Buffet Ramadhan,

Rasa Klasik Dan Asli Masakan Melayu Untuk Iftar Ramadan Di The Everly Putrajaya

7:00 PG Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan pihak The Everly Putrajaya juga memberikan anda satu lagi pilihan untuk berbuka puasa. Kali ni hotel mewah yang terletak di kawasan strategik tengah-tengah Putrajaya dengan dikelilingi pusat beli-belah dan kawasan rekriasi ini menawarkan juadah berbuka puasa yang lebih klasik dan rasa kampung yang asli. 


Bertempat di Fuze Restoran level lobby hotel ni korang boleh nikmati lebih daripada 100 jenis juadah untuk berbuka puasa. Semua menu ini akan sentiasa ditukar setiap minggu untuk memberikan pengalaman makan yang berbeza untuk setiap kali kunjungan korang ker sini. Hidangan tradisional Melayu yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut membuat korang rasa serba salah tak cuba semuanya. 






Sebelum-sebelum ni Maha pergi berbuka puasa di sini mereka masih mengekalkan konsep dengan pelbagai buah gerai yang menyediakan pelbagai hidangan utama seperti Kambing Golek, Roti Canai dan Murtabak, Shawarma, Nasi Kerabu, Laksa Pinang, Sup Utara, Mee dan Kueh Teow Goreng, Cekodok dan Cucur Asli serta banyak lagi gerai. 



Cuma tahun ini mereka menampilkan kelainan dimana ada satu gerai yang dipanggil Korean Conner menyerdiakan Ayam Goreng Ala Korea. Ayam goreng Korea ini disalut dengan sos yang sangat pedas bagi kanak-kanak Maha rasa tak sesuai tapi untuk orang dewasa ok lah. Kemudian ia dilimpahkan lagi dengan cheese leleh yang cair di atas ayam tu. Nak tahu korang kena datang sini memang akan suka punya. 









Kat bahagian makanan utama ada pelbagai lauk-pauk tradisi Melayu seperti Asam Pedas Ketam, Daging Salai, Sambal Paru, Ikan Masak Steam, Tahu Sumbat, Pucuk Paku Goreng Belacan, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi. Ini untuk makanan berat dan membuat kita rasa tak boleh bangun kalau makan banyak hehehehe semua sedap belaka. 








Bukan sahaja ada masakan Melayu dalam bufet mereka kali ini tapi juga ada masakan India, Cina, Nyonya dan Eurasia. Ini kerana mereka nak meraikan kepelbagaian masyarakat yang datang dari pelbagai negara seluruh dunia. Kalau kat bufet buka puasa ni tak ada pencuci mulut tak sah jugakan.









Tahun ini mereka membawakan gerai yang menyediakan Apam-balik panas dan rangup juga gerai membuat waffle. Semua ni mereka buat live depan mata tetamu yang bakal datang dan makan panas-panas. Juga pelbagai kuih-muih tradisi yang manis-manis boleh dinikmati di sini. Berganding pula dengan pelbagai kek dan puding modern. Maha suka buah-buahan dan jeruk-jeruk di sini kerana ia segar dan masih rangup tengok lah.  

Harga Iftar Ramadan The Everly Putrajaya
RM108.00 nett untuk Dewasa
RM54.00 nett untuk kanak-kanak dan juga warga emas

Tempahan awal sebelum 1 Mei 2019
RM98.00 nett untuk Dewasa
RM49.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas 

Selain dari pada menjamu selera korang kat sini juga akan dijamukan dengan persembahan nyanyian daripada DUWA Music. Kalau kat sini korang jangan risau tentang parking memang banyak kat bahagian bawah hotel. Juga kemudahan bilik air dan juga ruang solat yang besar memudahkan untuk korang menunaikan kewajipan rohani. Bufet ini akan bermula dari tarikh 9 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 6:30malam hingga 10:00malam.   






Kalau yang datang atau nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai seperti syarikat, badan koporat atau keluarga yang besar korang boleh buka puasa khas di Bilik Banquet yang exclusive. Juga mereka ada sediakan pakej yang istimewa untuk siapa yang nak bermalam di hotel dan berbuka puasa sekali di sini. Kalau nak tahu semua tu boleh terus hubungi mereka. Korang kena datang tau best sini selesa. Selamat menjamu selera semua ok. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 6011-6318 6029
        03-88922921
        03-88922929 
E-mail : zikri.zuraimi@theeverlygroup com
              farah.hanis@theeverlygroup.com






18 ulasan:

  1. Iza selalu dengar pasal Everly hotel ni dekat radio. Banyak jugak pilihan makanan untuk buffet ramadhan dia. Semua pun nampak sedap. Iza nampak dim sum dengan apam balik kat situ. Uiiii. Tapi harga dia boleh tahan jugak. Berbaloi la dengan pilihan makanan dia yang banyak. Ni kalau pergi ni kena rasa semua ni.

    BalasPadam
  2. wow delicious food and yes we love buffet too, well now got to save money first and see which place we should dine. Glad you sharing this as now we can check it out and tell my dear now!

    BalasPadam
  3. Wow pelbagai nye makanan. Kuih melayu, waffle, dim sum. Confirm memenuhi citarasa lain-lain orang kan. Good2. Boleh short listed kalau nak pegi berbuka ni.

    BalasPadam
  4. I have not been to The Everly Putrajaya hotel yet. I see many bloggers go there review stay and now buffet. macam best la make me wanna go check it out too

    BalasPadam
  5. i wanna go eat.. so many nice food.. feels hungry d.. this is so delicious... great to berbuka puasa here

    BalasPadam
  6. Bila nampak makanan kat blog Maha terus nampak sedap ya amat. Jambu air tu rare ye. Biasa memang memasing lebih suka buat menu kampung kan. Barulah tekak rasa selera nak makan.

    BalasPadam
  7. Wow kelas makan kat Everly! Okay since I ni mix korean kan i akan ke Korean Corner makan ayam korea je. Makanan Melayu I makan kalau masih lapar. eh!

    BalasPadam
  8. Kena menabung dari sekarang ni. Sempat la jika teringin nak berbuka puasa di Everly. Menu pun nampak sedap sangat. Korean Corner tu memanggil-manggil.

    BalasPadam
  9. Makanan dia tu.. nampak sedap semuanya. Banyak pilihan juga. Sampai Korean punya pun ada. Tapi yang best mesti masakan kampung kan. Bila makan, teringat je keluarga di kampung hehe

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  10. Tak pernah lagi cuba makan kat sini. Bulan puasa ni kalau lalu area sana boleh lah cuba nanti. Tgok makanan dia pun not bad gak

    BalasPadam
  11. Macam best je juadah dia. Dah la dekat je dengan rumah Rawlins nie. Next review ajak Rawlins sekali ye. Jangan lupa tau.

    BalasPadam
  12. nanti kalu datang shopping kat Alamanda boleh berbuka kat Hotel Everly sebelah tu je. Semua juadah berbuka puasa nampak sedap & menyelerakan. apatah lagi waktu bulan ramadan nanti pasti rasa nak makan semua

    BalasPadam
  13. Banyak juga pilihan makanan dia eh, tapi kambing golek memang wajib ada kalau bulan puasa kan? Bijak dia buat menu Korean, mentang-mentang demam KPOP agak kuat dekat Malaysia. In sya Allah ada rezeki boleh pergi.

    BalasPadam
  14. kambing tu nampak sedap giler...ni kalau makan kambing time puasa memang heaven hehehehe..tengok hidangan lauk pauk semuanya memikat hati dan jiwa chewahhhh

    BalasPadam
  15. Tolong la jangan nak goda nafsu makan kita wakk, hahaha. Perut ni rasanya dah tak flat macam dulu dah. Makin ke depan asyik makan aje, heheh

    BalasPadam
  16. Suka tengok makanan yg pelbagai rasa tu coz saya suka makan ! haha..kalau hari-hari makan macam tu confirmlah kita tambah comel loteh :P

    BalasPadam
  17. wah banyaknya makanan dan minuman dia! ni kalau tak kenyang juga ni tak tahu lah cakap apa. berbaloi sangat buka puasa kat sini lagi lagi datang dengan keluarga.

    BalasPadam
  18. Banyak juadah yang dihidang ni.... sedaaappppp tu! Banyak buah-buahan dan kuih raya ni! Yum..yum...

    BalasPadam