Berjaya Tioman Resort,

Sambungan Hari Kedua Percutian Di Berjaya Tioman Resort @ Pulau Tioman

7:00 PG Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama kot nak update pasal percutian Maha kat Pulau Tioman ni. Tak apa kali ni Maha nak sambung lagi keseronokan berada kat sana. Kalau korang nak baca bahagian pertama boleh pergi kat posting Cerita Hari Pertama Percutian Di Pulau Tioman yang Maha tulis ni. Kat situ ada bagaimana cara kalau korang pertama kali nak ke pulau ini. 

Kali ini sambung pula hari kedua Maha kat Berjaya Tioman Resort. Resort yang exclusive untuk pelancong datang menjauhkan diri dari kesibukan kota dan bebanan kerja yang banyak. Masa untuk merehatkan minda dan memulihkan emosi. Itu bagi Maha lah sebab duduk sini payah nak kontak dengan orang luar tapi sekarang dah mudah kot.

Sarapan Pagi Di Sri Nelayan 


Pagi tu memang lait nak bangun sebab apa dapat tidur dalam bilik yang sangat selesa. Rasa macam nak tidur jer seharin. Tapi rugi lah kalau tak keluar buat aktiviti menarik yang ada kat sini. Banyak menda korang boleh buat yang disediakan pihak resort. Pagi tu kita mulakan hari dengan sarapan pagi dulu.



Sarapan pagi kat sini memang ada termasuk sekali dalam harga bilik yang korang booking. Makan pagi tu di Restoran Sri Nelayan yang merupakan restoran terbesar di resort ini. Macam biasa sarapan pagi sini konsep bufet dan menyajikan pelbagai jenis juadah yang pasti menyelerakan. Cuma ingat jangan makan banyak sebab banyak lagi aktiviti nak buat ni satu hari hehehe.







Pagi tu semua tetamu resort di hidangkan dengan makanan tradisi Melayu yang sangat popular seperti Nasi Lemak dan juga Roti Canai. Kemudian bagi memenuhi kepelbagaian bangsa dan tetamu yang menginap kat sini mereka juga ada sediakan beberapa sarapan pagi English style. Korang boleh cuba semua tak ada had hehehe. Breakfast kat sini bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 10.30 pagi. So bangun awal dapat sarapan awal dan juga dapat buat aktiviti lain lagi lepas tu.



Selepas mengisi perut pagi tu berlegar-legar sekejap sekitar tepi pantai dan pool. Ini kerana restoran Sri Nelayan tu pun memang betul-betul tepi kolam renang dan mengadap laut. Ini semua sementara nak kasi perut rengang sikit sebelum buat aktiviti berkayak. Hari tu kami akan berkayak dekat pantai Tioman.

Santai Sambil Berkayak


Tak silap Maha nak sewa kayak kat sini tak mahal pun harga lebih kurang RM40 untuk dua jam bermain kayak. Ada kawasan korang boleh berkayak ok tidak boleh melepasi kawasan yang telah ditetapkan. Kalau korang daya boleh berkaya sehingga ke pulau Renggis. Kat situ tempat khas untuk orang snorkeling sangat cantik air kat situ. Penat juga rupanya berkayak ini walaupun sejam nak habiskan tu agak siksa almaklumlah orang jarang buat aktiviti macam ni tapi seronok.


 




Ok lepas penat sejam lebih juga berkayak Maha habiskan masa rehat dan mandi tepi pantai. Memang kalau dah datang kat pulau ni tak mandi laut tak sahkan. Jadi rendam puas-puas sebelum kembali ke bilik untuk teruskan bersiap nak lunch nanti. 

Menu Ala-Carte Juadah Makan Tengah Hari


Lepas sahaja habis mandi air laut Maha terus masuk bilik untuk bilas badan dan jemur baju dan seluar yang dah basah tu. Terus siap untuk makan tengah hari. Lunch Maha kali ini juga kat Restoran Sri Nelayan tempat breakfast tadi. Tapi lunch kali ni bukan bufet ia adalah menu ala-carte.





Kerana lapar sangat tengahari tu Maha order Chicken Chop, Asam Pedas Ekor bersama Nasi Putih dan juga starter Nacho Cheese. Korang bolerh tengok memang banyak kuantiti makanan tu puasa lah kenyang gilerr tengahari tu. Harga pun berpatutan tak adalah mahal mana pun Maha makan hari tu tak lebih pun RM150.00 jer. Makan tengahari ni tak ada dalam pakej jadi memang kena bayar sendiri. Dessert pula Maha order mereka punya ABC yang tinggi ni sejuk makan waktu tengahari panas. 

Berenang Bersama Ikan  


Maha terpaksa makan cepat sikit tengahari tu sebab petang tu nak kejar untuk pergi snorkeling pula pukul 2.00p.m. Jadi memang lepas sahaja makan terus bergerak jalan kaki ke pusat snorkeling yang agak jauh juga nak jalan kaki. Tapi sebab jalan tepi pantai tak terasa sangat. Mereka ada sediakan buggy untuk ke sana cuma tadi lunch lambat habis maka kami terlambat sikit lah.


Betul-betul sampai kat pusat snorkeling ambil semua kelengkapan dengan pantas kerana boat yang Maha kena naik tu akan bergerak tepat pukul 2. Kalau terlambat terpaksalah tunggu hari lain kerana kalau ikut jadual kat resort ini sediakan dua waktu sahaja untuk snorkeling iaitu pagi pukul 10 dan petang pukul 2.





Tempat untuk snorkeling tu tak jauh pun dengan jeti hanya lebih kurang 10 minit jer naik boat. Kat pulau yang Maha cakap tadi iaitu Pulau Renggis. Pulau ni daripada jadian semulajadi batu-batuan dan kawasan karang sekeliling masih terpelihara. Kat situ korang boleh tengok pelbagai ikan air laut yang cantik-cantik berenang-renang. Seronok bersnorkeling ni dan ini adalah pengalaman Maha yang ketiga buat aktiviti ini.



Cuma tips keselamatan sikit kalau nak snorkeling kat sini meraka tak bagi panjat batu kat pulau tu dan berenang jauh daripada pulau tu. Sekejap jer rasa masa dua jam yang diberikan untuk snorkeling tu tak puas lah. Cuma tak ada gambar dalam air kerana hari tu tak bawa kamera yang waterproof. Jadi dapatlah ambil gambar dari atas boat tu. 

Beach Picnic Sambil Menyaksikan Sunset


Lepas sahaja habis aktivit untuk snorkeling terus pergi ambil barang makanan kerana petang tu Maha ada Beach Picnic. Ni adalah salah satu juga aktiviti yang korang boleh buat bila berada di Berajaya Tioman Resort ini. Pihak resort akan sediakan pakej untuk makan picnin korang yang telah ditempah awal. Terima kasih kepada staff yang sudi sediakan pek untuk minum petang kat tepi pantai.




Korang boleh bawa makan tu keman sahaja nak pergi untuk makan petang sambil menikmati pemandangan indah di sini. Set untuk picnin hanya RM28.88 sahaja tau korang akan dapat semua ni. Best lepas penat snorkeling boleh lak isi perut lagi sementara tunggu malam. Sambil tu layan pemandangan sunset kat bawah pondok tepi pantai ni. Rasa nak tidur jer kat sini hehehe tapi tak boleh sebab nak kena balik lepas habis makan kerana nak siap untuk makan malam pula.

Makan Malam Masakan Cina


Lepas habis picnic tepi pantai tu terus jer balik bilik tukar pakaian untuk makan malam pula. Makan malam kali ini belainan sangat kerana Maha di bawa makan kat restoran masakan Cina. Restoran Xuan ni letak kat dengan lobby resort. Malam ni Maha makan makanan yang sihat dan juga dimasak panas.




Restoran ini sangat luas dan selesa dengan konsep makanan yang pelbagai. Sorry nama menu ni Maha tak ada lak tak sempat nak tanya pelayan kat situ. Jadi makan jer kerana kelaparan sangat kot. Lagi pun penat dengan aktiviti yang banyak kat satu hari kat resort ini. 





So berakhirlah hari kedua Maha bercuti kat Berjaya Tioman Resort ini. Panjang juga post kali ini almaklumlah nak share ngan korang apa yang Maha buat bercuti kat sini. Bukan lah bosan dan banyak perkara boleh buat jadi percutian korang tak bosan sangat. Kalau datang nak rehat sahaja pun boleh memang dialu-alukan. Ini cuma sekadar perkongsian sahaja mana tahu korang pun nak datang bercuti kat sini. Selamat bercuti semua dan selamat beristirahat. 

Info lanjut tentang Berajaya Tioman Resort ni boleh layari :






10 ulasan:

  1. Cantiknya pemandangan kat Pulau Tioman ni.. cerah mata memandang.. syok pulak dok tepi pantai tengok air berwarna biru.. hemm.. bab makanan.. adoi..tak leh nak komen..sebab semua macam sedapp je

    BalasPadam
  2. Indahnya pemandangan kat Tioman.
    Next time sila la bawa Rawlins sekali please. Asyik bawa orang lain je MM nie.
    Hik hik

    BalasPadam
  3. Wow bestnya berkayak. Lama tak kayak. Dulu masa study pernah kayak. Cantik permandangan sana. Tenang ja. Sesuai untuk family

    BalasPadam
  4. nampak best betul bercuti ke berjaya tioman nie. seronok ya awak pergi bercuti tanpa sy. eh eh rakit tu macam tak bergerak je. hahahaha. nanti sy nak ajak satu family pergi ke sini lah.

    BalasPadam
  5. bestnya dapat snorkeling..haritu pergi bercuti buat snorkeling memg seronok tak puas rasanya..hehee..pergh makann dia western tu..seronok tengok

    BalasPadam
  6. lama dah tak bercuti cam ni. Rasanya awal tahun lepas. Rindu pulak nak tengok laut sebab sis ni memang suka bercuti tempat2 cam gini, tenang je rasa

    BalasPadam
  7. Cantiknya permandangan kat sini. Dah lama dah tak bercuti ke pulau macam ni. Nanti nak plan ke sini. Bawa anak-anak. Bawa suami. Hehehe

    BalasPadam
  8. Bilalah dapat gi Pulau Tioman ni. Dah lama plan nak datang sini tapi tak juga sampai. Pulau Tioman ni memang diakui pemandangannya cantik. Laut pun cantik. Nak tenangkan fikiran memang elok datang tempat macam ni

    BalasPadam
  9. Pepagi dah best sebab makan menu breakfast yang best! Maha dengan makanan memang tak lekang di tangan haha dah habis berkayak pun bawak makanan sekali. Cantik lah pemandangan dekat Pulau Tioman ni.

    BalasPadam
  10. Ohohoho.. bestnya dia. Saja share byk makanan time bulan puasa! Lapar nyaaaaa.

    BalasPadam