Caravan,

Hit & Eat Pertama Di Malaysia Dengan Konsep Karavan Makanan

Selasa, April 23, 2019 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang ternampak sebuah karavan besar dan exclusive parking tepi jalan korang cubalah pergi dekat. Jangan risau ia bukanlah sebuah kenderaan yang membahayakan tapi ia adalah sebuah karavan yang akan memberikan korang kegembiraan. 

Kenapa Maha cakap macam tu sebab dalam karavan tu ada macam-macam jenis makanan yang enak dan juga sihat. Itulah ia Hit & Eat karavan makanan yang membawa konsep makan jalanan ke tahap yang baru dan lebih menarik. Maha pun tak pernah nampak karavan ini tapi pertama kali tengok kat area MRT Taman Mutiara memang sangat kagum.


Tak pernah ada lagi karavan yang cantik dan mewah macam ni menyajikan makanan bertaraf lima bintang tapi harga sangat berpatutan. Sekarang ni kalau tak silap Maha dah ada 7 lokasi terletaknya karavan ini iaitu di Solaris Mont Kiara, Sri Petaling, Cheras, Jalan Changkat dan ada banyak lagi lupa lak. 


Kalau korang tanya Maha apa bezanya karavan ini dan juga Food Truck yang biasa kita tengok memang sangat banyak bezanya. 
1) Mereka mempunyai centralised kitchen dimana ada lokasi lain untuk memasak semua menu dan dihantar terus ke kawasan tapak karavan ini.
2) Di sini juga tidak ada proses memasak makanan dilakukan hanya menyedia dan membungkus makanan sahaja.
3) Karavan mereka tidak menggunakan generator untuk menghidupkan alatan atau pekakasan di situ tetapi menggunakan kuasa elektrik.
4) Mereka mengutamakan kebersihan dan juga kesihatan makanan yang disajikan kepada pelanggan.
5) Tapak karavan ini kekal statik dan tidak akan berubah. 

Sebab itu mereka cuba untuk membuka lebih banyak karavan dikawasan tumpuan ramai dan ia masih dalam proses kelulusan pihak berkuasa. Kalau ada lebih banyak memang lebih menarik sebab ia satu konsep yang baru dan lebih menarik. Variasi makanan yang ada di sini juga sangat banyak lebih kurang 35 menu semuanya. Harga pula didalam lingkungan RM10 hingga ke RM25 sahaja.


Di antara makanan yang mereka hidangkan di sini adalah seperti pelbagai jenis burger, pasta, daging iaitu daging lembu dan kambing, masakan Asia seperti Malaysia dan Indonesia, serta side dish. Maha paling suka kat sini adalah mereka punya kambing bersama dengan tak silap Maha Nasi Basmati kerana saiz beras yang panjang dan lebih besar. Makan pulak tu dengan sos lada hitam memang terangkat.





Lain-lain menu yang ada Maha nampak kat situ seperti Nachos Chips, Chicken Pumpkin Mac & Cheese, Chicken Pesto Pasta, Chicken Tender, Cream Butter Chicken, Sheredded Beef Taco, H&E Buffalo Chicken Wings, Cheese Chips, Hot Dog, Cheese Stuffed Beef Meatball, Nashville Chicken Burger dan Beef Burger. Juga ada minuman yang menyegarkan untuk korang bungkus bawa kema-mana sahaja.




Kebanyakan karavan mereka ada ni tak sediakan ruang untuk makan ia lebih kepada konsep grab & go juga lah. Tapi pelanggan dapat pilihan makanan yang banyak serta yang berkualiti sesedap seperti di restoran lima bintang. Disamping menggunakan produk 100 % berkualiti mereka juga menekankan standard yang tinggi dalam proses penghantaran makanan ke karavan dan penyediaan makanan di karavan tersebut memenuhi piawaian antarabangsa.


Maha suka tengok design dan dekorasi karavan ini kerana ia unik dan pertama di Malaysia. Mereka membawa konsep ini daripada luar negara dan diaplikasikan mengikut kesesuaian suasana dan budaya di Malaysia. Karaavan mereka juga lebih kemas, bersih dan teratur sebab tiada bahan buangan yang mengotori dalam mahupun sekitar kawasan karavan ini. Lepas ni dengar citer mereka nak kembangkan lagi kosep ini kepada negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. 

Tapi kalau korang jauh tak jumpa karavan ni tak apa korang masih boleh nikmati makanan mereka dengan buat pembelian secara dalam talian melalui aplikasi Hit&Eat di Google Play Store dan Apps Store. Juga korang boleh order untuk katering mereka bagi majlis seperti rumah terbuka, perkahwinan dan banyak lagi. Mereka sedia memberikan khidmat makanan terbaik kepada korang. So selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok.

Info lanjut dan juga promosi serta lokasi terbaru boleh layari :-







15 ulasan:

  1. Interesting concept. Totally lain Yang lain. Boleh la try kalau dekat dekat sini nanti.🤣

    BalasPadam
  2. kalu kahwin boleh la panggil dorang park depan rumah pengantin. boleh varieties sikit menu untuk tetamu..kot la tak nak makan nasi minyak boleh makan nachos tu

    BalasPadam
  3. I wonder, Kalau diorang tak memasak atas caravan tu, so makanan yg di serve tu panas panas lagi tak?
    Rasa macam musykil sikit di situ hehe.
    Tapi tengok menu dia agak variety jugak. Rasa hairan macam mana diorang buat. Adakah semua tu dimasak awal2 dan disimpan dalam warmer? Hm..

    BalasPadam
  4. Waahhh kreatif sungguh kan org2 sekarang ni. Menu pun ada banyak pilihan. Kalau bawa anak ni confirmlah semua menu dorang nak try, menu yang budak2 suka juga.

    BalasPadam
  5. Tak pernah lak nampak Caravan ni, kalau nampak sure sis singgah. Tengok menu menarik sungguh..ni kalau Aeysha nampak ni mesti dia nak ajak pergi sekarang jugak

    BalasPadam
  6. cantiknya caravan ni hehehehe. unik pula tu..ni kalau jumpa anak2 msti excited nak singgah...tapi harga dia mahal tak hahaha..takut juga kalau mahal sangat hehe

    BalasPadam
  7. That's the kind of food trucks I wanna see at the roads.... Omg. I will sure stop by here

    BalasPadam
  8. Wahhhh ! nampak mewah betul caravan nya, padanlah makanan pon jenis yang standard. nampak mcm menu mahal. nampak sedap betul yer burger tu. rasa teringin nak cuba. nanti nak singgah lah

    BalasPadam
  9. Biasa dengar food truck je. Wahh bestnya tengok menu dia. Suka sgt nanchos. Hope dpt buka banyak cawangan di johor pulak. Teringin nak rasa.senang konsep on the go plus kebersihan terjamin.

    BalasPadam
  10. Amboii.. Comelnya karavan nie.. Menu nmpk sedap terutama paties daging burger kelihatan tebal n juicy.. AM nak cuba juga la

    BalasPadam
  11. caravan yg jual makanan macam ni tak banyak kat malaysia kan. Kalau food truck biasa tu banyak la. Konsep macam ni sebenarnya bagus tau, memudahkan nak beli makanan.

    BalasPadam
  12. I like their food caravan design, the colour so vibrant and ceria. My favourite is H&E Buffalo Chicken Wings yummss.

    BalasPadam
  13. Menariknya..hebat laa depa ni punya idea..karavan tu pon menarik..makanan yang mereka hidangkan pon mestilah hebat dan sedap2

    BalasPadam
  14. ok seriously if i spot this van...i am going to take an OOTD with it! Cantik sangat! But of course, won't leave without eating....all the food looks so yummehhh.

    BalasPadam
  15. Omg cantiknya dat caravan... Dat food pun.. Aduiii sedapnyaaaaa... Tgk pun dah tau sedap

    BalasPadam