Bumiputera,

Tempahan Katering Halal Oden Dari TEKUN Mart Terminal Bersepadu Selatan

7:00 PG Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang suka makan Oden sila angkat tangan. Ala makanan yang dah mula tular sejak dua menjak ini. Makanan daripada Jepun tu tapi sekarang dah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Cuma nak cari Oden yang betul-betul Halal dan sedap agak susah sekarang ni sebab banyak kedai dah mula jual.

Tak perlu risau kerana sekarang ni dah ada khidmat untuk tempahan katering Live Stall Halal Oden daripada TEKUN Mart. Kat mana lak TEKUN Mart ini? Kalau korang yang selalu menggunakan pengangkutan awam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) korang boleh jumpa kedai serbaneka ini. Korang boleh naik kat tingkat 4 TBS tersebut berdepan betul-betul dengan Food Court.


Korang boleh datang sana terus untuk mencuba secara langsung Oden yang mereka sediakan. Bila dah cuba rasa puas hati boleh lah order untuk majlis yang korang nak buat. Macam majlis harijadi, majlis kenduri, doa selamat, pertunangan, majlis aktiviti sekolah dan macam-macam lagi. Paling penting Oden kat sini dijamin Halal yang disediakan oleh usahawan muslim.



Sebenarnya kalau korang masuk TEKUN Mart tu bukan sahaja ada jual Oden, tapi banyak lagi makanan panas yang ada di bawah satu bumbung. Korang boleh beli Jagung Manis, Spaghetti, Dim Sum, Meatball, Chickenball, Durian Crepe, Bomboloni, Bun cheese, Bun sosej, Mini Pizza dan Pau dengan pelbagai inti didalamnya serta pelbagai jenis minuman sejuk dan panas. 
Jagung Cheese dan Jagung Susu – RM3.50

Durian Crepe 6pcs – RM13.00

Meatball – RM6.00

 Chickenball - RM6.00

Minuman special kat sini korang kena cuba sendiri mereka punya Thai Red Tea dan Thai Green Tea yang sangat sedap, pekat dan sejuk. Lepas tu makan pula dengan Oden panas dan pedas tu memang terangkat lah satu gabungan yang sepadan.
Thai Red Tea dan Thai Green Tea – RM3.00

Spaghetti – RM6.00

Dim Sum 6pcs – RM5.00

Aiskrim Kon Vanilla – RM1.50, Aiskrim Kon Coklat – RM2.00 dan Aiskrim Kon Vanilla + Coklat – RM1.80

Maha ni cerita macam tokei kedai pulak tapi sebenarnya Maha dah pergi sendiri beli makan kat kedai ini. Hari tu masa hantar kawan balik kampung menaiki bas express kat TBS tu nampak kedai ni singgah lah nak beli minum. Rupanya banyak lagi yang ada kat dalam tu. 



TEKUN Mart ini adalah satu konsep kedai serbaneka yang mengutamakan produk tempatan dan juga yang Halal. Sebab tu masuk sini boleh jumpa macam-macam produk makanan dan minuman usahawan tempatan. Paling menarik adalah Maha suka nak cuba mereka punya Nasi Lemak segera, Asam Pedas, Nasi Goreng dan banyak lagi lah.





Jadi kalau siapa yang nak travel jauh-jauh keluar negara tak sempat nak beli makanan yang Halal dan sedap boleh beli kat sini sebelum naik ERL untuk ker KLIA. Cadangan jer sebab kawan Maha balik naik bas ke kampung pun beli kat sini bekal dalam bas katanya. 






TEKUN Mart ini adalah di bawah pembiayaan Koperasi Rakan Tekun Berhad (KRTB). Jadi kebanyakan produk usahawan TEKUN akan ada kat sini untuk dipasarkan. Kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam. Jadi nanti kalau singgah kat TBS jangan lupa untuk kunjungi TEKUN Mart ini mesti meriah punyalah.

Sebarang tempahan katering dan juga pertanyaan hubungi :
Tel : 016-964 5544 (Kak Wani)
Email : tekunmart@gmail.com






  

16 ulasan:

  1. Syabas tekun mart sebab pasarkan produk halal di dalam kedai. Takde la ragu-ragu nak membeli. Makanan yang dijual pun menarik. Sedap la durian crepe tu

    BalasPadam
  2. Tergugat tengok jagung cheese tu. Alaa, bila pulak nak pergi TBS ni. Tapi kalau pergi sini memang Qiss terjah Tekun Mart ni. Nak rasa juga oden dengan kuah dia. Bila dah jamin halal memang tak ragu-ragu dah

    BalasPadam
  3. wah ada kedai baru kat TBS ni. makin banyak pilihan boleh terjah sebelum naik bas. senang sikit nak penuhkan perut, kan dah naik bas terus boleh lelap mata. menarik betul insentif tekun buka kedai promote produk tempatan

    BalasPadam
  4. Tak pernah lagi ke TBS ni. Aii mengancam sungguh oden dengan dim sum dia tu. Boleh nanti jalan kat sini singgah Tekun Mart.

    BalasPadam
  5. Pernah try oden sekali haha maybe tak kena dengan tekak, tapi aiskrim dia best hiks

    BalasPadam
  6. wahhh durian crepe subang bestari ni dah pergi jauh ea. DTak sangka oden ni jadi kegilaan sampai majlis besar pun ada yang request nak oden. Teh ais dia mengancam betul!

    BalasPadam
  7. wahh macam2 ada ya dekat kedai ni. saya ni jarang ugak nk ke tbs, melainkan untuk balik kampung je. bolehlah lepas ni nak saja2 pegi tbs untk makan oden. hihi. terima kasih share :)

    BalasPadam
  8. Banyak jugak makanan dan minuman yang dieorang jual. Yang penting dieorang ada oden! Bukan senang nak jumpa kedai bumiputera yang macam ni kan

    BalasPadam
  9. I perasan produk produk kat sini kebanyakannya produk iks..I mean usahawan bumiputera. Memang tak terkenal, tapi produknya bagus. Contoh macam nasik lemak segera tu. Memang boleh pergi jauh lagi produk produk ni

    BalasPadam
  10. Kenapa la bila time Iza dah tak naik bas ulang alik kuantan kl baru nak ada. Oden pulak tu. Suka makan oden.

    BalasPadam
  11. Wahhhh dah ada pesaing lah family mart mcm nie. Siap ada oden bagai. Mesti sedap nie. Tak pernah cuba lg tapi teringin nak cuba. Entah bila lah nak dtg ke TBS tu. Lama x naik bas dri situ

    BalasPadam
  12. Alorh dia kat tbs jeeee. confirm lepas ni sesak sbb semua dia juai murah daripada harga biasa. Hmmm adakah after this kalau lalu tbs i kena turun singgah then baru naik train balik. 😭

    Nak makan oden and jagung 😭

    BalasPadam
  13. Sedapnya nampak oden tu. Dah la favorite tu. Banyak giler barang di Tekun Mart. Especially barang makanan yang boleh bawak untuk travel. Terbaik. InshaAllah, ada masa nak singgah la TBS, dah tak jauh dengan rumah

    BalasPadam
  14. suka juga makan oden kalau pergi family mart tu. lepas kena kalau ke TBS boleh lah cuba kat tekun mart ni. banyak juga menu best kat sini selain oden. tengok durian crepe tu dah terliur.

    BalasPadam
  15. Sounds like very delicious these odens. Wow there are really so many things that one can buy at this Tekun Mart. Especially snacks and what not. Hopefully I will get to visit this place one day.

    BalasPadam
  16. Alahai..kat TBS aje..jauh le pulak nak ke sana. Kalau sis ke TBS boleh le cuba tapi tak tahu le bila nak kesana..huhuhu. Nampak menarik sunggih Oden tu, terlioq pulak nak merasa

    BalasPadam