Dapur,

Resipi Isitmewa Hari Raya Kentang U.S. Sambal Goreng Jawa Fusion

Selasa, Mei 14, 2019 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu di pagi Raya apa masakan yang korang suka makan? Ada setengah orang suka makan Rendang bersama dengan Lemang. Maha pula suka satu masakan yang berasal dari negara jiran tapi cukup popular di Malaysia. Mesti mak akan masak Sambal Goreng Jawa.


Cuma kali ini Maha belajar cara nak buat sambal ini agak fusion sikit kerana menggunakan beberapa bahan yang lain tapi masih mengekalkan cara dan rasanya. Kali ini Maha menggunakan kentang dari U.S. dan juga U.S. Hash Browns. Selalu orang akan gunakan Tauhu tapi Maha gantikan dengan Hash Browns nak bagi healthy sikit hehehe.

Tak caya ke yang kentang ini jauh lebih sihat nak banding dengan makanan lain. Ini kerana dalam satu biji Kentang U.S. bersaiz sederhana lebih kurang berat 148gram hanya mempunyai 110 kalori sahaja. Lagi sikit daripada satu keping Roti Canai yang selalu kita makan waktu pagi. Dalam biji kentang ini juga tiada lemak, tiada natrium dan tiada kolesterol. 

Kalau korang bandingkan Kentang U.S. ini ia lebih banyak Kalium berbanding dengan buah pisang. Jadi kalau orang kata makan kentang tu boleh menggemukkan ia adalah salah faham terhadap pengambilan kentang tersebut. Penyelidik juga mencadangkan bahawa orang yang nak berdiet boleh ambil kentang sebagai sebahagian daripada program penurunan berat badan kerana ia dapat mengurangkan rasa lapar.

Tu serba sedikit fakta tentang kentang dari U.S. sebab itu masakan tradisi kali ini Maha menggunakan kentang ini. Tapi Maha masih kekalkan rasa dan juga cara penyediaan yang tradisi agar tidak jauh beza hasilnya. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam resipi  Kentang U.S. Sambal Goreng Jawa Fusion.

Bahan-bahan : 
1 biji Bawang merah 
3 ulas Bawang putih 
1 genggam Ikan bilis 
10 batang Cili Kering
1 keping Asam Keping
1 keping Tempe (potong dadu)
2 biji Kentang U.S. Russets (potong kecil)
2 keping U.S Hash Browns 
1 keping Fuchuk 
1 ketul Suhun 
4 batang Kacang Panjang
1 cawan Kicap Lemak Manis 
1 mangkuk Minyak Masak 
Garam & Gula secukup rasa

Cara nak memasak resipi ini Maha sedikan dalam bentuk video supaya korang mudah faham dan dapat kita belajar sama-sama. Jom tonton video ini sampai habis ok.


Jadi macam mana korang rasa mudah tak nak buat sambal goreng ini. Sangat sesuai nak makan di pagi Hari Raya bersama dengan Ketupat atau Nasi Impit. Tak silap Maha kalau orang Johor makan sambal ni dalam Nasi Ambeng. Sedap juga tu terangkat lah giler weiii. Nanti korang dah cuba share apa pengalaman korang dengan Maha kat komen bawah ni ok.

Sekarang ini Facebook Page MY Potatoes USA tengah menganjurkan petandingan U.S. Potato Rasa Meriah dengan 10 resipi Raya yang lazat. Maha perlukan jasa baik korang untuk undi resipi Maha Sambal Goreng Jawa Fusion ini. 


Caranya mudah sahaja :

1) Like Facebook Page MY Potatoes USA
2) Like resipi yang Maha buat kat bawah ni. 


5 pengundi bertuah akan menerima cash baucer RM100 setiap seorang. Korang digalakkan untuk share dan tag kawan-kawan berpeluang besar untuk menang. Jom undi untuk resipi Maha ni nak tambah amalan korang bulan puasa ini hehehe. Tarikh akhir undian adalah 19 Mei 2019. Maha ucapkan terima kasih pada yang dah undi jasa baik anda sangat dihargai dan moga Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Selamat mencuba resipi ini ok.







16 ulasan:

  1. Nampak sedap resepi sambal goreng jawa ni. Cara nak sediakan pun mudah. Siap ada tempe lagi.. Tempe ni memang makanan kesukaan sy. Boleh lah try resepi ni nanti.. Trima kasih kongsi resepi

    BalasPadam
  2. Wahh.... pandai masaklah mahu ni... suka sangat baca resipi gini... boleh belajar masak pula nanti!! boleh jadi sifu saya?

    BalasPadam
  3. Sedapnya resepi Maha nie.. Simple n bahan mudah dapat.. Nnti AM nak cuba juga.. Baru tau yg kentang uda boleh dimakan utk bg yg diet.. Ingatkan kentang nie membesarkan apa yg sepatutnya. Heheheh

    BalasPadam
  4. Ena orang johor n jawa. Haha. Memang wajib masak ni. Sedap. Ena plak suka letak suhun banyak. Rasa lemak manis. Tapi nak cuba lah ubah resepi ikut ni. Tq sharing. Mesti marbeles rasanya.

    BalasPadam
  5. wow... terbaik.. nice sharing... nak cuba la

    BalasPadam
  6. Aduhh.... Sedapnya.
    Kentang lak favorite
    Nina sekeluarga. Haishh.. Gatal lak tangan ni pi tekan tengok bideo. Hambikkkk... Terliur! ���� nangis tergoda tau! Huhuuu....

    BalasPadam
  7. saya dah undi maha punya resepi dekat fb , semoga berjaya hendaknya . memang best sambal jawa ni nak2 guna kentang ada kualiti , dan saya pun memang ada beli produk ni terutamanya yg simplot tu

    BalasPadam
  8. Fav sis ni madi oiii. Memang kalau makan nasi ambeng mesti ada ni baru le kick. Dah ada resepi ni boleh le sis buat jugak..thanks share resepi

    BalasPadam
  9. Resepi resepi maha tak pernah mengecewakan. Nanti boleh buat jugak lah resepi ni. Nampak macam mudah dan tak renyah sangat

    BalasPadam
  10. Selama ni ingat masak sambal jawa ni susah. rupanya senang je. Boleh la buat sebab kentang US ada lebih lagi tu. Tapi betul la, sejak guna kentang US ni bila masak lebih sedap berbanding kentang lain. Banyak khasiat plak tu

    BalasPadam
  11. Baru tahu kentang US ni bagus untuk diet. Selama ni memang mengelak makan kentang sebab kalori tinggi. Nice resipi ni nanti boleh masak untuk raya!

    BalasPadam
  12. Menu lain dari yg lain ni.. letak hash brown lagi dalam sambal jawa. Fav liez ni.. boleh cuba la nnt... terbaik lah!!

    BalasPadam
  13. wahhhh nampak lazat betul yer menu nie time2 tengah puasa macam nie. nanti nak cuba buat jugaklah untuk hidangan berbuka. bahan2 nak masak pon mudah je

    BalasPadam
  14. Nampak pun sedap. Nak tryla bahan2 kebetulan semua ada kat rumah. Masakan macam ni makan dengan nasi panas mmg best

    BalasPadam
  15. Nampak sedap sangat. Ini memang my favourite. Thank you for the recipe. Saya akan try masak bila free nanti.

    BalasPadam
  16. Recipe simple macam ni la yang kita suka and nampak sedap juga.

    BalasPadam