Katering,

MAGICA Events & Function Halls Terbesar Di Subang Untuk Semua Jenis Majlis

7:00 PG Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah masuk bulan Raya ni banyak pulak jemputan ke majlis bukan sahaja open house ada juga yang buat majlis kenduri kahwin. Asyik pergi kenduri kahwin orang jer bila lak nak kenduri kahwin sendiri ni hehehe. Tak apa sabar lah jodoh pertemuan itu ketentuan Tuhan kita kena banyak berdoa moga dipercepatkan betul tak.

Ini semua kerana pergi majlis Hari Terbuka MAGICA Events dan Function Halls baru-baru ini. Terus rasa nak kahwin cepat-cepat. Yer lah mana tidaknya kerana tengok kat situ rupanya ada sebuah dewan yang sangat besar sehingga mampu memuatkan sehingga 7,000 orang tetamu dalam satu-satu masa. 

MAGICA ini terletak di tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall Subang. Kalau orang yang duduk area dekat Kampung Melayu Subang, Bandar Pinggiran Subang dan juga berhanpiran denganya sangat beruntung sebab ada hall besar macam ni. Masa Maha datang majlis memperkenalkan dewan baru siap renovate tu seronok sebab kat situ ada 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Class Hall dan Garden Hall.

MAGICAL Hall


Dewan utama yang paling besar kat sini iaitu Magical Hall dengan interior ekstravaganza. Masa Maha pertama kali jejak jer kaki kedalam dewan ini memang terpegun dengan adanya pelbagai untaian lampu candelier yang penuh kat atas. Ini bukan sahaja lampu tau tapi ia juga berfungsi untuk buat persembahan lampu mengikut rentak tu pun boleh dilakukan kat dewan ini.





Dalam dewan ini ada disediakan laluan peragaan kat bahagian tengah sepanjang 22 meter dan bersambung dengan pentas utama. Jadi bukan sahaja boleh buat majlis perkahwinan dalam dewan ini juga boleh buat acara fashion show, product launching, dinner syarikat dan banyak lagi. Macam Maha cakap tadi dewan ini mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu jika disusun secara buffet atau 700 orang dengan susunan meja makan.




Segala dekorasi dalam dewan ini boleh disesuikan dengan konsep dan kehendak pelanggan sebab itu pentingnya perbincangan terlebih dahulu sebelum sesuatu majlis. Pihak pengurusan Magica akan memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada semua yang mahu menjayakan majlis di dewan mereka sehingga jayanya.

GARDEN Hall


Dewan ini juga menjadi tumpuan yang ada kat sini iaitu dikenali sebagai Garden Hall dengan hiasan suasana ala hutan hijau persis dalam sebuah taman yang damai. Dewan ini kecil sedikit tapi masih mampu memuatkan sehingga 250 orang dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet. 




Sini pun boleh buat macam-macam majlis seperti pertunangan, majlis resepsi, majlis akad nikah, majlis cukur jambul, majlis koporat dan macam-macam lagi. Dewan ini juga dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakang irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. 

CLASSIC Hall


Ia dewan kedua terbesar dimana ia berkeluasan 12,000 kaki persegi juga ada pentas siap sedia, pintu masuk ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini lebih sesuai untuk majlis seperti majlis pameran, persembahan, persidangan dan juga macam-macam lagi lah. 



Masa Maha datang sempatlah bertanya kepada pihak pengurusan MAGICA ini yang dewan sini bukan sahaja menyediakan khidmat lokasi atau dewan tapi juga ada segalanya lengkap. Korang boleh dapatkan juga pakej lengkap seperti rakan vendor yang terpilih iaitu syarikat katerer, pakar perundingan perkahwinan, pengurusan acara, busana pengantin, kek dan macam-macam lagi. 


Silap-silap boleh juga dapat diskaun sehingga 60% jika ambil semua pakej yang mereka tawarkan. Aduh rasa macam nak cepat jer kahwin kalau macam ni hehehe tapi tu lah calon tak ada lagi. Masa majlis Hari Terbuka tu juga ada persembahan fashion show busana pengantin daripada Putree Bridal dan juga KYBC. Juga makanan kami yang datang hari tu juga dihidangkan oleh Rose Catering dan juga Kencana Katering di antara vendor yang berkerjasama dengan MAGICA. 






Jadi kalau korang ada plan untuk majlis perkahwinan boleh try datang sini dan juga merasai keindahan dewan yang mereka sediakan serta segala kemudahan yang ada. Kat sini sangat mudah untuk datang kerana ia atas mall jadi parking juga sangat banyak tak perlu bimbang. Kemudahan lain seperti tandas dan juga surau untuk tetamu juga disediakan agar semua rasa selesa bila datang majlis di sini. 

Sebarang pertanyaan dan juga tempahan boleh hubungi :
Tel : 012-678 7795








11 ulasan:

  1. ya Allah, cantik nyer deko dia.
    majlis impian aida ni. tapi, da melepas lah 16 thn lepas.
    maybe nak buat utk anak-anak.
    ada byk bunga di sana sini. green, white, a litle bit of red here and there.
    ala-ala magika, kan. tetamu yg dtg pun rasa mcm selesa je, green byk kan :)

    BalasPadam
  2. Wahhhh memang magical sangat Magica ni! Rasa macam dalam cerita fairy tale punya wedding kalau buat sanding kat sini. major love!

    BalasPadam
  3. giler cantik deko dia...memang takmo keluar lah camne..selfie mesti beratus kalau duk sini lama2 hihi...mesti mahal kan sebab gaya mewah betul ni

    BalasPadam
  4. fuyyooo sesungguhnya mmg magical sungguh nampak bila tgk semua gmbr2 di magika ni tau! semuanya cantik2 belaka dari susun atur, hiasan, bunga2, smpai ke baju pengantin dan sebagainya tu. untungla bakal pengantin skrg ni kan, mcm2 pilihan yg lengkap lg cantik unt mereka pilih. niceee!

    BalasPadam
  5. Wowww..cantinyaaaa, rasa cam nak naik pelamin sekali lagi je..hehehe. Dah macam persandingan dalam taman pulak jadinya. Beruntungnya sape buat majlis kat sini

    BalasPadam
  6. Curlass dewan kahwin Magica ni. Semua cantik. Kita suka dewan klasik tu nampak elegan. So, MAHA nak pilih dewan yang mana nanti ni? Mesti ala fairytale galaksi tu kan? Hehehe

    BalasPadam
  7. cantiknya deko dia !!!!!!! memang terasa beruntung kalau dapt buat majlis kat tempat cantik gah camtu.. hee~ instagramable gittew..

    BalasPadam
  8. Memang cantik sangat Magica ni masa tengok first time dia promote dekat Star Avenue. Kalau yang suka tema floral and dreamy macam ni memang peluang la dapat bawa jemputan dengan harga murah

    BalasPadam
  9. Aawasss..kte ingatkan ni majlis perkahwinan awak ye! Haha..memang lawa la magica ni kan? Rasa nak kawen lagi sekali je! Eh

    BalasPadam
  10. MasyaAllah.. Cantiknyaaa dewan dia. Decoration yang nampak mewah. Seumur hidup kita tak pernah lagi masuk dewan secantik ni tau. Untunglah Maha dah masuk. Rezeki lepas ni majlis maha pulak ke. #Eehh.. Hehe

    BalasPadam
  11. dasyat sangat ni. cantik deco dewan. memang magic punya Magica ni

    BalasPadam