Buat Pecinta Daging Sizzling Combos Kembali Di NY Steak Shack

7:00 PG Maha Mahu 19 Comments

Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Di antara daging Sirlion dan Ribeye korang rasa bahagian mana yang paling sesuai untuk buat steak. Maha bukan pandai sangat tapi kedua-dua bahagian daging lembu ini sebenarnya bagus yang membezakannya adalah cara masakan. Setengah orang suka yang  rare, half cook dan well done


Tapi kalau korang nak nikmati makanan steak yang betul-betul mengikut cara masak yang sebenar boleh cuba datang ke NY Steak Shack. Dekat sini menurut Muhammad Adam Mah iaitu selaku Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack, dari proses pemilihan daging sehingga kepada proses memasak ia dilakukan dengan sangat teliti dan mengikut proses sebenar. 

Muhammad Adam Mah Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack

Sebab itu kali ini mereka membawakan kembali Sizzling Combos yang pernah popular satu masa dulu kat sini. Cuma kat sini kenapa steak mereka dihidangkan dalam bekas sizzling ini kerana nak mengekalkan kekenyalan daging. Kalau daging steak ni dibiarkan pada suhu sejuk ia akan mula mengeras dan tidak anjal lagi. Jadi dalam bekas sizzling ia masih kekal panas sehingga dihidangkan kepada pelanggan dan dirasai dengan sos istimewa mereka.


Sizzling Combos ada empat pilihan set yang menarik untuk dicuba. Setiap combo datang dengan steak NY Striploin panggang kegemaran NY Steak Shack dan pilihan salah satu daripada empat jenis daging iaitu Smoked Beef, Beef Meatballs, Lamb Noisette atau Southwest Chicken. Ia juga boleh pilih untuk dihidangkan dengan Brown Sauce atau Black Pepper Sauce.

NY Striploin & Beef Meatballs (RM48.80)

NY Striploin & Southwest Chicken (RM52.80)

Hari tu Maha sempat mencuba semua menu ini dan bagi Maha yang paling kena gandingannya untuk citarasa Maha adalah yang NY Striploin & Beef Meatballs. Mungkin Maha suka meetball mereka tidak kenyal lembut dan ada rasa didalamnya. Kalau yang NY Striploin & Southwest Chicken, ayam tu lebih rasa macam tandori agak sedikit pedas. Ini pun sedap juga makan dengan sos lada hitam mereka.

 NY Striploin & Smoked Beef (RM52.80)

NY Striploin & Lamb Noisette (RM58.80)

Kalau yang suka pedas-pedas boleh cuba  NY Striploin & Smoked Beef. Kalau tengok dekat tak macam daging smoked lebih kepada daging masak cili dan ia nampak kemerah-merahan. Daging ni dihiris nipis-nipis dan sesuai untuk selera orang Malaysia. Kalau yang suka kambing boleh pilih gandingan menu NY Striploin & Lamb Noisette.

Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Pina Coco dan Summer Fizz

Promosi kali ini ada sedia juga beberapa minuman baru yang padan dinikmati dengan steak tadi. Korang boleh pilih antara Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Cranberry Cooler, Pina Coco dan Summer Fizz. Semua minuman ini pada harga RM8.80 sahaja.  Maha suka yang Pina Coco iaitu minuman campuran dengan rasa air kelapa dan juga jus nanas memang padan sangat. 


Promosi ini hanya boleh dapat kat semua cawangan NY Steak Shack bermula 4 Mac hingga 28 April 2019 ini sahaja tau. Jadi korang boleh datang sekarang ni dan try semua steak mereka ini. Mesti kena makan panas-panas tau baru dapat rasa kesedapan steak mereka. Maha dah cuba memang sesuai dengan selera Maha. Selamat mencuba semua ok.

Info lanjut layari :






Anda juga suka post ini...

19 ulasan:

  1. Memang tak pernah mengecewakan pun NY Steak Shack ni.. LeYa ngan Otomen kalau ada duit lebih, memang akan nikmati hidangan di sini.. Yummy

    BalasPadam
  2. Alamak.. Maha.. awat garang bebeno gambo hujung tu..i is takot tauu.. hahahaha.. tapi bila alihkan tumpuan mata pada makanan tu.. adoii.. rasa terliur la pulak.. nampak sedap.. meleleh leleh liur tengok ni maha oiii..

    BalasPadam
  3. Besntnya makan NY Steak Shack. Iza pernah makan sekali masa mengandung dulu. Lama dah tak makan sini. Makanan kat sini memang sedap. Pastu kenyang pulak tu. Bila ntah nak dapat makan kat sini lagi.

    BalasPadam
  4. wahh harga dia ok sgt2 harap2 dikekalkan harga ni. confirm penuh kedai ni. hidangan die pun besar sumpah kenyang kaalau dgn satu hidangan ni

    BalasPadam
  5. Serious nampak puas hati bila trngok portion dan harga tu. Rasa nak pi terjah je.. Nasiblah jauh.. Diorang taknak ke bukak kat JB

    BalasPadam
  6. Setiap kali pergi blog Maha kita jadi lapar dibuatnya... sedapnya menu-menu baharu dekat NyShake steak ni... nak trylah sizling tu.. kesukaan saya tu hot plate

    BalasPadam
  7. Ayooo sedapnya wak tengok steak NY ni. Terus rasa nk pergi lagi. Harga pun berpatutan dgn dgn portion bersar gedabak macam ni. Sebabkan pengaruh awak ni besok kite ke NY Steak Shack. Makan lagi.hehehe

    BalasPadam
  8. Ruby nanti nak pi NY Shack dekat Melawati Mall tu. Nyummy!!!! Bleh la makan pepuas. Suka set dia, besar boleh kongsi-kongsi.

    BalasPadam
  9. Tak pernah lagi makan kat sini. Nampak sedap2 gak menu diorg ekk. Sis pun suka steak..bolehlah cuba makan kat sini nanti

    BalasPadam
  10. Ya ampun, sedapnya tgk. .Daging dia tu tebal, lembut tu. .Telan air liur je nj. Teringin nak makan sini, tapi harga dia boleh tahan ye. Pronosi sampai bulan 4 je eek. .Moga ade rezeki dapat makan sini

    BalasPadam
  11. Bestnya wak. Dah lama betul kita tak makan steak. Mengidam tengok gambar2 ni tau

    BalasPadam
  12. hamboi. besaw nyer steak dia!!! terpaku terbeliak mata aida melihatnya.
    memang western food ni satu kegemaran famili.
    dgn portion nyer yg melambak :)
    gaya Maha yg menarik perhatian aida utk makan tu tau.

    BalasPadam
  13. Terliuq tgk menu2 yg ada. Portion dia pon nmpk besar. Fuhhhh...kita nk half cook plzzzz

    BalasPadam
  14. Dia ni la kan.... haishhh kalau tak post gambar makanan yg buat org lapar bukan Maha la tu. Ggrrr. Bila nak dapat steak juicy macam ni plak ni.

    BalasPadam
  15. Kenapakah daku hanya melihat je uols makan nan sedap sebegini? Bila nak ajak daku makan sekali? Daku penggemar makanan lazat sebegini tau.

    BalasPadam
  16. Dah lama jugak rasanya tak makan dekat ny steak shack ni. Nanti lepas dah gaji nak pi makan sini la, nak try menu ni.

    BalasPadam
  17. Itsh takut la tengok karnivor ni with the pisau tajam tajam. Tempat ni memang best for those who love to eat steak.

    BalasPadam
  18. Erm...kita tak boleh la tengok entri ni.
    Penuh makanan sedap sedap.
    Automatik perut pun terus krukk krukk ni haaaa..
    Sedap nau tengok daging tu semua.

    BalasPadam
  19. NY Steak Shack selalu ada menu terbaru kan, creatif dan inovatif. Famili mouse mommy pun suka mkn kat NY Steak Shack jugak, suka grilled chicken with black pepper sauce.

    BalasPadam