Batu 3,

Rekod Kari Kepala Ikan Seberat 7kg Di Gerai Tepi Jalan D'Warees Resepi

7:00 PG Mahamahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang mampu tak nak habiskan satu set Kari Kepala Ikan seberat 7kg? Kalau Maha mungkin boleh makan untuk 2 kali hidang makan tengah hari dan makan malam hehehehe. Tapi itu lah rekod tersendiri yang dicatatkan oleh gerai tepi jalan D'Warees Resepi.  


Mereka pernah menghidangkan kari kepala ikan seberat 7kg. Satu keunikan di gerai ini apabila ramai pelanggan mereka saling berlawanan untuk mendapatkan kepala ikan paling besar. Sehingga ada pelanggan yang sanggup datang dari Utara dan Selatan tanahair semata-mata untuk menikmati keenakan kari kepala ikan di gerai ini.




Kalau korang tengok pada gerai ini ia adalah sama seperti gerai biasa tepi jalan kerana ia terletak betul-betul tepi jalan Batu 3 Shah Alam. Nak mencari gerai ni senang jer selain waze atau google maps nama gerai ni korang hanya perlu cari Kilang Gula CSR di Shah Alam dan gerai ini betul-betul kat depan kilang tu dan bersebelah dengan stesen minyak Petron


Maha cari memang senang tak sesat sebab boleh nampak gerai ni betul-betul bawah pokok yang rimbun. Konsep makan di sini layan diri dan mereka menyajikan makanan berlauk pelbagai jenis. Paling menjadi tumpuan adalah Kari Kepala Ikan dengan resepi sendiri yang dihasilkan melalui percubaan demi percubaab sehingga memenuhi selera rakyat Malaysia yang suka akan kari pekat dan melekat. 


Kari Kepala Ikan Jenahak

Kat sini ada 5 jenis kepala ikan yang dimasak dalam kari iaitu Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu, Ikan Tenggiri dan Ikan Mayong. Setiap hari mereka boleh menjual sehingga 50 ke 60 ketul kepala ikan. Ikut nasib kalau korang bertuah boleh dapatlah kepada ikan seberat yang Maha nyatakan tadi. Harga hidangan kepala ikan ini mengikut saiz dan jenis ikan. Ia bermula dari serendah RM25 seketul sehingga boleh cecah RM200.



Selain daripada juadah kari ikan ada lagi masakan lain yang juga menjadi pilihan ramai pelanggan di antaranya Kurma Daging, Kari Kambing, Ayam Goreng, Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Pajeri Nanas, Ulam-ulaman, Sambal Belacan dan banyak lagi. Hari tu yang Maha sempat cuba adalah Kari Kambing, Kurma Daging dan juga Ayam Goreng mereka. Satu kombinasi yang sangat sesuai dimakan dengan kari kepala ikan terbaikkkk.

Ayam Goreng

Kurma Daging

Kari Kambing

Ulam-ulaman dan Sambal Belacan

Onde-Onde

Gerai ni dibuka dari pukul 6.30 pagi untuk sarapan hingga pukul 4.30 petang. Kalau menu kari kepala ikan tu boleh start order dari pukul 10.00 pagi lagi dan last call pukul 4.30 petang kalau masih ada stock. Makan pagi dan petang tu mereka ada sediakan kuih-muih tradisional seperti Onde-Onde, Pulut Panggang, Lepat, Kuih Bakar dan banyak lagi. 


Korang boleh lah datang makan kat sini kerana ia dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dan tutup hari Ahad. Gerai ni juga popular dikalangan selebriti tempatan yang datang makan kat sini. Sebab tu korang kena cuba makan sini. Gerai ni baru sahaja beroperasi kalau tak silap tahun lepas tapi dah mendapat perhatian ramai kerana keunikan kari kepala ikan mereka. Maha boleh bagi jaminan korang akan makan sehingga kesedutan terakhir setiap ruang kepala ikan tu. Mesti kena cuba ok. Selamat menjamu selera semua.  

Pertanyaan dan tempahan hubungi : 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5





   

22 ulasan:

  1. wahhh.. sedap nI :-

    BalasPadam
  2. Saya bukan peminat kari ikan especially kepala ikan. Tapi kari ini nampak sedap. Will try eat it one day.

    BalasPadam
  3. sedapnya makan kat sini. Kari kambing dia nampak meyelerakan je. Tapi jauh pulak nak cuba sebab dekat Shah Alam. Nanti la kalau balik KL tengok parents boleh la try pergi sini dengan husband nanti. Habis la diet macam ni asyik makan je. Huhuhuhu

    BalasPadam
  4. so nice pics here, glad to come by here to see your posts. Wanna show my dear of the pics too, he likes to eat fish head curry. This place we no go dine before.

    BalasPadam
  5. adudu sedapnya kari kapla. puashati dapat makan kepala ikan yang besar ni. nak plak daging kat bahagian pipi ikan tu. dah dekat ngan opis ni, bolehla try

    BalasPadam
  6. Wow. . semua makanan berkuah nampak pekat dan sedap. Tapi kari kepala ikan 7kg tuh wow sangat sebab kalau saya seorang makan memang takkan habis lah Mahu sampai ke malam juga simpan lauk ni. Hahaha

    BalasPadam
  7. Sebenarnya kan. Sebenarnya kan. Fadzi tak reti nak makan kari kepala ikan. Sebab kepala ikan kan tak banyak isi. Wuuu, sedih tak?

    BalasPadam
  8. Wah! Favorite betul makan kepala ikan ni tau! Cx boleh ratah kepala ikan sorang tanpa toleh kiri kanan depan belakang. Hahahahha fokuss kepada kesedapan yanh dinikmati. Harga dia ni mesti agak mahal. Hahahha

    BalasPadam
  9. Allahu besarnya kari kepala ikan restoren ni. memang port terbaik la fans kari ni. boleh tahan ramai customer datang makan, confirm sedap kan. terus perut rasa lapar scroll gambar Maha snap

    BalasPadam
  10. dekat je ni dengan tempat kerja zul, hehe boleh masuk dalam list lunch zul. tak perlu pening-pening nak fikir makan dimana lagi.

    BalasPadam
  11. Penggemar kari kepala ikan wajib terjah ni. Macam kita kurang sikit dengan kari ni. Tapi kalau dah terhidang depan mata, ngap jugak. Haha
    Menu lain pun menarik.
    Menyelerakan sungguh..

    BalasPadam
  12. Wah really ada kari kepala ikan sampai RM200 biar betul. I have not try this place but will make a point to drop by for their curry fish head.

    BalasPadam
  13. Wahhh dah lah sis ni peminat kari, dpt makan kari kepala ikan besar ni nikmat sungguh rasanya. Nampak gaya kena gi jugak kat kedai ni..nak merasa kari dia

    BalasPadam
  14. Haha dulu2 emi selalu confuse kenapa kepala ikan pun org nak buat kari. Bukan ada banyak isi pun..haha. Tp bila dh try, tersuka pulak

    BalasPadam
  15. Mak aihhhh besarnya kepala ikan dia. Tu berapa org punya makan tu? Tapi lauk-lauk dia yg lain pun nampak menarik jugak.

    BalasPadam
  16. Kalau pasal makanan memang saya suka, terlalu suka ! tengoklah badan I ...agak comel kerana terlalu banyak makan. haha ^^

    BalasPadam
  17. Tak hajak pun. Baju tu meletups tau 'Can't get enough' katanya - ala-ala sama maksud dengan MahaMahu ye tak?
    Sedapnya la kelihatan kari tu. Next time ajak saya please.

    BalasPadam
  18. Amazingly the food that I want to try the most is the onde-onde. Ha :D Of course the others look equally delicious and tempting as well.

    BalasPadam
  19. Kari kepala ikan my favorite too .Menu lain pun nampak sedap. Ada nampak ulam & sambal belacan .Aduhai boleh tambah nasi macam ni

    BalasPadam
  20. Perghhh bapak mahal..kat penang ni mcm2 kedai jual kari kepala ikan ni. Tapi jarang beli. Selalu makan dekat rumah masak sdri ja sebab tau harga dia agak mbunuh. Tpi yg ni 7kg mmg padan la harga mcm tu

    BalasPadam
  21. kari kepala ikan regu dgn ulam sambal belacan.. sedapnya!

    BalasPadam