Buffet Ramadhan,

Me'nate Steak Hub Membawakan Bufet Ramadan Terbaik Kambing Golek

7:00 PG Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa tak kenal dengan Restoran Me'nate Steak Hub yang begitu popular dengan steak terbaik mereka. Kali ini Ramadan yang bakal tiba Me'nate juga menawarkan lebih daripada 40 juadah bufet buka puasa. 

Pastinya korang datang sini untuk buka puasa sebab nak cuba mereka punya hidangan utama iaitu Kambing Golek. Keistimewaan kambing yang disediakan di sini setiap hari bulan Ramadan di masak perlahan dengan perapan rempah ratus yang terbaik. 




Selain itu juga ada banyak lagi hidangan yang menarik di sini. Maha dah cuba makanan mereka semasa majlis review bufet Ramadan. Masa itu mereka hidangankan hampir semua menu yang pelbagai jenis bukan sahaja berasaskan daging malah juga masakan barat yang popular seperti pasta, meeball dan spaghetti. 






Bagi juadaha makanan tempatan mereka ada sediakan Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow Digoreng Panas dan banyak lagi. Di tambah lagi dengan kepelbagaian pencuci mulut yang power-power belaka daripada makanan tradisi Melayu juga ada pelbagai dessert barat. 






Tahun ini juga Me'nate membawakan kelainan bukan sahaja daripada segi variasi makanannya tapi juga memperkenalkan Ikon Me'nate yang baru. Siapa tak kenal dengan Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Pom Pom dan juga Syuk Sahar. Masa hari review hari tu riuh rendah suasana majlis dengan kehadiran dua selebriti yang bukan sahaja menghiburkan tapi juga menonjolkan bakat dalam memasak beberapa menu pilihan mereka.

Bagi korang yang tidak dapat menyertai bufet Ramadan untuk berbuka puasa nanti tetapi ingin menikmati steak dan makanan barat di Me'nate, tidak perlu khuatir kerana selepas jam 8.30 malam restoran ini akan meneruskan operasi masakan ala carte seperti biasa.


Harga pula sangat giler tak masuk akal bukan mahal tapi sangat murah untuk makan semua hidangan bufet Ramadan ini. 

RM79.90 untuk dewasa 
RM39.90 untuk kanak-kanak
*Kanak-kanak 5 tahun dan ke bawah percuma

Kelainan dan keistimewaan sambutan Ramadan kali ini pelanggan yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Dalam pakej tersebut ada dua pilihan set iaitu Set A Premium Family Package dan Set B Super Premium Family Package. Bagi set ini boleh dinikmati 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.


Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan korang yang ambil set ini diberikan akses percuma ke hidangan bufet pemanis mulut. Kalau korang datang satu keluaga set ini sangat sesuai dan mudah.





Restoran ini juga menjemput mana-mana syarikat atau badan-badan korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.




Sekarang ini Restoran Me’nate Steak Hub sudah mempunyai lima cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta yang terbaru di Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. So tunggu apa lagi masa untuk korang buka puasa dengan makanan yang enak dan harga yang murah bagi Maha. 

Sebarang tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 019-391 1047
        019-477 1047
        019-261 1047
        016-879 5947






19 ulasan:

  1. Mang sedap daging panggang di Me'nate Steak Hub ni

    BalasPadam
  2. Harga dia boleh tahan murah kan. Sebab kalau biasa, sau daging die pun dah harga dalam puluh puluh ringgit. INi pulak harga macam tu boleh makan semua sekali

    BalasPadam
  3. Maha kalau tak share gambar yang buat orang lapar tak sahhh.. hahaha.. TB nampak semua sedap-sedap je kat Menate ni.. harga untuk dewasa pun berpatutan dengan hidangan yang boleh makan banyak mana pun ni.. boleh la bawak harraz sekali.. sebab budak2 free

    BalasPadam
  4. adoiiiii makkk.. terliur tengok semua menu tu... bila la dapat merasa ke sana... kena plan ni..

    BalasPadam
  5. I remember Restoran Me'nate Steak Hub ni every year also do Ramadan buffet. Macam best kan. However I have not tried it out yet la. hope to try soon

    BalasPadam
  6. Makanan kat Menate memang sedap. Tahun lepas dah pergi, harap ada rezeki nak pergi lagi tahun ni.

    BalasPadam
  7. dekat sangat dengan office kita nie..boleh la pujuk bos buat officemate iftar kat sini. boleh merasa daging premium. craving pulak tengok daging dril tu panas-panas lagi. tak sabar nak tunggu bulan puasa start..

    BalasPadam
  8. Me'nate memang best! Dah pernah pergi dan tak mengecewakan. Harga pun cun! Sesuqi bawak seisi keluarga berbuka puasa kat sini. Salah kita singgah sini tengah malam. Gambar semua jahat tau! Terus lapar ni.... Acaner?

    BalasPadam
  9. wahhhh menate ! bestnya kalau dapat berbuka puasa di menate. dah lama teringin. takut nak masuk sebab ramai kata mahal. tapi bila tengok harga eh eh tak adalah mahal pon. sangat berpatutan dan pilihan makanan sangat pelbagai. best nie. boleh bawa satu family berbuka ke sini

    BalasPadam
  10. Wow menate..kalau dpt berbuka kat sini sure puas hati makan..katanya daging2 kt sini sedap n lembut..harga dia pn oklah x mahal sgt

    BalasPadam
  11. Alahaii.. Macam tahun ni nak pergi je.. Semua nampak sedap je.. Tak peenah pergi lagi menate ni.. Nak rasa daging dia yang orang duk makan tu.. Kot ade rezeki boleh pergi bulan puas ni.. Hehehe..

    BalasPadam
  12. Amboi sedap betul tengok semua menu-menu kt menate ni wak.Lama dah tak mai sini. Ni kalau ambik pakej ni mau penuh perut makan ni. Kambing golek sedapnya!!!!

    BalasPadam
  13. makanan kat sini semua sedap2 giler..mmg puas hati dengan bayaran yang dikenakan..paling best daging syabu..perghh lembut dan sangat ehh sedapla....hahahingat nak dtg masa bulan posa nanti

    BalasPadam
  14. Bilalah cawangan di Penang akan dibuka. Teringinnya nak rasa. Menu pula pelbagai dan sungguh mengoda selere.

    BalasPadam
  15. Dapat makan buffet kat me'nate dengan harga hanya rm75, kira murah sangatlah tu. Kalau ada rezeki, nanti nak try berbuka kat sini.

    BalasPadam
  16. Bestnye dapat jumpa artis. Mereka serasi buat lawak. Seronok event fun camni. Wahh kat JB ada ye. Boleh lah ena try nanti. Harga pon not bad.yang penting kepuasan makan. Semua nampak sedaplah.

    BalasPadam
  17. Cantiknya tempat dia.
    Tahun ni macam pulun makan kambing bakar, kambing golek je. Macam sedap je menu kambing.. Hehe
    Kita kena pantang makan makan daging ni.
    Kalau tak, nak juga rasa segala kesedapannya..

    BalasPadam
  18. Tergoda AM tgk menu2 western yg Betul2 menarik.. Boleh la AM cuba pakej yg utk family tue.. Nak bawa adik n anak2 mkn d sini..

    BalasPadam
  19. Menate serius puas hateyyyy. rasa nak pi lagi makan steak dia daging dia kambing golek dia eh smua lah. Berbaloi bayar 79 makan daging empuk bak bantal gitttuuuuu

    BalasPadam