Buka Puasa,

Berbuka Puasa Dengan 'Santapan Bersama' Di Restoran Grandmama's Ramadan Ini

7:00 PG Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau Maha update tempat buka puasa mesti bufet style kan. Apa kata kali ini kita relax-relax je dan semua makanan tu datang pada kita. Tak perlu nak berbaris panjang menunggu untuk mengambil makanan. Kali hanya tunjuk dan pilih sahaja set yang ada dan duduk sambil main handphone menunggu makanan sampai.

Bila tiba Azan bergema terus boleh buka dan makan seronokkan. Kalau korang nak rasa pengalaman berbuka puasa macam ni apa kata datang terus ker Restoran Grandmama's. Tahun ini restoran yang telah lebih 8 tahun dalam bidang F&B ni menyajikan juadah berbuka puasa dengan konsep 'Santapan Bersama'.


Maknanya korang boleh pilih set makanan yang cukup untuk satu keluarga atau juga sesuai untuk satu kumpulan yang besar 2 hingga 10 orang makan. Kat restoran ini mereka memperkenalkan empat set pilihan dari harga serendah RM78.00++ sehinggalah ke harga RM438.00++. Harga ni bukan korang bayar seorang kata makan bersama jadi tong-tong lah bayaran. Melainkan kalau korang ada niat nak bersedekah di bulan mulia ini belanja kawan-kawan sekali-sekala apa salahnyakan.
SET B - RM168.00++

Hari tu Maha dah cuba dua daripada empat set mereka ini. Maha cuba hari tu adalah Set B yang boleh makan untuk 4-5 orang dengan harga RM168.00++. Apa yang korang boleh dapat dalam set ini sangat banyak dan dijamin kenyang. 

SET B
- Kerabu Mangga & Betik Muda
- Fish Head Curry Hot Pot
- Lamb Shank Gulai Kawah
- Crispy Butter Prawns
- Ayam Masak Merah Ala Kampung
- Stir-Fried Mixed Vegetables
SET C - RM288.00++

Manakala satu lagi adalah Set C yang boleh dinikmati untuk 6-8 orang dengan harga RM288.00++. Apa jenis makanan yang korang akan dapat dalam set ini.

SET C
- Kerabu Mangga & Betik Muda
- Seafood Curry Hot Pot
- Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal
- Sambal Petai Prawns
- Ayam Masak Merah Ala Kampung
- Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce
- Braised Egg Beancurd with Minced Meat
- Paku with Sambal Belacan

Semu set ini akan datang dengan nasi untuk berapa orang yang makan juga ada sekali dengan buah Kurma dan juga kuih muih tradisional untuk membuka selera. Korang rasa banyak tak lauk pauk ni semua cukup tak untuk berbuka. Bagi Maha sangat cukup dan mengenyangkan sangat.
Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal (RM23.00++)

Lamb Shank Gulai Kawah (RM39.00++)

Seabass Masak Tempoyak (RM78.00++)

Tapi kalau masih tak cukup korang boleh tambah lauk lagi kerana mereka ada sediakan Ala-Carte menu. Senarai menu ala-carte yang ditawarkan kali ini pun lain daripada lain. 

- Kerabu Mangga & Betik Muda (RM12.00++)
- Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal (RM23.00++)
- Ayam Masak Merah Ala Kampung (RM29.00++)
- Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce (RM29.00++)
- Lamb Shank Gulai Kawah (RM39.00++)
- Crispy Butter Prawns (RM45.00++)
- Seabass Masak Tempoyak (RM78.00++)

Kalau korang tanya daripada banyak-banyak masakan yang mereka tawarkan kali ini paling Maha suka adalah Ikan Cencaru Sumbat Sambal. Ikan yang segar dan besar serta boleh makan habis sampai ketulang kalau Mahalah. Kemudian yang Lamb Shank sangat lembut dan juga terasa kuah gulai kawahnya. Seabass tu Ikan Siakap Masak Tempoyak memang tak pedas dan juga rasa kuah tempoyak just nice.
Kerabu Mangga & Betik Muda (RM12.00++)

Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce (RM29.00++)

Ayam Masak Merah Ala Kampung (RM29.00++)
Crispy Butter Prawns (RM45.00++)

Boleh kata semua menu mereka kali ini kena dengan selera Malaysia kita dan juga semua orang boleh nikmati. Konsep menarik dan juga harga yang bagi Maha sangat petatutan memang korang makan akan bertambah kerana dapat makan bersa keluarga atau kawan-kawan lebih meriah.

Set untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini akan bermula pada 6 Mei hingga 4 Jun 2019. Cuma yang  set macam Maha makan ni ada di restoran Pavilion KL dan juga Intermark Mall sahaja. Kalau restoran di Genting Higlands dan juga KLIA mereka sediakan individu set seperti dalam gambar bawah ni. 

Jadi macam mana pilihan ditangan korang nak berbuka dengan style bufet atau style set macam ni lebih relax dan selesa. Sebelum terlambat Maha nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Maha dan juga yang mengenali diri ini. Moga puasa tahun ini lebih bermakna dan juga menginsafi diri kita untuk jadi lebih baik. Selamat menjamu selera dan selamat berpuasa semua.

Tempahan dan juga pertanyaan boleh hubungi : 
Laman web : http://www.grandmamas.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/grandmamas.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/grandmamasmsia







21 ulasan:

  1. sedap-sedap pulak makanannya! Terliur saya..

    BalasPadam
  2. OMG Maha kalau tak post ngan makanan memang tak sah. Dahla kualiti gambar foods yang dia snap mampu meruntung jiwa yg melihat. nampak plak post makanan dibulan puasa jam 12 tghari kejam tau..

    BalasPadam
  3. Mengundang sangat menu siakap tempoyak tu, terliur tengok! Lamb shank dia pun nyummm, memang happy la dapat makan set ni dekat Grandmama. Nak bayar pun boleh share dengan kawan.

    BalasPadam
  4. kan selalu kita kena lari2 nak amik makanan ala buffet ni..hat ni main order jer depa hantar kat meja..kita boleh sambung main fon hahaha..tak yah teruk2 p mai p mai amik makanan..

    BalasPadam
  5. aum sedapnya menu. suka betul tengok maha berselera makan sampai tak pandang kiri kanan ye. hujung bulan ni boleh la ajak housemate datang sini

    BalasPadam
  6. nasib time bukak blog maha dah kenyang lps buka ni..haha...kalau tak mau berbunyi teruk perut ni..menu2 nampak sedap beesesuaian lah dengan harga dia

    BalasPadam
  7. - Kerabu Mangga & Betik Muda - Nampak sedap sekali terliur dibuatnya
    - Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal -lama tak makan sedapnyela haii
    - Ayam Masak Merah Ala Kampung Nampak sedap jugak yummy
    - Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce - menarik bikin terliur
    - Lamb Shank Gulai Kawah - wajib dicuba nih... melambai-lambai pulak shank tu
    - Crispy Butter Prawns -terliur ishhh
    - Seabass Masak Tempoyak - ini ikan apa? macam siakap ke? tapi tak kisahlah kena cuba sebab kuah tempoyak tu nampak sedap! sedap-sedap menu dia.. t nak pergilah

    BalasPadam
  8. Rasa macam pernah gak makan kat grandmamas ni..ingat2 lupa sb banyak sgt tempat makan kan..hehehe.
    Best gak sesekali berbuka kat luar style mcm ni..tak yah nak bangun2 ambik hidangan

    BalasPadam
  9. Lamb shank die Serius nampak menyelerakan. Best jugak kalau makan berbuka berhidang macam ni. Sebenarnya Fadzi malas nak bangun bangun ambik makanan kalau jenis makan buffet ni huhu

    BalasPadam
  10. Jenis yang makan sikit mmg rugi klau cuba buffet.. so cara alacarte mcm ni mmg sesuai.. banyak juga menu dekat Grandmamas ni.. boleh la peegi cuba sbb menu mcm masak dekat rumah

    BalasPadam
  11. Kenapa tak ajak I sekali? Sampai hati MM tinggalkan Rawlins yang mengidam nak makan paku with sambal belacan tu. Next time please bawa Rawlins sekali. Janji tau!

    BalasPadam
  12. TB suka tengok suasana dan susunan meja dan kerusi dia.. cahaya lampu pun macam ok dan rasa selesa nak menjamu selera.. seterusnya menu pun.. nyum-nyum gitu.. nampak sedap..

    BalasPadam
  13. Amboy maha seronok makan ye senyum sampai ke telinga. Haha. Seabass masak tempoyak tu nampak sedap dengan warna kuahnya. Uitt tertarik dibuatnya. Bila lah dapat pergi sana merasa. Makan camni pon puas sebab macam2 menu dah sedia dalam 1pakej.

    BalasPadam
  14. wow, nampak menyelerakan sungguh hidangan berbuka puasa dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka kat sini.

    BalasPadam
  15. Best nanti kita nak pergi try their Lamb Shank Gulai Kawah, nampak sedap sangat la.

    BalasPadam
  16. Makanan kat sini sedap2. Sebab ada sentuhan makanan tradisi tu yg nampak tempting. Ingat nak datang makan kat sini sekali

    BalasPadam
  17. Alamak.. Mengundang perut bernyanyi bila tengok lauk sedap sedap ni. Hehehe..
    Harga pun boleh tahan juga kan.. Tapi klau makan puas dan kenyang, harga tolak tepi kan..

    BalasPadam
  18. Ya Allah Maha! Onie menyesal tengok blog maha waktu gini ! masak tempoyak tu dah kenapa sedap nauuuuuuuu! Not bad gak eh menu-menu yang ada dekat sini. Semua buat onie terliur maha oiii :D

    BalasPadam
  19. Kalau ke Pavilion KL, akak suka makan dekat restoran ni. Staff peramah dan makanan sedap. Paling suka sambal udang petai mereka. Udang dia segar gila!!!! Nanti kalau ke Pavilion KL untuk berbuka, Ruby nak buat reservation kat sini. hehehe

    BalasPadam
  20. saya suka jenis tunggu makanan dihidang, kalau buffet mcm berebut je. WEekend nak try la restaurant ni

    BalasPadam
  21. Hahaha bukan main Mahaaaaa happy makan kat restoren grandmamas ni. Grandmamas dengan baju helok kain kebaya pakai motor naaaaa. Tapi murah lerrrr dekat dekat 300 makan 8 orang. Tak sampai 50 pun sorang tapi makan macam2!

    Hey baru tau ni!

    BalasPadam