Atlas Pizzeria,

Dari Adunan Hingga Ke Sos Semua Buatan Sendiri Di Atlas Pizzeria

7:00 PG Mahamahu 16 Comments

Salam sejahatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang suka pizza Maha ada satu tempat untuk nikmati pizza original yang dihasilkan sendiri daripada menguli adunan tepung sehingga kepada penghasilan sos tomato dan bahan segar di atas pizza semua mereka buat sendiri. Itu keistimewaan restoran Atlas Pizzeria yang terletak di Level B1 Shoppes at Four Seasons Place KL. Kalau korang nampak bangunan Robinsons kat dalam tu lah teletaknya restoran ini betul-betul sebelah KLCC tu.  




Sekarang ni pula mereka tengah ada promosi pizza 'Half and Half' dimana korang boleh dapat dua jenis topping dalam satu pizza. Maksudnya korang boleh pilih dua rasa pizza dan mereka akan masak dalam satu doh pizza. Macam yang Maha cuba ini iaitu gabungan antara pizza Hot White Chicks dan juga Killing Me Softly. Nama pizza sini pun diilhamkan oleh chef mereka ada macam-macam nama daripada tajuk lagu kepada nama bandar.  

Hot White Chicks (RM24.00) dan Killing Me Softly (RM24.00)

Dua pizza yang Maha cuba ini memang lain sangat dimana doh mereka yang nipis dan lembut. Topping white chicks tu ada lima sosej ayam bersama dengan bawang, capsicums, pecorino dan mozarella cheese. Manakala yang tajuk lagu tu Killing Me Softly topping kat atasnya ada istimewa crispy soft shell crab. Bila korang gigit dapat rasa ketam yang rangup dan juga cheese yang meleleh.   



Satu lagi ni juga tergolong dalam golongan pizza juga tapi rupanya lain sikit dipanggil Truffle. Namaya 24K Truffle Magic dan didalamnya penuh dengan cendawan dan juga limpahan cheese. Paling win adalah biji truffle tu yang susah nak dapat kat tempat lain. Kenyang kalau nak makan sorang jadi order pizza dan truffle ni boleh kongsi untuk 2-3 orang makan.

24K Truffle Magic - RM65.00


Kalau nak lagi tambah makanan tak cukup dengan pizza dan truffle korang boleh order mereka punya Salted Egg Soft Shell Crab Pasta yang terbaik. Menu ni memang Maha boleh bagi double thumb-up sebab bukan sahaja ketam lembut yang digoreng garing tapi juga sos telur masin yang pekat dan melekat kat tekak rasa nak jilat pinggan sedapnya. Dalam tu juga mereka tak kedekut bahan seperti scallop dan juga sotong yang banyak. Ini boleh habis makan seorang satu mangkuk tu.

Salted Egg Soft Shell Crab Pasta - RM38.00


Ehh Maha terlangkau lak mereka punya appetizer biasa kalau makan kat restoran macam ni mesti mereka ada pelbagai koleksi salad segar sebagai pembuka selera. Hari tu Maha order Chicken Bacon & Quinoa Salad dan juga Ahi Tuna & Taleggio Cheese. Kalau korang tak tahu apa tu boleh baca description dalam menu atau bertanya dengan pelayan mereka sebab sangat ramah mesra. Hari tu Maha pun minta cadangan daripada pelayan mana yang best dan specialties kat restoran ni.

Chicken Bacon & Quinoa Salad - RM28.00  

Ahi Tuna & Taleggio Cheese - RM39.00

Akhir sekali Maha tutup makan dengan pencuci mulut iaitu Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream. Cheesecake mereka ni sejuk dan sangat pejal tak macam cheese cake biasa di luar sana. Juga minuman hari tu Maha order Smoothies Apple of my Eye dan juga Mocktails St. Berries. Dua-dua ni sangat segar dan menyegarkan lepas makan semua yang bercheese kat sini. 

Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream - RM25

Smoothies Apple of my Eye (RM22.00) dan Mocktails St. Berries (RM25.00)

Bagi Maha suasana dalam restoran Atlas Pizzeria ini sangat selesa dan juga korang akan berada di suatu restoran luar negara tapi masih boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia. Semua tukang masak kat sini adalah muslim jadi korang tak perlu risau untuk makan sebab masa Maha datang tu pun ramai juga yang datang makan sini. 



Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam jadi boleh lah untuk makan tengah hari, minum petang atau juga makan malam kat sini semua ada. Selamat menjamu selera semua dan nanti dah datang cuba jangan lupa tag Maha ok kita tengok selera korang pula macam mana yer.  

Info dan promosi lain boleh layari : 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 3.5/5    

     



16 ulasan:

  1. menarik menu dia siap boleh order half and half pizza ye..yelah xdelah order sampai dua pizza..kalau sorang makan berbaloi lah mtk half and half ni kan..tengok semua menu2 dia sedap dan menarik..dah lah kami ni pizza lover..fuh ID restoran ni pun sgt cool

    BalasPadam
  2. Smoothies Apple of my Eye dan Mocktails St. Berries ni meleleh tengok... Terliur betul...

    BalasPadam
  3. Me n my kids suka pizza. Ni kena p makan ni

    BalasPadam
  4. fuh.. syahdunya tengok cara maha makan tu.. lapar terus tengok.. amboi.. sedapnya alahai PIzza tu.. TB memang hantu Pizza.. satu lagi cheesecake tu.. fuh.. nampak gebus.. nampak sedap.. semua buatan sendiri ye.. bagusss

    BalasPadam
  5. Makanan dengan minuman die serius nampak sedap sedap. Nak nak lagi dia punya Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream. Tapi bila tengok harga macam rasa nak pengsan jugak sikit

    BalasPadam
  6. Mesti mau visit ni. Very authentic pizza. Memang susah nak dapat ni.Siap ada dessert lagi. Sedapnye.

    BalasPadam
  7. Gambar makanan yang Maha ambil semua buat saya tertarik, suka buat piza sendiri dirumah.. tapi sesekali kena juga 'me time' makan bersama-sama kawan diluar,, boleh cuba dekat sini

    BalasPadam
  8. Perrgghhhhh.... Please dont Killing Me Softly. Oh no!
    Teruja nak rasa Salted Egg Soft Shell Crab Pasta tuuu..!! Dapat bayangkan kenikmatannya. Huhuuu

    BalasPadam
  9. Ok bab pizza half andtu half tu best. Boleh share dgn suami sebab kadang order tak sama minat kan. Melting tengok limpahan yang banyak tak kedekut. Ni kalau order nak makan sorang. Haha

    BalasPadam
  10. Ya ampun sedap nya makan yang ditawarkan kat sini. Paling suka pizza yang ada banyak isi macam ni. Memang puas hati

    BalasPadam
  11. Tengok deco restoran sahaja dah tergoda. Bila scroll tengok makanan terus rasa nak pergi cuba. Terima kasih Maha share tempat2 best untuk makan.

    BalasPadam
  12. Ya Allah nampak betul2 menikmati ya pizza tu. Dah lah tak ajak kita, awasssss ya. Nanti nk datang lah tempat nie, sendiri. First time dgr nma tmpt nie. Rasa tertarik nk cuba sbb semua menu nmpk homemade.

    BalasPadam
  13. wah bagusnya boleh rasa dua pizza dalam satu doh..menarik tu..boleh dicubai ni..hehehe..ketam salt egg tu pun nampak mengancam ye..hehee..kalau datang entry dia tak nampak makanna tak sah ye

    BalasPadam
  14. Omg burnt cheesecake tu nampak sedap gila. Emi dah la memang penggemar keju. Nanti kalau tak sibuk, nak jugak ke sini sebelum Ramadhan.

    BalasPadam
  15. Memang dia buat dekat depan kita ehh? Best lah camtu haha mesti excited nak tengok. Btw, mocktail berries tu nampak macam sedap betul. First time dengar Atlas Pizzeria ni. Nanti bila-bila boleh cubaaa. Thanks for sharing Maha! :)

    BalasPadam
  16. Oh my....terliur bebenar tengok the pizzas..But it is so much more interesting to see the process of how they make the pizzas. The drinks also look so refreshing..let me ajak my partner to try this place out, he dahla kaki pizza.

    BalasPadam