Besut,

Hendak Menginap Di Pulau Perhentian Boleh Pilih Ombak Dive Resort

7:00 PG Mahamahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak pernah sampai ke Pulau Perhentian dan ini adalah pengalaman pertama jejak kaki kat pulau diberi gelaran Permata Negeri Terengganu ini. Terujanya tak terkata sebab dapat peluang nak bercuti dan berehat-rehat ke pulau lagi untuk selama 3 hari 2 malam. Mungkin bagi ramai orang dah biasa akan Pulau Perhentian ni tapi bagi Maha ia satu pengalaman yang sangat bermakna. 


Pulau ini terbahagi kepada dua gugusan iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Resort yang ng Maha dan kawan-kawan nak duduk ni di Perhentian Kecil. Jika dari KL nak ke sini kalau naik kapal terbang turun kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Baharu lagi dekat hanya 45 minit ke jeti. Kalau naik kereta pun boleh parking jer kat kawasan jeti ni tapi agak penat nak mengharungi perjalanan selama 6 jam. 






Untuk ke pulau ni pula adalah menaiki boat dari Jeti Kuala Besut kerana ia mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan. Kalau siapa yang mabuk laut dinasihatkan untuk mengambil sebarang ubat sebab memang boleh tahan kocakkan ombak yang menghempas boat. Satu lagi pulau sekitar Laut China Selatan ini akan tutup daripada sebarang aktiviti bermula bulan November hingga Februari sebab musim tengkujuh.

Rehat Dan Relax Di Ombak Dive Resort 


Walaupun dilambung ombak yang kuat tapi hati bertambah gembira sebab Maha nak sampai ke pulau yang tak pernah terfikir nak pergi. Akhirnya Maha dan kawan-kawan sampai juga ke Jeti Teluk Aur di mana jeti untuk ke resort yang kami akan menginap. Resort yang Maha maksudkan itu adalah Ombak Dive Resort. Ya Allah cantiknya pemandangan sampai kat sini satu yang luar daripada pemikiran Maha. Terasa sangat relax dan santai berada kat sini tak nak balik KL rasanya. Tengok pula air laut yang sangat jernih dan pasir pantai yang memutih rasa begitu indahnya Malaysia.





Alhamdulillah sampai saja kat resort kami disambut dengan Welcome Drink yang sangat segar sambil mengadap laut yang tenang syoknya. Tak sabar untuk habiskan masa kat sini dan buat semua aktiviti yang ada di sini. Dengar kata sini adalah antara lokasi pantai terbaik untuk aktiviti seperti Scuba dan Snorkeling. Resort yang Maha duduk ni ada segalanya daripada segi Ombak Lodge iaitu bilik pelbagai jenis dan pilihan, kemudian ada Ombak Cafe yang menyajikan hidangan sedap dan menyelerakan, serta ada Ombak Divers untuk korang nak belajar atau nak sewa peralatan dive kat pulau ni.






Tapi biasalah kalau dah sampai sini mesti pertama sekali nak tengok bilik kat sini. Bilik sini mereka mengekalkan konsep kesederhanaan dan kemudahan yang mencukupi antara bilik yang ditawarkan adalah Single Room, Twin Room dan Quadruple Sharing Room. Bilik yang Maha duduk ni adalah bilik sharing room ada dua queen size katil yang boleh muat untuk 4 orang. Memang cantik dan kemas bilik ni yer siap ada kelambu lagi korang nak tidur tak bimbang diganggu nyamuk hehehehe. 





Bilik sangat luas dan mempunyai siling yang tinggi untuk tujuan pengudaraan serta paling penting ada aircond. Sebab kat resort ini ada sediakan bekalan elektrik 24 jam tau tak perlu risau. Macam biasa akan buat bilik inspection dulu sebelum baring hehehe. Semua kemudahan ada dalam bilik ni seperti mini fridge, kipas, water heater, safety box, TV dengan koleksi filem atau drama yang telah dimuat turun. 




Paling penting dalam bilik air kena cantik dan bersih kat sini bagus mereka ada bilik air yang lengkap dengan hot shower dan juga sangat besar. So ok lah sangat selesa untuk beristirehat kat pulau ini sepuas-puasnya. Sesetengah bilik akan ada balkoni tersendiri dan bagi pasangan yang nak berbulan madu korang kena pilih exclusive suites yang lebih privasi dan lagi romantik. Harga bilik kat sini pula bermula dari RM290 berserta sarapan pagi untuk dua orang. Pakej lain kalau korang nak lagi senang boleh ambil yang macam kat bawah ni : 

4 days 3 night Snorkeling Package = RM 955 per pax
3 days 2 night Snorkeling Package = RM 690 per pax
4 days 3 night Free and Easy Package = RM 865 per pax
3 days 2 night Free and Easy Package = RM 600 per pax 
3 days 2 night Honeymoon Package = RM 695 per pax



Adalah detail-detail aktiviti dan apa yang mereka provide dalam package ini korang kena hubungi mereka. Maha share ni mana tahu korang ada plan nak pergi bercuti kat sini senang. Paling best bila tiba waktu petang sebab petang tu kami semua pergi tepi pantai untuk melihat sendiri matahari terbenam sini memang cantik. Jadi korang boleh buat aktiviti petang kat tepi pantai macam bersantai atau rehat-rehat mengadap laut.  




Bestnya lagi kat resort ni korang boleh dapatkan makan untuk sarapan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam di Ombak Cafe. Tak perlu nak pergi jauh-jauh kat cafe ni makanan sentiasa ada korang order sahaja. Tapi tu nanti Maha akan buat posting kedua pasal makan sahaja mesti lagi meriah hehehe. Habis sudah satu hari aktiviti free and easy kat pulau ni rasa lapang pemikiran tak perlu fikir pasal kerja dan kesibukan kota. Keesokkannya pula kami akan buat aktiviti lagi menarik dan mencabar iaitu beach hoping.  

Berenang Bersama Ikan Di Romantic Beach 


Pagi yang indah untuk hari kedua kat Pulau Perhentian ni. Lega rasa dapat rehat dalam bilik yang selesa dan luas serta dapat menikmati ketenagan malam kat tengah pulau. Ia pengalaman lain macam lah. So hari ni selepas sarapan pagi kami terus ke bahagian Ombak Divers untuk dapatkan info dan penerangan tentang kawasana menarik untuk aktiviti air sekitar pulau ini sebab kami akan snorkeling kat sini. 



Pulau ini juga adalah antara yang tersenarai dalam 100 pulau tercantik didunia dan paling sesuai untuk aktiviti skuba. Tapi kami ni tiada lesen untuk skuba cuma boleh buat snorkeling jer lah kat tepi pantai. Kalau korang nak skuba atau belajar skuba kat sini mereka ada sediakan pelbagai pakej dengan harga yang berpatutan. Jurulatih juga adalah daripada mereka yang profesional dari luar negara. Kemudahan dan latihan skuba di sini diiktiraf oleh PADI iaitu satu badan antarabangsa untuk aktiviti sukan laut ini.






Sekitar pulau ini sahaja ada 22 spot terbaik untuk aktiviti laut dalam seperti skuba. Korang boleh berkesempatan untuk melihat penyu berenang, kawanan ikan jerung kat area Sugar Wreak dimana disitu juga korang boleh lihat kapal yang dikaramkan dan menjadi tukun untuk hudupan laut. Banyak lagi tempat menarik sekitar pulau ini rasa macam nak pergi semua lak hehehe.


Tapi kali ini kami pergi ker bahagian pantai yang sangat putih dan cantik iaitu dipanggil Romantic Beach. Ini kerana pantai ini agak terlindung dan sunyi daripada sebarang aktiviti dan kawasan masih bersih. Kami bawa sekali segala kelengkapan untuk snorkeling seperti mask, snorkel dan fins. Barang kelengkapan ini semua korang boleh sewa kat sini dan mereka akan hantar korang ke tempat yang menarik untuk aktiviti seperti ini. 



Tak jauh Romantic Beach ni hanya lebih kurang 10 minit naik boat kami pun sampai dan sangat terpukau tengok pantai yang memutih dan air jenih boleh nampak ikan-ikan. Kat sini ada banyak serpihan karang yang terdampar tepi pantai dan mereka pun kreatif kat sini buat hiasan di pokok untuk sesi bergambar. Lebih kurang 2 jam juga kami ada kat pantai tu untuk aktiviti snorkeling ni memang tak puas rasa macam nak berenang lama.


Kat tepi pantai ni korang boleh tengok ada pelbagai jenis ikan comel-comel dan pelbagai warna. Maaf Maha tak ada gambar dalam air sebab tak bawa kamera yang waterproof opss. Jadi boleh cerita jerlah keindahan kat sini. Juga korang boleh nampak banyaknya gamat di sini. Tengok ni yang warna hitam legam ni gamat lah. Hati-hati korang kadang-kadang boleh terpijak gamat ni masa berenang memang banyak. Tapi peringatan jangan bawa balik apa sahaja barang atau sisa laut yang korang nampak menarik kat sini sebab ia menjadi satu kesalahan atas undang-undang Taman Laut Malaysia




Seronok sangat ada kat sini korang boleh bersantai sambil makan dan minum kat sini sebab pantai ni tenang jer. Tapi pastikan korang jaga kebersihan pantai ni ok jangan buang sampah merata-rata. Sampai tengahari jugalah kami ada kat pantai ni sebelum matahari panas terik kami pulang ke resort untuk makan tengah hari. Lepas tu aktiviti free and easy lah dan banyak habis masa kat tepi pantai berehat. Tapi tak habis di sini tau ada satu lagi posting untuk makanan special di Ombak Cafe di resort ini. Korang dah boleh baca next postingnya ok. So selamat bercuti semua.
  
Pertanyaan penginapan dan juga package boleh layari :-
Laman web : http://www.ombak.my
Tel : 019 7911002
        09 6911021
Email : ombakdiveresort@gmail.com
   





22 ulasan:

  1. cantik pemandangan :)

    BalasPadam
  2. bestnya. teringin nak pergi, tapi geng kami semua mabuk laut. huhuhuhuhuhuhu

    BalasPadam
  3. Tapi awak bawa balik gamat haritu kan? Sorok dalam seluar kan?

    BalasPadam
  4. omg omg omg, cantiknya view. Tengok gmbar2 mah pun rase trus nak g bercuti huhu

    BalasPadam
  5. nice view and glad you sharing this place. we no go before, been busy with kids, should have plan this as we like beach too!

    BalasPadam
  6. Wah! Seronok nya bercuti naaa. Dengan harga yang affordable, banyak akaktiviti yang boleh kita join. Memang tak bosan dan enjoy sangat. Betul² dapat rasa moment holiday. View pon sangat cantik. Precious moment sungguh

    BalasPadam
  7. Bestnya wak ke Pulau Perhentian. Kite belum berkesempatan lagi nak kesana. Lepas baca story awak ni terus rasa berbuak2 nak kesana. Nak terdampar di tepi laut. Gittuw

    BalasPadam
  8. Rasanya dulu pernah menginap dekat sini masa trip kesana, tapi sekarang banyak sudah perbezaan yang ada.. nampak lebih menarik biliknya tu.. tenang jer percutian dekat pulau kalau macam nih.. tak sabar nak pergi lagi... kena planning dengan husband ni..spend time sama-sama memandangkan semua asyik bz kerja he he he

    BalasPadam
  9. Cantiknya bilik Ombak Dive Resort ni. Dah lama plan nak bercuti kat sini tapi tak terpergi .Tak tahulah bila nak jejak kaki kat Pulau Perhentian ni .Banyak aktiviti best boleh dibuat di sini kan .Antaranya diving .Dah lah laut cantik

    BalasPadam
  10. Wahhh menarik laaaa.... Siap ada pakej dan harga pun ok! Dah kama tak ke sana, kalau laaa dapat pegi, pastu kali ni lak dengan anak anak tentu lebih meriah! Kita suka pulau. Tenang...

    BalasPadam
  11. Bila la kita nak dapat g perhentian ni.. memang seblm ni target nak stay dkt ombak dive resort sbb member pernah stay situ.. tgl bilik dia sangat cantik dan selesa.. kena plan jugak bawak2 naik boat semua tu..

    BalasPadam
  12. Alaaa rindu la nak stay kat ombak dive ni sebab memang tempat dia lawa dan food dia semua sedap2. Memang suka la stay sini..nnt nak repeat lg la

    BalasPadam
  13. Jernihnya air. Teringin jugak nk ke sana bila2 nnt. Tpi tunggu ank yg no 2 n8 besar skit dulu kot

    BalasPadam
  14. Cantiknyaaa la hai permandangan kat sana. SubhanaAllah.. Lawa sungguh.
    Kita tak pernah lagi sampai sana. Ni kalau buat pakej cuti nak berhoneymood ni memang terbaik la. .nampak tenang je..

    BalasPadam
  15. Cantiknya tempat dia. .Boleh jadikan salah satu tempat bercutyi ni. .Macam kat luar negara pulak tengoknyaa. .Siapa de scuba laglagi tu.. .Tahun ni tak pergi mana-mana lagi..pulau perhentian mmg nak pergi snagat

    BalasPadam
  16. bestnya dapat pergi pulau perhentian..kita orang terengganu pun tak pernah jejak kaki kat pulau ni. teringin nak pergi berenang kat sini, nanti boleh la datang stay hotel ombak. cantik pun cantik

    BalasPadam
  17. dah lama tak pergi perhentian. best kalau resort tu menyediakan pelbagai jenis kemudahan seperti islang hopping dan pakej snorkeling.

    BalasPadam
  18. Jeti pulau perhentian ni sebenarnya tak jauh pun dari rumah emi. Tapi emi sendiri tak pernah pergi perhentian. Duk plan dah lama. Nanti kalau ke sinu boleh la pertimbangkan lokasi penginapan ni.

    BalasPadam
  19. Cystal clear sea water! Mouse mommy miss my Perhentian trip last 10 years ago... wanna plan a family trip again to visit this lovely Malaysia's islands! Nice write up!

    BalasPadam
  20. Wow i love the crystal clear water there and also the wifi. I had there been there for long long time, should go back again soon.

    BalasPadam
  21. Kalau pergi Pulau Perhentian kali ni nak stay Long Beach lah. Nak merasa Ombak Dive Resort macam maha menginap tu. Kita tak puas lagi nak gi sana air sana cantik sangat kan.

    BalasPadam