Anugerah,

30 Tahun Tinggalkan Zaman Kanak-kanak Tabika Dulu Berbeza Dengan Sekarang

7:00 PG Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Post hari ni tiada kena mengena dengan makanan yer. Sahaja nak mengimbau kembali zaman masa kecil-kecil dahulu. Zaman tidak pernah nak fikir pasal susah payah dalam hidup dan mencari rezeki. Masa tu hanya tahu untuk bermain bermain dan juga bermain. Masa tu masa paling seronok dalam hidup sebab dapat bermain bersama kawan-kawan.

Kenapa tiba-tiba hari ni teringat zaman kanak-kanak ni yer? Yer lah ini semua sebab cuti Raya Korban ni Maha balik kampung dan diceritakan oleh mak dan ayah tentang Tabika tempat di mana Maha mula mendapat pendidik waktu usia 5 tahun. Tabika tu dah lain sangat dan banyak perubahannya. Tabika dulu tak macam zaman sekarang ni ada hari suai kenal. Dulu nak nangis pun tak sangat sebab Tabika tu tak jauh dari rumah jadi mak ayah akan hantar terus ke Tabika dan balik mereka jemput.


Kalau korang tanya kat mana tempat yang Maha maksudkan ia adalah Tabika KEMAS Felda Siantan Jengka 19. Maha ni kan anak generasi kedua Felda. Dulu dikenali sebagai Tadika iaitu Taman Didikan Kanak-kanak. Setelah 30 tahun tidak ke sana walaupun setiap kali balik kampung lalu depan Tabika tu rasa teruja sangat dapat datang sini balik. Sebab ia sangat berbeza dengan zaman Maha dulu serta kanak-kanak sekarang. Kalau dulu masih ingat lagi kat dalam Tadika tu ada pelbagai jenis permainan seperti buaian, jongkang-jongkit, gelongsor dan macam-macam lagi.


Tapi kanak-kanak sekarang lebih hebat dan juga lebih menghargai kehidupan. Ye lah mana tidaknya Maha tengok kat dalam Tabika yang dulu banyak mainan tapi sekarang ni banyak dengan tanaman. Bukan tanaman yang biasa-biasa tau dalam tu ada tanaman seperti padi. Korang bayangkan kawasan yang tidak pernah ada orang tanam padi tapi boleh tumbuh kat sini. Kawasan yang kering kontang dan tiada salur air. Pokok padi pula hidup membesar elok dan juga mengeluarkan hasil lagi. 


Pulak tu masa Maha tengok Tabika ni kanak-kanak sini diajar untuk bercucuk tanam dengan pelbagai sayur-sayuran yang jarang tumbuh kat kawasan panas ni. Korang boleh tengok sendiri betapa besarnya pokok sayur Kubis yang ditanam kat dalam Tabika ni. Hidup subur dah kalahkan pokok sayur yang orang selalu tanam di Cameron Highland. Tak tengok lagi pokok sayur lain seperti sawi, kangkung, daun sup dan paling menarik cendawan pun mereka tanam kat sini. 


Kagumlah tengok dengan perubahan yang berlaku kat Tabika tempat Maha belajar dulu. Memang hebat sangat kat sini. Kalau nak tengok model rumah asal peneroka FELDA pun ada di Tabika ini. Almaklumlah kebanyakan rumah asal Felda telah digantikan dengan rumah baru yang lebih cantik dan juga besar. Kalau ada sesiapa yang nak datang melawat dan tengok sendiri projek taman Botani yang diusahakan oleh cikgu serta anak-anak Tabika ni boleh datang melawat bila-bila masa jer dibuka kepada umum. 


Semua ni sesuatu yang menggamit memori bila berada kat Tabika ini. Biar semua itu menjadi memori indah dalam minda sebagai seorang anak peneroka Felda yang dulu hidup susah dan sekarang mampu miliki segalanya. Mungkin sebab didikan dari kecil di Tabika dan juga didikan ibu bapa yang menjadikan Maha seperti mana sekarang ini. Kalau boleh kembali ke zaman kecil dulu mesti lagi bestkan. 


Sekarang Maha lagi berasa bangga kerana Tabika KEMAS Felda Siantan Jengka 19 ini berjaya menjadi satu-satunya wakil negeri Pahang keperingkat top 5 untuk Anugerah Pintar Botani TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Jadi Maha nak mohon jasa baik semua yang membaca blog Maha ni untuk sokong Tabika yang pernah Maha belajar ini dulu untuk menang peringkat akhir nanti. Caranya mudah sahaja dengan klik 'LIKE' kat posting Facebook KEMAS yang Maha share di bawah ini.


Hanya LIKE sahaja yang diambil kira tapi kalau korang rajin share lah sekali hehehe. Sebab like paling banyak dikira sebagai markah bonus selain daripada permarkahan juri. Tarikh akhir LIKE adalah pada 14 Ogos 2019. Kita bagi sokong atas usaha keras cikgu dan juga anak-anak serta peneroka Felda di sini dalam memberikan suasana pembelajaran yang terbaik dan selesa untuk generasi muda pewaris negara ini. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada korang yang dah sudi like dan share, korang memang hebatlah. Doakan semoga Tabika ini berjaya menjadi contoh yang terbaik dan juga membimbing anak-anak menjadi yang berguna dan berjaya di masa akan datang.


Hashtag rasmi : #imkemas #kemas4u #sentiasadihati #PintarBotani2019
*Gambar kredit Facebook KEMAS




15 ulasan:

  1. Cantik tadikanye. Sayur segar bugar je.bagusla terapkan aktiviti penanaman sayur berbanding gelongsor. At least budak2 tahu apa tu sayur. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti rajin2 tolong like Tabika ni kat post Fb tu sokong mereka agar menang hehehehe TQ

      Padam
  2. comel betul tadika nya nampak meriah warna-warni dengan tumbuhan sekelilingnya. seronok sangat bila teringat balik kenangan waktu tadika dulu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti rajin2 tolong like Tabika ni kat post Fb tu sokong mereka agar menang hehehehe TQ..

      Padam
  3. Cantiknya tadika dia dah macam sekolah rendah dah rupa dia. Jauh betul beza time tadika iza dulu. Iza pun Kemas jugak tapi kecik and sangat terpencil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti rajin2 tolong like dan share Tabika ni kat post Fb tu sokong mereka agar menang hehehehe TQ..

      Padam
  4. bestnya and memang dia punya tadika tu elok nau nak bagi hands on kepada kanak-kanak. so depa learn apa yang ada depan mata depa. lagi senang nak faham and lagi senang cikgu nak explain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti rajin2 tolong like dan share Tabika ni kat post Fb tu sokong mereka agar menang hehehehe TQ..

      Padam
  5. Perghhh...!! Serius la salute ngan cikgu dan anam murid tabika ni. Sekolah yang kemas dan sangat diberi pendedahan terbaik buat pelajarnya. Pokok kubis dan padi tu real eh? Kagum seyh..!! Semoga sekolah tabika ni menang!

    BalasPadam
  6. Memang cantik la Tabika ni. Siyes sis tak percaya kobis tu besar gila kot! Sis pun membesar kat Felda. Ala jiran je kita wei. Bapak i pernah keje kat Jengka tu. Teringat zaman Tabika, nasi lemak dia sis masih ingt sampai blom jumpa lagi sedap macam tu. Huhu

    BalasPadam
  7. Tabika sekarang dah advanced. Cantik² dan pendidikan pon bagus. Ajar anak² sivik dan aktiviti sendiri. Cx dulu suka pergi tabika sbb cikgu² baik. Heheh 5thn da sibuk nak ikut abg pergi tabika. Hehe

    BalasPadam
  8. Saya setuju dengan tuan Maha, saya sendiri pergi ke sekolah tadika tempat saya menimba ilmu 31 tahun yg lalu, Memang banyak perubahan dari cara belajar. Malah penerapan secara holistik yang diberikan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah. Terbaik tuan.

    BalasPadam
  9. Cantiknya KEMAS ni dengan tumbuh-tumbuhan, sangat lawa. Ni mesti dapat bantuan dan usaha daripada cikgu-cikgu dedikasi dan murid-murid yang rajin ni.

    BalasPadam
  10. Wow the tadika is so well maintain and tidy. I love their landscape and gardening effort. Dah support.

    BalasPadam
  11. I can really see their effort of making this a success!! The environment is really pretty and comfortable as well, I would really enjoy this place

    BalasPadam