Assalamualaikum,

Menjadi Panel Jemputan Untuk Program Assalamualaikum TV AlHijrah

Rabu, Julai 31, 2019 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha sudah berada dalam dunia blog ni sejak dari tahun 2010 lagi sehingga ker sekarang kerana korang juga pembaca blog Maha dan juga mereka yang masih tetap percaya kepada blogger tua ini hehehe. 

Sebenarnya nak cerita pasal pengalaman yang bermakna bila dapat jemputan untuk menjadi panel program tv. Sebelum ini ada juga tapi untuk rancangan rakaman cuma yang ini lain sangat kerana ia secara langsung. Pulak tu ia adalah program bual bicara tapi nasib secara santai dan relax jer kalau yang formal mati lah nak menjawab.



Kalau kawan-kawan yang dah tonton secara langsung pada tarikh 27 Julai 2019 hari Sabtu jam 8.00pagi hingga 10.00pagi di TV AlHijrah terima kasih Maha ucapkan. Kalau yang tak berkesempatan nak tonton Maha ada sediakan video yang telah dimuat turun dalam channel youtube Maha kat sini. Ini pun satu pengalaman buat pertama kalinya menjejakkan kaki kat stesen TV AlHijrah ni. 


Program ini bernama Assalamualaikum membincangkan tentang tajuk "Ada Apa Dengan Minuman Viral" bersama pengacara Fadzil Aziz dan Bella Yunus. Siapa yang selalu tonton dah biasa dengn program ini. Selain daripada Maha ada dua lagi panel jemputan yang memang hebat dalam dunia masing-masing iaitu Syedot ASMR seorang Youtuber yang suka buat video makan sedap-sedap, kemudian ada pula youtuber fesyen popular Nisa Kay. Maha jer yang suam-suam kuku kat situ hehehe rasa malu jer.



Tapi ia satu pengalaman yang sangat seronok dan jarang boleh dapat sebab tu Maha terima tawaran tu. Mungkin lepas ni lebih ramai lagi yang nak jemput masuk tv wakakaka. Nak jadi pengacara tak ada pengalaman dapat jadi panel macam ni pun ok lah. Sebelum ni kalau korang nak tengok Maha ada jadi juri dalam program tv serta juga memasak dalam tv. Nanti korang check kat Youtube maha ok. 


Sekali lagi nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi bagi peluang macam ni penerbit tv, pengacara dan juga barisan artis-artis. Paling penting adalah anda pembaca blog Maha yang sentiasa sokong blog makan ni ok. Maha akan terus menulis kat sini untuk korang semua.  






2 ulasan: