Amerika Syarikat,

Musim Menuai Northwest Cherries Dari Amerika Syarikat Telah Tiba

Khamis, Jun 27, 2019 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebut jer buah ceri memang kita akan bayang akan harga yang boleh tahan juga, tapi tahukan kita bahawa buah ini ada banyak kebaikan dalam kesihatan. Percaya atau tidak dalam satu mangkuk atau 21 biji buah ceri mengandungi kurang daripada 100 kalori. Jadi ia adalah antara buah yang bebas lemak kalau diamalkan selalu dalam diet pemakanan.

Maha dan macam pakar nutrisi lak bila cerita pasal buah ceri ini. Kita tahu yang buah ini adalah buah bermusi dan sekarang ini adalah musim paling terbaik untuk menuai buah ceri yang segar dan enak dari ladang. Tapi bukan kat Malaysialah. Ceri yang dibawa masuk ke Malaysia adalah ceri daripada negeri-negeri barat-laut Amerika Syarikat. Di sana sahaja ada 2,500 pekebun yang mengusahakan ladang ceri secara komersial.


Jadi sebab itu Amerika Syarikat adalah pengeksport ceri kedua terbesar di dunia dan salah satu pengeksport ceri terkemuka ke Malaysia. Kat sana sahaja ada lebih daripada 11 jenis buah ceri dan ia adalah pengeluar ceri paling sedap didunia. Sebab itu harganya boleh tahan juga. Ceri ini buahnya kalau kita makan ada rasa manis dalam kemasaman dan juga buat kita tak berhenti nak menikmatinya. 



Kempen Cheers to Cherries


Bagi memastikan rakyat Malaysia terus dapat menikmati bukan sahaja kesedapan buah ceri ini tapi juga khasiat yang banyak dalam buah kecil yang berjus ini, Northwest Cherries dan juga Tesco Malaysia bersama guru kecergasan Kevin Zahri telah melancarkan kempen 'Cheers to Cherries'


Sinonimlah buah yang sihat dengan orang yang cergas macam Kevin Zahri. Beliau adalah jurulatih dan pakar pemakanan bertauliah dengan banyak pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang kecergasan dan kesihatan.  Kevin telah terlibat dengan senaman kecergasan di Malaysia, menerbitkan buku, dan artikel kesihatan dalam majalah kecergasan dan gaya hidup.  Beliau juga merupakan pengasas pergerakan penurunan berat badan terbesar di Malaysia yang dikenali 'Jom Kurus'.


Masa sesi bersama Kevin hari tu di Tesco Kepong beliau ada menyatakan bahawa buah ceri Northwest ini mempunyai ciri-ciri anti-radang yang hebat dan sumber Vitamin C yang tinggi. Tahu tak kalau mengamalkan memakan buah ceri ini setiap hari ia dapat mengawal penyakit seperti Alzheimer's, Diabetes, Cancer dan juga Gout secara semula jadi.


Nak nikmati buah ceri ini bukan sahaja dengan makan secara segar sahaja tapi juga boleh dimasukan dalam makanan lain seperti mana yang di ajar oleh Kevin iaitu Cherries Oat Jar yang merupakan makanan ringan selepas latihan. Juga boleh dijadikan jus minuman yang sihat sambil buat kerja harian. Jadi Tunggu apa lagi korang boleh dapatkan Northwest Cherries ini di semua cawangan Tesco seluruh Malaysia. Maha memang minat giler buah ini setakat satu manggkuk tu sekali hadap jer boleh habis wakakakaka.

Info lanjut tentang buah ceri ini boleh layari https://nwcherries.com









15 ulasan:

  1. masa follow program jom kurus haritu, memang diajar ceri ni bagus sebagai snek untuk org berdiet, hehe.. ingat dekat pasaraya2 mahal je ada buah yg fresh dan kualiti baik, rupanya tesco pun dah adalaaa.. kena dapatkan ni

    BalasPadam
  2. Percaya tak Seumur hidup ni belum pernah lagi makan buah ceri yang belum diproses macam ni.. teringin gak nak gigit seketul.. nak tahu apa rasa.. hahahaha.. Kalau yang dah diperoses jadi bahan untuk buat kek ke apa.. yang tu dah biasa makan.. kih3..

    BalasPadam
  3. Buah ceri sangat rendah intake calories. Sangat berbaloi la makan 21 biji hanya 100 kalori je. Tapi, in my opinion, Buah ni mahal. Why not just makan je buah yang memang tumbuh elok di Malaysia ni? Sedap dan murah. Sebiji pisang, sepotong tembikai dan 6 biji rambutan pun dapat 100 kalori jugak. Yang ni ceri yang diproses. Banyak gula kot. Lagipun rugi la sebab dah tak wujud serat. My 2 cents

    BalasPadam
  4. Sedapnya! Airah taj pernah pula try buah ceri jenis ni kalau yang jenis biasa tu selalu la. Nanti nak pergi cari la dekat tesco

    BalasPadam
  5. Wah nampak sedap buah ceri jadi air buahan . ia menjadi satu pilihan orang ramai selepas ini. Rasa nak cari di pasar raya lepas ini. Terima kasih berkongsi

    BalasPadam
  6. Elle pernah rasa ceri yg gelap tu je. Memang sedap tapi yg lagi satu tu first time nmpk.

    BalasPadam
  7. Buah ceri nampak segar, saya memang suka makan buah ceri sedapnya.. nanti nak belilah

    BalasPadam
  8. Thanks sebab share info kesihatan berkenaan ceri nie. Boleh la Rawlins tambahkan dalam menu harian untuk mempelbagaikan fruit intake dalam menu kan.

    BalasPadam
  9. Kita mmg suka betul dengan buah ceri serious sedap sangat. Manis ! Tak sangka banyak khasiat maksn buah ceri. Tp harga dia agak takut ya utk dibeli. Hahaha

    BalasPadam
  10. wahhh bagusnyaa buah cheri ni. banyak kebaikan dan kelebihannya. boleh suggest kat umi saya ni sebab dia ada diabetes.

    thankyou shareee! :D

    BalasPadam
  11. Sedapnya nampak buah-buah ceri ni, rupanya ada banyak jenis dan colour jugak. Selalu nampak yang warna merah je. Mungkin rasa dia pun lain-lain kan? Dulu tak berapa suka makan buah ceri ni tapi nampak sedap kalau makan dengan oats and granola. Nak try lah.

    BalasPadam
  12. Awww I really love cherries but they are so expensive in Malaysia but then again they taste so good and I didn't know it's so beneficial for our health. Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  13. This will really be ideal for those who wanna slim down and yet eating nutritious food at the same time :D

    BalasPadam
  14. Oh hari tu baru mak belikan! Memang sedap and manis sangat. Yana seorang habiskan satu bungkus sebab memang loved it since the first bite hari tu. Nak try la, next round buat smoothie lak. Macam best jer.

    BalasPadam
  15. Bagus untuk diet?? Memang AM suka dengar nie!! Boleh la AM segera ke Tesco nak borong ceri ini. Tak sabarnya!!

    BalasPadam