Data,

Main PUBG Mobile Secara Percuma Dengan Yoodo!

7:00 PG Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha adalah salah seorang pengguna Yoodo iaitu pembekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan kita kawalan penuh dalam menyesuaikan pelan telefon. Maha mula-mula tak tahu tapi setelah terbaca dalam satu artikel bahawa ada plan yang kita boleh kawal sendiri berapa banyak internet yang nak guna dan juga apa sahaja pakej yang ada dalam talian ini. Jadi Maha tertarik untuk cuba dan sampai sekarang masih menggunakannya.


Ok dari apa yang Maha sendiri telah gunakan talian mudah alih Yoodo ni ia sangat memberikan kelonggaran kepada Maha sendiri yang memang sentiasa menggunakan lebih pada sosial media setiap masa. Jadi dalam plan Yoodo ni sendiri telah ada fungsi kita boleh pilih untuk plan menggunakan lebih banyak Instagram, Facebook, Youtube dan juga WhatsApp. Serendah RM5 sahaja sebulan ia tidak akan mengganggu data lain yang ada dalam pilihan pakej kita. 


Korang mesti tahukan yang Maha ni memang aktif kat Instagram dan juga Facebook untuk update apa sahaja jadi ini sangat menguntungkan. Kalau untuk pakej data biasa pun tetap ada dan korang boleh pilih untuk ambil data serendah RM12 sebulan untuk 2GB data sahaja. Pastu plus dengan RM5 untuk 50minit voice serta RM3 untuk SMS sahaja. Itu pakej yang Maha ambil sekarang ini jadi ia hanya serendah RM20 sahaja untuk satu bulan. Ini asing tau dengan sosial media tadi, ia tak ganggu langsung data korang kalau dah ambil pakej sosial media tadi.  

Yoodo Menyokong Kaki E-Game


Tadi plan untuk data, kali ni Maha nak tunjuk pula tentang kesitimewaan kepada kaki e-gamers kat luar sana kalau korang gunakan Yoodo ni. Ia akan berikan sehingga 20GB free data setiap bulan kepada anda kaki gamers untuk permainan yang sangat popular sekarang ini iaitu PUBG. Walaupun terus terang Maha ni bukan kaki PUBG ni tapi bila tengok keistimewaan yang bagi ni sangat untung gilerr lah.



Caranya korang boleh pilih sahaja pilihan PUBG Mobile yang ada dalam applikasi Yoodo tu dan secara automatik ia akan aktif dalam akaun korang. Kat situ sahaja korang boleh main sepuasnya game ini. Maha dah start belajar main walaupun game pertama dah mati tak sempat nak jadi Chicken hehehe. Bahasa-bahasa kaki gamers jer yang tahu. 


Paling best bukan sekadar korang jadi jaguh kampung main e-games ini, tapi Yoodo adalah penaja utama untuk Malaysia's First official PUBG MOBILE National Championship (PMNC) yang telah berlangsung pada  26 dan 27 January 2019 yang lepas. Rupanya ada 256 team dan lebih daripada 1000 orang pemain seluruh dunia sertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM60,000. Tak silap Maha juara yang baru ini adalah team Gank YTK dan mereka telah menerima tajaan daripada Yoodo untuk perlawanan peringkat seterusnya. Lepas ni korang juga boleh jadi juara kalau hari-hari main PUBG ni percuma dengan Yoodo. Boleh belatih mulai sekarang untuk pertandingan akan datang lak.

Yoodo Memudahkan Kaki Kembara


Ini satu lagi yang Maha suka sangat dengan Yoodo ni sebab apa mereka dah ada pakej rooming yang dipanggil Yoodo's Roam Like Home. Bestnya rooming mereke ini boleh support sehingga 53 buah negara seluruh dunia ok. Kalau korang nak tahu yang baru-baru ini Maha ada pergi travel ke negara jiran Indonesia pun guna rooming daripada Yoodo ini ia sangat mudah dan murah.


Caranya mudah sahaja dengan plan yang korang dah pilih tadi sebelum ini dan hanya tambah rooming RM10 hingga RM20 sahaja mengikut negara untuk kegunaan 24jam. Contoh hari tu Maha pergi Indonesia Maha punya pakej ada sekarang RM20 dan kena aktif rooming tambah RM10 sahaja dan boleh guna kat sana. Nak aktif tu pula tak susah semua buat dalam aplikasi Yoodo sahaja online tak perlu nak call atau buat pengesahan dahulu. Tiada caj tersembunyi sebab korang bayar apa yang korang guna sahaja  
    

Hari Komuniti Yoodo


Ini seronoknya kalau dah jadi pengguna Yoodo ni kerana korang yang aktif dalam komuniti mereka akan berpeluang diraikan pada satu majlis khas bagi pengguna setia Yoodo. Macam tahun lepas pada ulang tahun pertama Yoodo mereka telah adakan Yoodo Komuniti Meat-up Day dimana Maha sendiri hadir ada pada hari tu ok. 



Pada hari tersebut juga Yoodo memberikan pelbagai keistimewaan kepada pelanggan setia hadiah yang tidak dijangka-jangka. Ada yang dapat telefon baru, t-shirt dan best semua orang hari tu dapat tonton wayang. Bagi Maha aktitviti bersama pengguna dan juga menghargai pengguna ini adalah yang pertama kot di buat oleh provider macam ni. 


Bila dah guna Yoodo ni aktif lah jadi Yooders pula kat web community mereka nanti mana tahu nama korang akan naik untung-untung akan dapat hadiah istimewa tau. Maha sendiri pun mula aktif kat sana sikit-sikit kongsi pendapat dan juga bercerita pengalaman menggunakan Yoodo kat dalam komuniti ini. 

Nak Dapatkan Sim Kad Yoodo


Tidak perlu nak cari kat luar sana korang boleh daftar secara online dalam talian di www.yoodo.com.my kerana memang sim card ni tak ada jual kat luar sana hehehehe. Bila dah order sim card mereka akan hantar kad itu terus ke alamat korang. Bila dah dapat sim card boleh aktifkan dan terus boleh set pakej mana korang nak gunakan. 


Semua pakej yang Maha cite tu ada dalam aplikasi Yoodo korang kena muat turun selepas sahaja dah dapat sim. Pendaftaran untuk talian ni pun hanya buat dalam aplikasi ni kerana mereka akan minta pengesahan gambar IC atau passport depan belakang dan juga facial recognition scan untuk tahu betul ker orang atau tidak mudah sangat. Lepas tu korang boleh enjoy guna semua keistimewaan yang Maha juga dah gunakan ini. 

Nak topup pun tak perlu risau untuk beli kat kedai kerana telah ada dalam aplikasi tersebut. Semasa korang buat pengesahan pendaftaran akan perlu ada pengesahan akaun melalui kredit kad, online banking atau juga Paypal. Jadi semua pembayaran dibuat secara dalam talian sangat mudah dan cepatkan.  Tak perlu nak pergi kedai beli topup lah, lepas tu nak gores lah pastu nak kena masuk kod baru boleh aktif. Ia secara automatik bila korang dah daftar dan aktifkan sim kad nanti. 


Maha cerita ni pun sebab pengalaman Maha menggunakan Yoodo ni, jadi nak kongsi ngan korang satu talian yang flexible kita boleh pilih dan bayar pada apa yang kita banyak gunakan sahaja. Tiada fix dan ia boleh berubah setiap masa. Sangat mudah dan cepat zaman sekarang semua nak cepat jer. Kalau tidak kita akan ketinggalan lah. Nanti korang kalau rasa nak gunakan Yoodo daftar online jer dan semasa aktif sim kad tu masukkan kod Maha ni 'iuljz2106'. Nanti korang akan dapat RM20 dalam Yoodo Wallet dan boleh cash out. 

Selamat mencuba semua ok.

Info lanjut boleh layari :-
Laman web : www.yoodo.com.my







20 ulasan:

  1. Menarik juga plan yoodoo ni. Nanti LeYa nak kongsikan dengan Otomen..

    BalasPadam
  2. haaaaaaaa ni bagus, sesuai sangat la untuk bosku yang suka main game 24 jam tu. Nanti nak rekemen kat dia.

    BalasPadam
  3. berita baik untuk peminat PUBG ni..akan ku war-warkan pada kengkawan kyu yg kipas susah mati PUBG termasuk anak-anak buahku sekelian alam. Hahaha

    BalasPadam
  4. Haha comel je yoodoo ni. Boleh lah share dgn kaki pubg ni. Lagi melekat lah depa bila free. Haha

    BalasPadam
  5. Ala tak reti la bab bab ni. Dah kertu nak main2 game macam ni. Hehehe....kaki gamers sesuai la kan....tapi..kena had kan la penggunaan. Jangan mengadap je. Kena ada juga masa untuk keluarga.

    BalasPadam
  6. TB tak pandai bab-bab PUBG ni.. selalu dengar tapi masih tak faham apa benda tu.. hahaha.. Tapi bab internet tu macam tertarik la pulak dengan Yoodoo ni.. hehehe

    BalasPadam
  7. MM main PUBG? Wow! Tak sangka. Bagus gak coverage Yoodo nie kan. Boleh la nak share dengan my family members - pada yang masih tercari-cari pakej yang bersesuaian tu kan.

    BalasPadam
  8. Nasib baik laki ku tak main PUBG ni. Kalau tak kemaruk la dia menghadap phone hehehe. Selalu je dengar pasal yodoo ni tapi tak pernah pakai lagi. sebab malas lah nak tukar tukar telco

    BalasPadam
  9. Ewah ewah yoodoo ni kemain dia promote kita main pubg ya. Hahaha ..nasib baik kita laki bini bukan kaki pubg kalau tak harus dapatkan yoodoo ni. Sebelhm ji pernah juga dengan pasal yoodoo tapi tak pernah try lagi telco ni. Malas plak nak tukar2 telco

    BalasPadam
  10. Pergh ..Macam bgus je plan yoodoo ni. .Boleh suggest kat husbnd.. Nak main pubg guna yoodoo ni. .Ahhahhaa.. Murah juga ye harga dia..

    BalasPadam
  11. klau liez main PUBG mau tak hingat suami dan anak-anakni.. even tgk kdrama pun siap buat prep meal tau untuk seminggu .. hahaha.. 1st time dgr Yoodoo ni..mmg seronok labuat kaki main games erk

    BalasPadam
  12. Macam menarik je yoodoo ni . Adik laki kat umah ni memang peminat pubg. Boleh recommend kat dia . Kdg2 wifi kt umah ni problem juga.

    BalasPadam
  13. Kalau yoodoo ni sesuai untuk kaki game, memang berbaloi la macam tu pakai plan ni. Mcm kita guna internet untuk media sosial je la.
    Game game. Ni tak sempat. Hihi

    BalasPadam
  14. Tolonglah maha jgn ajar org main pubG ni.. Hahaha.. Kang ade gk wawa terlayan... Dahlah abang wawa kaki pubG.. Nseb husband tak...

    BalasPadam
  15. Syok la geng-geng online gamers, e-sport PUBG ni lepas ni. Berbaloi sgt la plan ni. Kalau kita, kita nak data utk download cerita je ahahaha

    BalasPadam
  16. nooo... hehe. support sungguh Yoodoo ni kepada para-para gamers di luar sana. its good game if you play for win and dapat benefit from it. tapi sekadar buang masa almost 24 jam dengan game is intolerable.

    BalasPadam
  17. Seronok main game. Huda bukan kaki game, nnt huda promote la kat adik2 lelaki yang memang kaki main game ni. mesti diorang suka.

    BalasPadam
  18. tak pernah dengar YOdoo nih.. if maha tak share memang le tak tahu oit... tapi ni kalau abam and anak kita tau pasal boleh main Pubg hahahahah abih abih.....

    BalasPadam
  19. alooo yodooo sangat hahahaha...main pubg wow..ni kalau anak aku mmg error la dapat kat mak hancur berderasi..tapi menarikla kempen yang diperkenalkan sbb tgh n dengan tredn games online skrg

    BalasPadam
  20. Ayah sy pun pakai yoodo. So far so good. Tiada komplain dan jimat.

    BalasPadam