Buffet,

The Venue Shah Alam Dengan Tema Colours Of Ramadhan Harga RM55

7:00 PG Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha bawakan kepada korang satu lagi lokasi untuk berbuka puasa khas kepada warga Shah Alam dan yang berhampiran denganya. Tempat yang Maha maksudkan adalah The Venue yang terletak di Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15 Shah Alam. Tahun-tahun sebelum ni Maha pernah pergi buka puasa kat sini.

Ini adalah tahun ketiga tak silap Maha mereka membuka dewan untuk majlis perkahwinan ini kepada bufet Ramadan. Tema kali ini lebih menarik iaitu "Colours Of Ramadhan" yang membawa pengertian warna-warni makanan dan juga hiasan yang ada dalam dewan tu. Sebab apa yang Maha nampak semasa pergi makan preview hari tu memang banyak sangat makanan serta dewan diterangi dengan lampu chandelier.




Suasana sangat luas dan selesa untuk korang berbuka puasa bersama dengan ahli keluarga atau nak bawa rakan-rakan. Kalau dah dewan perkahwinan mesti dalam ni boleh muat lebih kurang tak silap Maha 1000 orang untuk satu-satu masa. Kemudahan kat sini juga lengkap seperti parking percuma dan banyak kemudian ruang untuk solat serta keseluruhan diselubungi aircornd jadi tak risau akan sesak dan ketidak selesaan pelanggan. 




Dari segi makanan pula tahun ini mereka membawa kelainan dengan mengetengahkan Kambing Golek dengan variasi nasi seperti Nasi Briyani Bukhara, Nasi Arab, Nasi Tomato dan Nasi Minyak. Semua ini Maha suka makan sebab kambing yang lembut dan rasa perapannya serta orang yang tak suka kambing boleh makan lah tak ada bau kambing tu.






Selain itu juga lauk pauk masakan Melayu yang cukup popular ada dalam bufet ini seperti Ayam Cili Padi, Rendang Ayam, Ayam Percik, Ayam Masala, Kurma Ayam, Kari Ayam, Ayam Berlado, Ayam Kerutuk, Daging Gulai Kawoh, Daging Briyani, Daging Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Lada Hitam, Daging Kam Heong, Daging Baghdad dan Daging Dendeng.





Kalau yang suka makan makanan laut boleh try mereka ada sediakan pelbagai jenis makanan laut celup-celup seperti ada Kepah, Udang, Lala, Siput Buluh serta ada pelbagai jenis cucuk-cucuk steamboat. Lain daripada tempat buka puasa yang Maha pernah cuba sebelum ini ada sekali dengan sos mereka.




Bahagian lain yang turut ada dalam bufet ini macam biasa pencuci mulut tradisional seperti Roti Jala, Kuih Koci, Kuih Keria, Popiah Pedas dan juga ada buah-buahan yang segar seperti Pisang, Limau, Nangka dan paling penting kena ada Buah Kurma. Macam biasa kalau makan bufet ni memang kita semua nak ambil tapi peringatan ambil berpada-pada dan ingat pada orang lain juga bayar sama macam kita. Jangan membazir kerana bulan mulia tak elok kita membazir.





Harga pula sangat tak masuk akal bagi Maha memang murah giler.

RM55.00 untuk dewasa
RM30.00 untuk kanak-kanak (7-12 Tahun)
*Bawah 7 tahun percuma

Bufet Ramadan kat The Venue Shah Alam ini akan bermula pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Jadi sepanjang bulan puasa ni korang juga akan dihiburkan dengan persembahan dari live band. Korang dan boleh terus booking sekarang takut nanti penuh dengan harga murah dan makanan banyak ni tak mustahil mesti ramai orang akan nak cuba punya. 

Tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi :-
Tel : 019-8585 825








13 ulasan:

  1. amboi.... nampak sedap lah makanan2 kat yang dicater. venue pula canitk di decor... i can recommend this to my friends too

    BalasPadam
  2. Daging Masak Lemak Cili Padi memang ajak bergaduh betul lah. Nak meleleh air liur rasa huwaaa my favourite tu! Dengan menu yang sangat wow, harga per pax tu memang sangat berbaloi bagi Yaya!

    BalasPadam
  3. Banyak Nye pilihan makanan. Masala dia nampak sedap sedap belaka. Harga pun tak Mahal sangat.

    BalasPadam
  4. Wah meriah dengan lauk pauk. harga pon not bad.cuma agak jauh dari Diah je. Tempat dia setting dha macam makan dekat kenduri kahwen kan. siapa yang berdekatan kena berbuka dekat sini la since harga dia berbaloi.

    BalasPadam
  5. Tengok lauk-lauk dengan ulam-ulaman tu memang memikat selera betul lah.. Deko pun cantik boleh muat ramai pengunjung. Harga pun affordable.

    BalasPadam
  6. murah sangat harga buffet ramadan the venue shah alam ni. dah la siap ada nasi dengan kambing & ayam lagi tu. tiap2 tahun dengar citer full house jugak. tetiba carving nak makan steamboat pulak

    BalasPadam
  7. Banyaknya pilihan makanan yang ada kat sini. Harga yang ditawarkan pun berpatutan. Bukan setakat makanan je yang nampak sedap dan murah malahan kemudahan disediakan juga cukup untuk kesemua pengunjung yang datang.

    BalasPadam
  8. Pertama sekali tertarik dengan lokasinya dan pastu harga buffet nya yang amat berpatutan. Menu lak meriah sakan! Nak bawak family berbuka kat sini laaaaa

    BalasPadam
  9. The venue makanan dia x pernah mengecewakan. Semua sedap-sedap. Paling penting harganya agak murah dan berbaloi

    BalasPadam
  10. RM55 je? Murahnya. Rata-rata emi tengok buffet ramadhan tahun ni harga nak cecah rm100 jugak la. Ni kalau boleh dapat dengan harga rm55, memang kira sangatlah murah.

    BalasPadam
  11. So affordable and the spread looks really good too, I'll recommend this to my friends and colleague since most of them stay around Shah Alam

    BalasPadam
  12. Wah...makanan semua nampak sedap sangat. Baru tadi saya makan lunch tapi dah rasa lapar semula.

    BalasPadam
  13. Sedappp sedaap bikin gagal diett nihh saya ha ha

    BalasPadam