Maha yang ni sangat padan.

Cendol Cocktail 
Ini nampak macam lebih kebaratan sikit sebab topping kat atas cendol tu ada buah cocktail. Buah cocktail dari dalam tin ni sangat manis tapi kat sini ia dipadankan dengan kemanisan dari gula Melaka. 

Cendol Buah Kabong 
Buah Kabong ni adalah sejenis buah dari pokok yang tinggi perlu dikupas untuk dapatkan isi dari biji seperti Pinang. Buah ni lembut dan memang selalu orang akan masukkan dalam minuman dan dalam minuman cendol ni pun ia gandingan yang sangat serasi. Kalau siapa suka buah ni boleh dapat setiap masa tiada musim.

Cendol Kelapa Laut Madu
Kelapa Laut pun sama juga adalah situ isi yang diambil dari buah seakan kelapa berwarna hitam. Perlu dikupas dan dikeluarkan isinya untuk dinikmati. Selalau dihasilkan minuman yang dapat menyejukan tekak diwaktu panas. Gandingan dengan cendol ni pun menjadi dan tidak terlalu over rasanya just nice sebab dalam tu dah ada gula Melaka.

Cendol Regular
Ini adalah cendol biasa yang mana dalamnya ada isi cendol, red bean, gula Melaka dan juga ais santan yang dikisar halus. Nak hebat lagi cendol biasa ni korang boleh letakkan di atasnya aiskrim vanilla, atau krim cheese. 



Semua harga cendol ni sama jer RM10.00 untuk satu mangkuk cuma kalau yang cendol Durian tu jer RM20.00 mahal sikit sebab guna Durian berkualiti manakala cendol biasa RM8.00. Kemudian kalau korang nak tambah lagi aiskrim atau buah-buahan di atasnya kena add on RM2.00. Gerai ni buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam sebab dalam mall. Nak cuba tak perlu ke Melaka kat KL pun ada juga. Selamat mencuba.

Info lanjut tentang Cendol Kampung Hulu ni boleh ke laman sosial media mereka di sini:







17 ulasan:

  1. meriahnya cendol dia....

    BalasPadam
  2. Buah buahan tu nampak sangat sedap ditambah pula dengan cendol dan ice cream. Bagi saya portion tu banyak juga. Kena makan slow2 untuk menikmati keenakkan rasanya kan?...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum bro.~ Sedap makan cendol nampak. haha. Melihat pada harga. memang ia mampu milik kerana ia berpatutan rasa jika Kuala Lumpur. Terbaik review bro

    BalasPadam
  4. Sedapnya wakkk..awasss yeee tak hajak kte! Haha..meriah nau nampak cendol2nya

    BalasPadam
  5. Macam2 flavor ada eh. Tapi banyak2 rasa tu, tekak Nur suka cendol kacang merah & cendol durian je. Pernah try cendol mangga macam tak boleh terima pulak tekak ni. Tapi lain orang lain selera kan? Hihi

    BalasPadam
  6. Nampak sedap ya cendol ni. Saya selalu makan cendol yg jual tepi jalan tu ja. Bolehlah lepas ni pegi midvalley nk try cendol ni. 👌

    BalasPadam
  7. Still wajib kena dtg Melaka ekk, Mahadi. Makan cendol kg hulu tepi sungai. Cruise lalu, lambai...
    Then solat kat Masjid Kg Hulu.
    Sedap ni. Da 2 kali aida gi sana. Tak boleh kerap,sebab ramai org! Beratur panjang nak beli cendol ni.

    BalasPadam
  8. best weih. sejuk tekak. macam macam perisa pulak tu ada.

    BalasPadam
  9. Perghhh semua nampak sedap la cendol dia tapi awat harga pun nampak cendol juga :( Bagi seorang food lover sangat berbaloi dapat rasa cendol premium sebegini kan tuan :) Apa pun terbaik juga perkongsian tuan kali ni.

    BalasPadam
  10. wah. bukan main seronok maha mahu dapat cendol ye
    penyediaan daripada mereka pon dijaga siap masak sarung tangan. lain machiam.hehe
    best2. nak try la nanti harga mampu milik lagi rm10 tu

    BalasPadam
  11. Wowww dah variasi cendol modern. Nampak menarik dan banyak pilihan. Wahhhh HQ dekat melaka ngn mua now ade kt key el. Sedap makan cuaca pns berjerebu ni.

    BalasPadam
  12. Senang lah orang KL pasni nak makan cendol kampung hulu ni. Tak perlu ke Melaka dah. Haishhh teringin plak. Bila nak ada kat ipoh plak ni...craving craving!!

    BalasPadam
  13. Dugaan apakah ini..kita dah la peminat cendol. Macam-macam jenis buah yang depa letak dalam cendolkan. Tapi kita paling terpikat dengan cendol durian tu wakkk.

    BalasPadam
  14. Uishhhh...sedapnya tengok pilihan cendol diaorang Madi. Tak pernah lagi try dari diaorang ni, bolehlah nanti cuba. Seronok tengok blog Madi sebab banyak suggestion makanan.

    BalasPadam
  15. Yang ada durian tuuuuu
    Sedap yaaa lahaiiii
    Lama tak makan cendol.. Balik amik anak japgi rasa nk mkan cendol la.. Tpi xdak durian yang tu😅

    BalasPadam
  16. Alllahu !!! menyesal pulak baca entri nie malam2 buta macam nie. kita nie memang peminat cendol. okay nanti kita nak singgahlah. dekat je dekat midvalley. boleh datang nie.

    BalasPadam
  17. kita dah cuba. memang sedap. nanti kalau ke KL nak repeat lagi lah. menarik sangat semua. tak tahu nak oder yang mana huhu

    BalasPadam