Aktiviti,

Mengurangkan Pelepasan Karbon Melalui Aktiviti ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019

4:14 PTG Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa usaha kita dalam memastikan memelihara alam sekitar selain daripada kitar semula. Sebenarnya kita boleh mengurangkan penggunaan kenderaan kerana ia dapat mengurangkan pelepasan karbon (CO2) dalam udara. Cara nak mengurangkan asap ni kita kena banyak menggunakan pengangkutan awam.
Ucapan daripada Dato' Hj. Mohd Zain Hj. Hassan CEO Alam Flora Sdn Bhd

Itulah matlamat utama dalam aktiviti ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019 yang Maha sertai pada hari Sabtu yang lepas. Program anjuran Alam Flora dan juga kerjasama dengan Prasarana Malaysia dalam menggalakkan kita menggunakan pengangkutan awam seperti LRT. Ini kerana LRT adalah pengangkutan awam yang dekat di hati rakyat Malaysia. Selain itu, LRT adalah pengangkutan yang kurang pelepasan karbon ke atmosfera dan menyokong matlamat kerajaan  dalam mencapai 45% pengurangan Pelepasan Karbon setiap KDNK menjelang tahun 2030. 




Sebenarnya program ini telah dianjurkan sejak beberapa tahun lepas tetapi sebelum ini mereka banyak menggunakan kenderaan sendiri. Jadi pertandingan Ecorace kali ini, mereka menambah baik program dengan melaksanakan konsep lebih mesra alam iaitu dengan menggunakan pengangkutan awam agar penghasilan karbon dapat dikurangkan semaksima mungkin.


Jadi sebeb itu kalau korang perasan Sabtu lepas Maha ada update dalam sosial media tentang aktiviti terebut.  Hari tu Maha dan satu team 4 orang iaitu blogger hebat Rafzan Tomomi, Penaberkala dan juga Dik Bee dalam satu kumpulan yang diberi nama Cupcake menyertai program ini. Aktiviti race tersebut bermula daripada station LRT Ara Damansara sehingga ke station LRT Pasar Seni.




Cabaran race kali ini berlainan sangat dengan sebelum ini bukan setakat menggunakan pengangkutan awam sahaja, kali ini mereka menerapkan konsep paperless dimana tiada penggunakan kertas untuk menjawab soalah dan mendapatkan klu tetapi semua menggunakan telefon pintar peserta untuk scan QR Code yang disediakan untuk mendapat klu dan menjawab soalan.  



Pagi tu semua perserta yang terdiri daripada 30 kumpulan dengan penyertaan lebih kurang 200 orang kebanyakan kakitangan Alam Flora dan juga Prasarana termasuk kami team blogger dilepaskan di station pertama Ara Damansara. Kemudian kami kena selesaikan task pertama disitu dan mendapatkan klu untuk pergi ke check point kedua pula. 




Siapa tahu cabaran kali ini sangat mencabar walaupun hanya naik LRT tapi nak menyelesaikan 10 tugasan yang diberikan menguji sangat kesabaran dan kepintaran dalam menyelesaikan semua soalan dan tugaran. Lepas tu pula nak manage bagaimana nak tepat dan cepat dalam tempoh pegerakan dari satu check point dengan check point seterusnya. Semua itu kena ada strategi juga baru semua berjalan lancar.



Bagi team Maha hari tu memang sangat mencabar sebab kami tak tahu banyak perkara berkaitan dengan kitar semula dan juga menjaga alam sekitar. Setakat basic pengetahuan tu adalah. Soalan yang disediakan oleh penganjur sangat diluar kotak pemikiran kami. Jadi terpaksalah kami mencari info melalui kemudahan lain yang ada seperti pakcik Google wakakaka. 



Ditambah pula dengan kepenatan nak ulang-alik pergi 10 station untuk selesaikan 10 check point. Memang rasa kebas kaki juga nak turun naik LRT tu. Tapi nasib semangat kami kuat hari tu kena selesaikan juga semua task tak kisahlah dapat no berapa janji kami tidak sangkut separut jalan. Alhamdulillah memang kami semua dapat selesaikan tugasan tu sehingga akhirnya walaupun agak sedikit lewat nak bandingkan dengan peserta lain.



Seronok jugalah kerana ia satu pengalaman baru buat kami. Semua kepenatan tu berakhir dengan kegembiraan kerana sapa sangka kami boleh dapat tempat ke empat daripada 30 kumpulan. Tahniah kepada semua pemenang tempat pertama hingga ketiga. Korang semua memang hebatlah. Harap lepas ni dapat lagi sertai aktiviti macam ni memang best. Korang kalau ada program macam ni nak join tak nanti.



Bagi Maha program macam harus diteruskan dan mungkin boleh perluaskan untuk penyertaan orang awam dan penggunaan lebih banyak pengangkutan awam yang lain. Dalam usaha untuk menjaga alam sekitar ia juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta. Banyak ilmu dan pengetahuan yang Maha dapat belajar dalam program race seperti ini. Bagaimana nak buat pengiraan pembebasan asap hitam kenderaan.






Kemudian ada juga pameran beberapa peralatan teknologi baru yang lebih mesra alam sekitar digunakan oleh Alam Flora seperti ITALA, EGO Blower, Electro Vacuum dan Scooter Electric untuk operasi mereka. Ini adalah usaha mereka ke arah operasi mesra alam sekitar kerana ia tidak menggunakan petrol dan lebih senyap.


Diharapkan di masa akan datang lebih banyak lagi badan koporat yang lain juga turut sama menjadi agent kepada mendidik masyarakat untuk menjaga alam sekitar. Juga sama memperkenalkan dan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam yang sebenarnya :-
- Lebih menjimatkan kos
- Lebih menjaga alam sekitar
- Lebih selamat

Tahniah sekali lagi buat penganjur Alam Flora Sdn Bhd serta anak syarikatnya DHES dan juga pihak Prasarana Malaysia kerana menganjurkan aktiviti baik seperti ini. Mungkin tahun depan akan lebih meluas dan terbuka kepada semua orang awam. Kesimpulan ia satu aktiviti yang enjoy dan sangat berguna untuk memberi kesedaran tentang alam sekitar. Jumpa lagi tahun-tahun akan datang ok.

Nak tengok gambar dan gelagat peserta sepanjang aktiviti boleh ker laman https://www.facebook.com/alamflora.







17 ulasan:

  1. 10 check point. Mak aih, kalau saya dah tak larat dah ni maha. Dah la mesti panas merecik kan. Tapi nampak maca fun je program ni

    BalasPadam
  2. Huh! Rajin awak join aktiviti macam ni. Meriah gak! Kalau I sure tak larat nak terjah 10 check point tu. Congrats for all yang menang tu.

    BalasPadam
  3. cantiknya kad touch n go tu. bagus betul join aktiviti macam ni didik orang ramai supaya tahu cara menjaga alam sekitar dengan baik. tahniah menang, boleh la share hadiah hamper tu.

    BalasPadam
  4. Bagusnya program ni bagi mencapai matlamat pengurangan 45% penggunaan karbon dioksida. Aktiviti dan cabarannya pon sangat bagus, selain kita sedar akan kepentingan dan maklumat baru yang selama ini kita ambil enteng, dpaat juga ilmu bermanfaat. Bagus sungguh bila implement paperless. Guna phonphone terus. Barulah betul² efektif kena scan bar code segala ntk dptkan clue. Terbaiklah!

    BalasPadam
  5. wah terbaik! akak suka program macam ni Maha.. mungkin lainkali boleh uar-uarkan sebelum program ni dijalankan lainkali dik..teringin nak join jugak! hehe. bay the way tahniah ya korang yang menang!

    BalasPadam
  6. Pergh terbaik la korang... Akhirnya menang juga ye.. Hehehe.. 10 cek point dengan soalan yang diluar kotak.. Fuh.. Bgus aktiviti mcm ni.. Naik tren mmg boleh kurangkan pencemaran ye..

    BalasPadam
  7. Bagus program macam ni diadakan .Membantu bumi kita dari bebas karbon yang banyak. Lagi banyak menggunakan kenderaan lagi banyak karbon dihasilka . Satu program yang murni.

    BalasPadam
  8. rindu nak join aktiviti macam ni.aktiviti yang liezsuka join sebab bukan sahaja nak memeriahkan dan yang lebih penting membantu menjaga alam sekitar. aktiviti mcm ni atau car free memang kena selalu dibuat.. ini untuk kita juga kan

    BalasPadam
  9. Wahhhh nampak best betul yer event nie. Explorace sambil ilmiah. Takpelah tak menang pon tp banyak info dan ilmu dapat dari ecorace nie. Nak join jugaklah kalau ada lagi nanti

    BalasPadam
  10. terbaik lah maha! bagus join event macam ni, dalam menjaga alam sekitar sambil jaga kesihatan diri. Teruskan aktifkan diri ye.

    BalasPadam
  11. tudiaaa hahhaa enjoy plak akak baca sambil tengok gambar explorace maha hahaha, tudia memang ramai ye 30 kumpulan. best juga tu buat paperless hahha, semua pakat keluarkan hset scan qr code ye. bagus aktiviti ilmiah macam ni, kita pun dapat banyak kesedaran tentang alam sekitar kan, kalau tak semua buat asal boleh je

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  12. Menarik juga aktiviti macam ini di samping memupuk kesedaran orang ramai tentang alam sekitar.

    BalasPadam
  13. Wah bestnya join aktiviti cam ni. Sambil2 tu boleh pupuk kesedaran org sekeliling tentang alam sekitar. Kad touch and go tu pon lawa. Nakkkk!!!

    BalasPadam
  14. Syoknya Maha dapat join aktiviti macam ni.. kalau lah dapat peluang nak juga join .. tapi apakan daya.. kalau join kena la dokong harraz sekali.. hahahaha.. tapi harraz pun mesti suka join macam ni.. hihihi

    BalasPadam
  15. aktiviti sihat nih , next time ajak kita jugak yer , suka buat macam ni sebab banyak benda boleh belajar then kita pula bertanggungjawab sampaikan pada masyarakat supaya semua dapat memahami apa makna kempen tersebut...good job n tahniah team maha

    BalasPadam
  16. seronok main treasure hunt berkumpulan..selain daripada kita dapat berkumpul dan beraktiviti bersama rakan ianya juga satu riadah yang boleh mendidik kita as masyarakat..btw tahniah mng no4

    BalasPadam
  17. Adoi kena ke 10 checkpoint tu mencabar betul ye.. Tp tuan Maha boleh senyum lagi tu maknanya steady la kan.. Tp bagus programnya mementingkan penjagaan eco system.. Sambil2 riadah kan

    BalasPadam