Arabian Food,

Oh My Kunafa Pencuci Mulut Penuh Dengan Cheese Leleh

Rabu, Ogos 21, 2019 Mahamahu 35 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Posting kali ini penuh dengan lelehan cheese dan juga kemanisan siapa yang tidak boleh tengok diharap terus tengok yer wakakaka. Bukan apa kali ni Maha nak bawakan kepada korang satu makanan yang bukan daripada Malaysia. Ia merupakan makanan yang bergitu popular dari Timur Tengah.

Kalau korang biasa ke restoran Arab atau Turki di Malaysia dessert ni memang wajib ada tapi dalam saiz besar. Tapi kali ini memperkenalkan kepada korang pencuci mulut Kunafa dalam saiz kecil dan comel. Pencuci mulut ni kalau korang biasa makan memang bila tarik cheese yang ada dalam tu sangat banyak dan meleleh. Mereka buat Kunafa ni tak silap Maha menggunakan Cheese Akkawi yang berasal dari Palestin beserta dengan Mozarella cheese. Sebab tu sangat Cheesy kata orang putih.

Perhhhh mana Maha tahu semua ni sebab Maha dah rasa sendiri Kunafa yang dibuat oleh seorang usahawan tempatan. Korang boleh search jer kat Facebook 'Oh My Kunafa' kat situ ada banyak cerita pasal kesedapan pencuci mulut ini. Juga dalam FB Page tu ada senarai ejen untuk korang nak tempah.

Kalau korang order Kunafa kat sini mereka akan hantar kepada korang dalam bekas seperti dalam gambar ini. Dalam bekas tu ada satu mangkuk high barrier aluminium foil yang mengandungi Kunafa dalam nya. Kemudian ada sekali disediakan satu botol Sirap Rose atau air gula yang manis dan wangi serta juga kacang Pistachio yang telah dihancurkan bersama dengan beberapa kuntum Rose Merah.  



Memang kalau korang makan Kunafa ni kat mana-mana restoran mesti ada semua ni dan itu juga lah yang korang akan dapat bila order kat sini. Satu pek pencuci mulut ni harga hanya RM30.00. Kos penghantaran lain mengikut lokasi. Jangan risau kerana Maha tengok kat FB tu ejen mereka ada di serata Malaysia jadi boleh jer nak order dari mana-mana korang berada selagi ada perhubungan internet githuww. Tiada minima order untuk Kunafa ni ejen akan hantar kalau nak COD pun boleh.

Cara nak makan Kunafa ni pun sangat mudah. Dalam bekas yang dihantar tu disediakan nota panduan untuk korang nak panas atau masak pencuci mulut ni. Bukan nak masak sangat pun ia hanya untuk kita cairkan cheese yang ada dalam doh tu agar bila kita makan terasa cheese leleh dan lembut. Kaedah nak panaskannya banyak cara korang boleh keluarkan Kunafa dari bekasnya atau panaskan terus dari bekas tu menggunakan oven dengan suhu 180°C hingga 200°C dalam masa 10-15 minit. Juga boleh guna microwave, airfryer, magic pan atau kukus.

Cuma nak pesan lepas sahaja korang panaskan Kunafa ni terus tuangkn air gula tu dan juga taburkan sekali dengan kacang dan kelopak rose yang telah diramas-ramas. Ini kerana cheese tu cepat mengeras kalau korang biar lama pada suhu biasa. Tak sedap lak nanti. Kalau korang nak lebih manis letak lebih air gula tu ikut kesukaan korang. Bagi Maha satu botol yang disediakan tu sesuai untuk satu bekas Kunafa tu.

Dessert ni sesuai sangat untuk korang buat minum petang atau juga hidang selepas makan tengah hari atau malam sebab nama pun pencuci mulutkan. Kunafa ni boleh tahan lama korang hanya perlu simpan dalam peti sejuk jangan peti beku lak. Lepas tu masa nak makan defrost sekejap dalam 15 minit dan baru start bakar. Satu bekas Kunafa tu memang boleh kenyang sekali makan untuk seorang tapi kalau Maha kena dua wakakak sedap doh.



Lepas ni tak perlu nak pergi sampai ke Timur Tengah nak cari dessert ni kan kat Malaysia dah ada yang buat. Memang menarik lah bagi Maha sesuatu yang baru dan juga jarang-jarang kita nikmati. Nanti korang boleh contact mereka kat FB page mereka ok. Dah cuba nanti macam biasa korang tinggalkan komen kat sini nak tahu juga pengalaman korang mungkin ada yang pertama kali makan Kunafa ni kan. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan lanjut layari :
                    https://www.facebook.com/fanthaghiro.roses








35 ulasan:

  1. pernah makan benda ni dulu2 adik pernah pergi beli masa dia belajar agama dekat arab kut tak ingat dah lama hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  2. ha ha ha diet sgt lah tu ye, maha. poyo! ha ha ha ha...
    siap pakai tudung bila menjamu selera makanan arab. terbaik!
    sungguh nak tau pe rasa nyer.
    aida jarang makan dessert arabian night ni.
    yg tahu, roti nyer cicah kari kambing. nasi arab jer. dessert jarang oder.

    BalasPadam
  3. Dah lama cari kunafa ni. pernah makan kat kedai arab dulu, tak sedap langsung..huhu. nanti nak la try oh my kunafa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  4. Makes me feel so hungry now. I love cheese so much and definitely will try this out. Will get 1 this weekend to share with my children.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  5. Baru tau ada kunafa ni. Kalau pasal cheese memang tersangatla suka. Nanti nak try la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  6. Yum!!!!!!! You make me craving for kunafa. I x pernah makan lagi desert kunafa. As a cheese lover I definitely wanna try. Thanx for introducing kunafa to me. Have a good day.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  7. Kite ketinggalan ke ape nie..sbb xpena dgr or makan kunafa nie..nak kena try la sekali..thanks maha share about kunafa nie..nampk cheese tue yg xleh tahan..hehe

    BalasPadam
  8. Woahhhh satu tu RM 30? Confirm byk cheese and kacang tu dia letak. Sedapnyaaa dah lama tak makan kunafeh. Last time makan yg turki pny tapi manihhh ya ampun. But nasib baik this one dia asingkan air gula tu. Boleh letak sikit je tak banyak2. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  9. wow Maha, siap berbaju ala-ala Mat Arab lagi. terbaik! Baru la feeling makan makanan timur tengah kan. nampak sedap lah. nnt nak try!

    BalasPadam
  10. Hai saya agent Oh My Kunafa .. Untuk Order boleh wasap. www.wasap.my/+60148025331/kunafa

    BalasPadam
  11. Pertama kali nak tanya, sedap tak? haha. Terima kasih bro share satu makanan yang Naim pertama kali mendengarnya

    BalasPadam
  12. Fuyooo sedapnya...memalam tgok jadi lapor lah pulak. Cam mana lah nak diet bila asyik tgok makanan sedap2 kat sini..huhuhu. Nanti nak cuba gak lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  13. Besarnya papan pemotong pak arab nie nak makan kunafa. Beriya ye pak arab.
    Silakan belanja saya makan satu kunafa nanti ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  14. Pergh! Terbaiklah Maha! Cheese banyak memang best! Memang muailah makan! Saiz kecil ni mmg sesuai ntk kita cuba dan makan kunafa.

    BalasPadam
  15. jahatnya posting ni. haha. ni baru tengok blog. kalau tengok youtube maha entah apa lah yang basah atas keyboard duk menitik.

    BalasPadam
  16. Wah nampak sedap je dessert dari timur tengah ni. siap pakai ikut tema lagi. adoi kita dah hantu desserr & cheese. jadi terliur plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

      Padam
  17. Assalamualaikum hye semua sy Agen #ohmykunafa Area Klung, Airhitam senai & sekitar Johor yang berminat boleh whatsaap Mas ya Ready Stok & Stok Terhad.kunafa Boleh pos di Seluruh Malaysia. 😍 whatsapp Mas +60177115791/ Follow @DeliciousbitebyMastura

    BalasPadam
  18. ok, first time dengar nama makanan ni hehe, tq for shairng . unik namanya. part cheese meleleh tu memang meleleh ayaq liuq dengar hehe

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  20. Amboii, terkezut kita bila scroll nampak maha pakai camtu. Haha in character sangat tu wak

    BalasPadam
  21. Hnmm.. mcm sedap jet dedet dia. xpernah lg mkn, rasa dia mcm mana?

    BalasPadam
  22. Ya habibi ya kunafa!!hehehe.Ritu tengok video terus rasa nak beli. Macam mana lah rasa kunafa ni. Mesti sedap!Nak kene try. Thanks share

    BalasPadam
  23. kita dah lama teringin cuba dessert kunafa nie. ramai kata sedap dan manis. tapi ada juga yg kata kunafa nie kadang ias angat berherba jadi rasa dia akan kick sikit. apa2 pon kita teringin nak tahu dan cuba rasa. nanti nak beli jugaklah

    BalasPadam
  24. Suka tengok video maha aritu tapi tak cuba ni lagi. Nanti nak cuba. Terliur tengok maha makan aritu. Hahahaha

    BalasPadam
  25. Klu pos berapa hari bole tahan ye klu x masuk dlm freezer? Mcm mana nk tahu klu knafeh ni dlm keadaan x ok lg sbb dh lama kt luar? Tq

    BalasPadam
  26. I have been waning to try this dessert but have yet to get one. OMG it looks so delicious. :D

    BalasPadam