ISetan,

K-Food Fair Kembali Dengan Lebih Banyak Barangan Makanan Di ISetan KLCC

7:00 PG Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr masih sempat lagi sebelum seluruh umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak untuk korang beli barang makanan yang diimport terus dari Korea. Maha tahu ramai kat sini memang suka bila sebut jer pasal tak kisah artis K-Pop mahupun makanan Korea mesti korang tahu. Kali ini K-Food Fair 2019 kembali lagi.

Tempat sama juga macam sebelum ini di Foodmarket ISetan KLCC dan juga di ISetan Lot 10 Kuala Lumpur. Maha pergi hari tu masa cuti Hari Pekerja sebab pameran jualan ini dah start dari 1 Mei hingga 15 Mei 2019. Memang kali ini lebih meriah dan juga barang lebih murah kalau nak compair beli kat kedai luar sana. 




Tahun ini mereka ada beberapa segment pameran barang makanan seperti bahagian Side Dish yang mengandungi makanan ready-to-eat yang korang boleh beli mengikut timbangan. Menarik masa Maha tengok hari tu ada Seasoned Crab dimana baby crab yang digoreng rangup dan juga disadur dengan sos. 





Bahagian yang korang kalau tengok mesti nak beli punya iaitu bahagian Ramen. Kat sini ada pelbagai jenis Ramen yang dihasilkan dengan macam-macam jenis perisa. Korang berkesempatan juga untuk cuba makan Kimchi Ramen yang mereka masak secara live kat pameran tu. Mee lain yang korang akan suka juga seperti Nongshim, Jongga, Ottodi, Paldo dan banyak lagi.
 



Kimchi segar pun ada kat sini tahu korang memang suka makan Kimchi ni. Kat sini mereka ada jual Kimchi yang Halal dan juga segar. Ada yang pedas dan juga kurang pedas tau kena tanya dengan penjual kat situ. Maha sempat juga beli satu botol Kimchi sebeb teringin sangat hehehe. 


Minuman juga ada banyak kat sini kalau orang selalu pergi ke Korea mereka tahu yang kat sana popular dengan Susu Pisang atau Binggrae ni. Maha beli berkotak-kotak air minuman ni sebab sedap ok sihat. Lepas tu kalau korang nak detox mereka ada juga jual Daesang Hong Cho iaitu minuman cuka buah-buahan yang bagus untuk tubuh. Orang Korea amalkan minuman ini setiap pagi sebab tu mereka tak ramai yang gemuk wakakakaka.





Bahagian yang Maha suka pergi juga kat pameran jualan ini iaitu bahagian Snack. Kat sini Maha telah beli Papero memang ini adalah snack kesukaan rakyat Malaysia dan popular di Korea. Korang tahu yang satu kotak besar Pepero ini hanya RM23.99 sahaja kalau kat kedai biasa RM41.20 jimat tu murah gilerr. Kemudian ada juga snack Crispy Seaweed yang ni ada banyak perisa tau Wasabi, Habanero dan juga Sea Salt. 




Selain daripada pameran jualan produk makanan sepajang K-Food Fair ini ada juga beberapa aktiviti menarik seperti :-
- Demonstrasi Masakan
- Food Testing
- Cabutan bertuah

Kalau korang beli produk kat pameran ini dengan nilai lebih RM100 dalam satu resit korang layak untuk dapat satu cabutan bertuah tau. Korang masih sempat kalau nak rasa produk yang mereka masak secara live sebelum bulan puasa ini. Korang kena pergi Sabtu dan Ahad ni dan boleh cuba makanan yang mereka masak kat situ memang sedap. Tapi bulan puasa nanti masih boleh lagi sebab pameran ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam so lepas Terawih boleh pergi pameran ni ok hehehe.





Maha dah pergi dan dah beli pun beberapa barang makanan Korea. Kalau nak pergi negara mereka sana memang tak tahu bila jadi dah ada kat KL ni boleh lah shopping puas-puas. Harga kat sini dijamin murah daripada mana-mana kedai yang korang pernah nampak sebelum ini. Masih ada masa jom kita serbu kat sana nanti dah habis tak adalah harga murah lagi hehehe. Selamat beli belah semua.

Info barang dan harga layari :






20 ulasan:

  1. Sedapnya. Kimchi tu mmg fav. Dengan pilihan pelbagai ramen tu. huhuhu. Memang mengiurkan sgt ni

    BalasPadam
  2. Saya memang suka sangat makanan korea. Boleh la saya pergi borong kat sana nanti.

    BalasPadam
  3. Wahh sedapnyaaaa! Makanan korea sebelum Ramadan. Ruby nak beli susu pisang tu je. heheheheheheeh

    BalasPadam
  4. Amboih Maha.. muka happy .. sampai ke telingan senyum tu.. haha.. TB siap zoom2 gambar nank tengok samyang Cheese ada tak.. hehehe.. hari tu try rasa sedap la pulak.. nyum2.. walaupun pedas .. sedap woo.. terfikir orang korea ni memang makan pedas2 ekk

    BalasPadam
  5. wahh bestnya sopin makanan n barangan korea..sakan maha borong ye..buat stok bln puasa ke tu..teringin nak rasa kimchi n air pisang tu..ekeke

    BalasPadam
  6. Wahhh food fair! Best nya! Macam-macam makanan ada. Elok sgt la boleh borong utk stok sahur & berbuka. Hehe.

    BalasPadam
  7. Rawlins nak pergi yang Lot 10 la. Sebab ada satu jem kulit limau dari Korea yang elok untuk demam dan selsema. TQ ye share pasal nie.

    BalasPadam
  8. Hantu makanan Korea mesti sukalah kalau dapat pegi sini. Macam-macam ada dan murah pulak tu. Teros kita suggest kat fanatik Kpop kat opis ni ha. Terus terkinja2 nak mai sini. Hehehe. Bnyak la Maha borong. Jemput kita makan pleaseeeee.

    BalasPadam
  9. Dulu keje area kl tiap tiap Hari singgah sini. Kalau Ada Korean fair I la Yang paling suka.Serious best visit Korean fair sini.Tapi Kan sekarang susah dah nak singgah sebab dah jauh. I pegi k mart je.

    BalasPadam
  10. sedar tak sedar, banyak sudah produk makanan korea berada di pasaran kita. citarasa korea diterima baik oleh rakyat malaysia. memang sedap makanan2 korea nie, as long as ada tand ahalal, kita bolehlah makan

    BalasPadam
  11. Borong sakan tu. Dalam banyak-banyak makanan Korea ni Qiss suka Pepero ajelah. Ramen dengan yanv lain-lain kurang sikit. Lepas baca blog Maha terus singgah beli Pepero kat sini sebab murah gila.

    BalasPadam
  12. Alaaaa tak tahanlah tengok kimchi, sambal sotong tu.. Susu Pisang lagi hadoiiiii, Ni sampai bila ni?? nak beli k=jugalah boleh buat stok berbuka dengan sahur nanti.

    BalasPadam
  13. banyaknya shopping tu Maha. mesti semua harga barang murah ni. siapa yang rindu travel ke kores tu elok sangat datang sini beli barang2 k-food. terubat sikit rindu nak berjalan ke sana tu

    BalasPadam
  14. I was there too did some shopping tapi tak cukup gonna go back again this week before it ends.

    BalasPadam
  15. aduhhh bestnyaaaa!! akak tak makan semua jenis, yang tertentu je makanan korea ni, maklumlah tekak melayu hahaha. yang kimci tu dorang kata sedap, nak trylah nanti, tapi risau takleh masuk tekak plak hahha aduhaii.

    nanti aka share post ni dungeon adik kakak, dorang semua peminat kpop dan makanan kpop hahhaa. akak sorang je xberapa tau psl ni :P

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  16. ya ALLAH ni adlh syurga!! nape x hajak i wakkk ?! nakk borong kimchi tu! brand tu Mat kimchi tu mmg sedap tau alamakk sus pisang xyh ckp laaa kat sne RM6 hengget sekor wak sy beli hari2 sebotol kdg2 berbotol2 HAHAHHA duit sy hbes kat susu je wak! HAHHA mahai giler!!! eh serius ah meggi ngn kepok tu xyah ckp lah mmg mnggoda nk try laa g isetan xtau sempat ke x ni

    BalasPadam
  17. Heyyy sedapnya kimchi buat nasi goreng kimchi! Perghh memang teringat2 lak eh!

    BalasPadam
  18. Wow.. Banyaknya makanan. Kita ni tak reti makan makanan korea. Tapi teringin la nak rasa susu pisang tu.
    Sebab orang dok kata sedap kan.
    Teringin tu je. Hehe

    BalasPadam
  19. Ya Rabbi maha! Onie tengok maha punya post ni pun dah terliur lelagi bila tengok ramen depa. Allahu. Memacam makanan ada . Nyesal tak pergi ritu. Minuman tu haaaaa, allahu T_T

    BalasPadam
  20. Wow! Banyaknya makanan. best shopping kalau barang banyak macam ni. macam-macam boleh pilih.

    BalasPadam