Atmosphere 360,

Ceria Raya Feast Bersama Pacific West Di Atmosphere 360

7:00 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bersempena dengan musim Ramadhan ini, Pacific West menganjurkan Ceria Raya Feast dengan kerjasama Restoran Atmosphere 360 di puncak Menara KL ​​untuk rakan-rakan media sosial dan blogger. Restoran ini ​​telah menyediakan menu Ramadhan eksklusif dengan pemilihan mewah dan menarik menggunakan produk dari Pacific West.

Hari tu kami dihidangkan dengan Toast Salmon Nigiri and Salt and Pepper Squid with Mentai Aioli for Amuse Bouche, gabungan Popcorn Fish Satay with Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll with Breaded Torpedo Prawn dan Nouc Cham untuk pembuka selera. Dusted Baby Squid with Creamy Prawns Bisque, Cod Fish Fingers with Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns and Tempura Natural Calamari Rings yang dihidangkan dengan Vegetable Bouquet dan Parslied Crushed Potato sebagai hidangan utama.



Maha paling suka adalah mereka punya sup daripada sotong yang ni memang unik dan rasa yang berkrim lazat boleh habis makan satu mangkuk tu. Pada bulan Ramadhan, Pacific West komited untuk membawa kebudayaan untuk merayakan musim perayaan dan berkongsi makanan yang lazat dengan rakyat sambil memupuk hubungan yang sihat. Oleh itu, Pacific West telah melancarkan kempen 'Ceria Raya, Tampil Bergaya' yang telah bermula 15 April hingga 15 Julai 2019.

Dalam tempoh kempen ini, korang yang membeli mana-mana produk makanan laut Pasifik West dalam satu resit di mana-mana kedai runcit juga berpeluang memenangi motosikal baru. Terdapat juga 10 unit Tefal Air Fryer untuk dimenangi dimana semua hadiah bernilai RM40,000. Korang boleh beli produk keluaran mereka di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi.


Rangkaian produk Pacific West dengan teliti dikembangkan oleh pasukan Chef Kuliner dan Teknologik Makanan untuk menambah nilai dan memperkayakan gaya hidup pengguna dengan mudah masak dalam beberapa minit terus dari peti sejuk. Kualiti yang tiada tandingan dengan piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa iaitu BRC, IFS, HACCP dan YUM! akreditasi. Produk mereka juga disahkan HALAL.

Maklumat lanjut mengenai kempen Pacific West Ceria Raya, Tampil Bergaya sila layari








0 Pandangan: