Dashing,

Sekali Sembur Wangi Satu Badan Dengan DASHING Deo + Perfume Body Spray

Selasa, Julai 09, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok jujur nak tanya kepada orang lelaki lah siapa kat luar sana yang menggunakan deodoran dan juga minyak wangi untuk segarkan dan menghindarkan bau badan. Kalau ada pun mungkin 1 dalam 10 kot yang guna dua produk berasingan ini. Maha sendiri pun tak nafikan memang kadang-kadang keluar guna deodoran sahaja agar tiada bau badan yang ketara.

Ini rahsia ok jangan bagi tahu orang tau wakakaka. Bukan apa sebagai orang lelaki ni kadang-kadang suka perkara yang cepat dan mudah sahaja. Tak perlu nak begitu teliti macam orang perempuan betul tak. Tapi itu semua orang lelaki yang zaman dulu kala kot. Lelaki zaman sekarang ni memang kalau nak keluar kadang-kadang kalah orang perempuan bila bergaya.

Terutama bila bab wangian badan silap-silap penuh satu almari dengan wangian betul tak. Tapi sekarang ni tak perlu risau lagi untuk lelaki yang aktif dan juga lasak, DASHING mengeluarkan produk terbaru mereka menggabungkan dua kegunaan iaitu deodoran dan juga perfume dalam satu botol yang lebih jimat dan mudah digunakan.

Memperkenalkan DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ada dua fungsi iaitu menjadi deodoran dan juga minyak wangi. Produk ni dirumuskan dengan wangian Dashing Eau De Toilette yang memberikan haruman maskulin tahan lama. Ia juga ada agen anti-bau dan anti-bakteria mampu memberikan pelindungan 24 jam setalah disembur pada badan. 

Korang percaya atau tidak satu botol Dashing Deo+Perfume ini mampu bertahan selama 5 bulan. Korang boleh gunakan ia untuk menyembur sehingga 880 semburan dan secara matematik kiraan itu ia boleh bertahan sehingga 146 hari. Kalau korang sembur satu kali satu hari lah hehehehe. Maha ni selagi boleh sembur akan sembur jer memang cepatlah habisnya.

Produk kali ini ada 4 pilihan wangian yang sesuai mengikut keterampilan seorang lelaki itu.

1) HATTRICK
Wangian ini memberi semangan untuk terus mara seperti mana jaringan gol. Sebab tu namanya Hattrick. Ia terhasil dari percikan gabungan haruman buah epal dan keegaran sitrus, bersulamkan bunga dan calitan amber.

2) ULTIMATE KICK
Wangian ini menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki modern. Ia adalah gabungan lemon, buah belaga dan sedikit vanilla dan musky.

3) SPEED
Wangian ini pula adalah gabungan aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebatkan dengan lapisan nota musky.

4) HITMAN
Wangian ini adalah sesuai untuk lelaki yang aktif dan sporty dimana sahaja. Gabungan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan sedikit Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood.

Kalau korang tanya Maha antara empat ini mana satu yang sesuai dengan diri Maha mesti lah semuanya wakakaka. Tapi sebenarnya Maha paling suka bau Speed  tu memang kena sangat dengan jiwa. Orang kata kalau nak pilih minyak wangi kena ada keserasian kulit juga tak tahu lah betul ke tidak hehehe. 

DASHING DEO+PERFUME BODY SPRAY ini didatangkan dengan botol bersaiz 120ml sahaja nampak kecil tapi tahan lama ok. Harga dipasaran korang boleh dapatkan sekarang ini dengan hanya RM12.20 satu botol. Kalau produk Dashing ni tak susah nak dapatkan banyak pasaraya, kedai mahupun farmasi ada jual. Pilih mana satu mewakili diri anda jadi lelaki yang beketrampilan ok. 

Info lanjut layari :








0 Pandangan: