Cuti-Cuti Malaysia,

Jauh Dah Maju Kampung Halaman Ku Bandar Tun Abdul Razak Jengka

Rabu, Jun 12, 2019 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak sambung lagi kisah bercuti balik kampung raya hari tu. Memang kebetulan cuti lama jadi habiskan masa untuk berjalan-jalan kat kampung halaman yang dah lama rindui. Kalau daripada KL nak balik kampung Maha senang jer lalu LPT dan keluar kat Exit Chenor dah sampai kampung Maha hanya 2 jam perjalanan kalau tak jem lah. 

Maha sangat bangga menjadi orang Pahang khususnya anak jati Felda di Gugusan Jengka. Sejak lahir dan sehingga sekarang besar panjang masih tetap balik kampung halaman bak kata pepatahlah 'Tempat Jatuh Lagi Dikenang Inikan Pula Tempat Membesar'. Dengar cite dah banyak yang berubah jadi masa cuti hari tu pergi lah jalan-jalan tengok sendiri apa yang dah berubah.

Hutan Lipur Gunung Senyum Hutan Kebanggaan Negara


Maha masih ingat lagi masa pertama kali pergi ke Gunung Senyum ini adalah zaman sekolah rendah. Pihak sekolah buat rombongan untuk semua pelajar bagi melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang ada di sana. Tu lama sangat dan jauh berbeza dengan sekarang. 


Sedikit sejarah yang Maha pernah dengar pasal Gunung Senyum ini ia adalah tempat tinggal bunian. Legenda paling terkenal di sini ialah kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia. 



Terdapatnya kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Walaupun sekarang gunung ni masih nampak utuh terpacak di situ tapi usaha untuk memajukan kawasan ini sangat kurang. Ia bagaikan sudah terbiar dan juga tiada pengurusan yang bagus. Semak samun tu jangan cakap lah memang tinggi dari orang. Kemudahan yang ada kat sana pun semua dah tak terjaga. Harap ada usaha untuk mengembalikan semua kawasan yang boleh dikomersialkan untuk pelancongan di Jengka ini.

Tempat Mandi Manda Jengka Wonderland


Jangan tak tahu yer yang kat bandar Tun Abdul Razak Jengka ini terdapatnya taman rekreasi untuk mandi manda yang dikenali sebagai Jengka Wonderland. Tak silap kawasan ni baru sahaja di buka Disember 2018 tak sampai setahun lagi lah. Maha datang sini sebab tahu daripada adik yang bercerita tentang tempat ini kalau tidak tak tahu juga.



Jadi kat sinilah tempat menjadi tumpuan warga Jengka kalau pulang ke kampung bersama keluarga dan anak-anak. Tak tahu nak pergi mana boleh datang berlibur kat sini. Harga tiket masuk yang masa Maha pergi hari tu RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak 2-12 tahun, manakala warga emas RM8 jer. Memang berbaloi lah masuk untuk bermain air dan habis masa bersama keluarga.



Maha tak masuk lagi dalam tu cuma sempat ambil gambar kat luar sahaja. Dengar dalam tu ada macam-macam mainan air walaupun tak semeriah yang ada kat KL tapi ok lahkan. Mungkin dari tahun ketahun akan ada banyak perubahan dan kemajuan. Nanti Maha nak masuk juga mandi kat sana hehehehe.

Stadium Tun Abdul Razak Jengka 


Ini adalah salah satu kebanggaan warga Jengka di sini kerana adanya satu stadium khas untuk perlawanan bola sepak. Stadium Tun Abdul Razak diilhamkan nama daripada Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia kedua yang menubuhkan FELDA. Stadium ini dikhas untuk kegunaan kelab Felda United dan telah dibuka sejak tahun 2015. Ia adalah merupakan stadium pertama di Malaysia yang dikhususkan untuk perlawanan bola sepak. Kat Johor pun belum buka lagi kan untuk kelab mereka kat kampung Maha dah buka hehehe.



Stadium ini diwarnakan dengan tema team Felda iaitu hitam dan oren dan sangat cantik dan mempunyai segala kemudahan didalamnya. Stadium ni tak silap mampu memuatkan sehingga 25,000 penonton dalam satu-satu masa. Tapi Maha ni bukan lah peminat bola sangat jadi tak pernah masuk lagi stadium ini cuma bergambar kat luar jer. Bangga kot hehehehe..

Lepas ni akan ada banyak lagi kemajuan kat bandar yang terletak dalam Segitiga Jengka yang bakal di bangunkan. Tak lama lagi nak siap pula Mydin Mall Jengka yang terbesar kat sana. Makin banyak lagi orang membeli belah dan dalam masa sama akan menjana ekomoni masyarakat dan juga membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak Felda di sana. Lepas ni balik kampung tak bosan lagi banyak aktiviti boleh buat. Korang kalau nak datang Jengka roger Maha ok nanti boleh bawa pergi jalan-jalan tempat menarik kat sana. Koi bangga jadi anak Pahang.








2 ulasan:

  1. Your blogs are really good and interesting. It is very great and informative. Tak tahu nak pergi mana boleh datang berlibur kat sini. Harga tiket masuk yang masa Maha pergi hari tu chapter 7 bankruptcy lawyer near me. I got a lots of useful information in your blogs. Keeps sharing more useful information in your blogs..

    BalasPadam
  2. I'm deeply appreciative of the consistently stellar content on your blog. Your commitment to presenting valuable insights and captivating material is highly valued. Your blog has become a dependable source of enlightenment and inspiration. Keep up the fantastic work!New Jersey Domestic Violence Act and New Jersey Domestic Violence Attorney

    BalasPadam