Aitea,

Aitea By Thaitee Tea Yang Pertama Boleh Di Bancuh Dalam Air Sejuk

7:00 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang suka minum air teh dalam rasa yang panas atau sejuk? Kalau Maha suka minum yang sejuk tak kira lah pagi ker atau petang mahupun malam. Selalunya kalau uncang teh ni kena rendam dalam air panas dulu nak keluarkan warna, rasa dan aromanya.

Tapi kali ni Maha jumpa yang pertama seumpamanya iaitu uncang teh boleh dibancuh dalam air sejuk terus. Aitea By Thaitee Tea ini lah teh yang Maha maksudkan tu dan pastinya ia adalah produk minuman ada pengesahan Halal Malaysia tau. Aitea ni ada banyak variasi teh tapi yang Maha dah cuba adalah Sencha iaitu Green Tea dan juga Teh Flower Tea. Sencha atau teh hijau ni yang boleh brew dalam air sejuk terus atau ais suam sangat mudah dan menarik.

Sencha Green Tea


Teh hijau mereka ini telah diproses dengan cara pengasapan selepas ia dikeringkan. Daun teh mereka juga dipilih dari perladangan peringkat tinggi untuk memastikan daun berkualiti dan segar. Menggunakan teknologi "Mengukus" cara Jepun untuk mengekalkan kualiti yang tinggi dalam daun teh tersebut. Kalau korang tengok warna teh yang dihasilkan dekat dengan warna hijau segar semula jadi. Rasa manis sikit boleh minum begitu sahaja atau juga tambah sedikit gula sahaja tau.



Kalau Maha nak minum teh ni akan rendam dulu uncang tu dalam lebih kurang 1-2 minit sehingga keluar warna dan aromanya. Kalau korang minum dengan air panas ia menghasilkan rasa yang lebih kuat dengan aroma panggang. Kalau dengan air sejuk pula bagi Maha sangat sesuai untuk hilang dahaga dalam waktu cuaca yang panas dan tidak menentu sekarang ni.


Harga untuk Secha Green Tea ini hanya RM20 satu kotak yang mengandungi 20 uncang teh dalamnya. Kalau nak jimat korang beli jer dua kotak harganya jadi RM35 sahaja jimat kat situ. Beli kat mana Maha beli online jer kat Facebook Page @Aiteabythaitee. Nanti mereka akan hantar terus ke rumah korang mudah sangat.

Teh Flower Tea


Kalau yang Teh Flower Tea tu pulak dalam satu kotak tu ada pelbagai pilihan rasa korang boleh mix. Macam yang ni ada 5 jenis teh dengan satu kotak ada 12 uncang pada harga RM39.90 sahaja. 5 jenis teh tu korang boleh pilih daripada :-



1) Winter Bloom Tea 
Mengandungi campuran Chrysanthemum, Chrysanthemum Musim Sejuk, Daun Bambu dan Jasmine.Aroma Chrysanthemum dan melati melegakan semangat anda. Rasa manis dan aromatik teh adalah dahaga-quenching dan mempunyai kesan anti-penuaan.


2) Rosy Invitation Tea
Mengandungi campuran Rose dan Osmanthus. Intipati mawar meningkatkan kulit anda sementara bunga Osmanthus menghilangkan nafas dan keletihan dan mengurangkan rasa panas. Teh ini juga boleh mencerahkan kulit anda.


3) Taste of Earth Tea
Mengandungi campuran Buckwheat, Bamboo Leaves dan Osmunthus. Rasa penyegar, wangi dan aromatik dari soba dan Osmanthus akan mengisi mulut anda dengan keajaiban bumi. Teh ini akan memberi kesihatan limpa dan usus anda, membantu penghadaman anda dan menyihatkan paru-paru anda. 


4) Birth of a Beauty Tea
Mengandungi campuran Red Dates dan Ginseng. Ia mempunyai aroma yang kaya tetapi aftertaste manis. Bahan-bahan meningkatkan peredaran darah dan mempromosikan umur panjang.


5) Essence of Red Tea 
Mengandungi campuran Rose, Roselle dan Black Grapes. Mempunyai aroma bunga ringan tetapi menyenangkan. Bahan-bahan ini membantu mengekalkan kulit wajah, mengurangkan keletihan, menggalakkan metabolisme dan menghilangkan rasa dahaga

Rasa Maha orang perempuan suka yang ni sebab ada bau wangi yang kuat. Bagi Maha dan korang yang sibuk dan juga tiada masa nak bancuh air minuman Aitea ini sangat cepat dan mudahl. Kat office bahagian pantry tu kena ada sekurangnya sekotak senang nak bancuh dan mudah untuk dinikmati. 

Korang juga boleh sertai Mid Autumn Fest Contest yang bermula 2 - 9 Aug 2019 di laman Facebook Page mereka kat sini :-


Kalau nak tempah boleh layari laman Facebook mereka di sini ok:

Hashtag : #aitea #aiteabythaitee







0 Pandangan: