Viral CRG Nasi Ayam Masakan Tradisional Cina Tapi ....

7:00 PG Maha Mahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengan pasal Restoran CRG atau Chicken Rice Guys yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Pernah tular pasal restoran ini kerana kesedapan dan keunikan masakan Nasi Ayam dan juga Nasi Itik. Maha jadi teruja nak cuba dan terus terjah restoran ini kerana nak tahu betul sedap sangat ke makan kat sini. 


Kalau korang nak cari restoran ini terletak betul-betul disebelah UniSEL cawangan Shah Alam memang senang nak jumpa. Restoran ini kini diuruskan oleh dua anak muda, En. Firman F. dan Encik Imran Audi yang merupakan ketua tukang masak di sini. Perniagan mereka bermula dengan gerai kecil tepi jalan dan berjaya membangunkannya ke sebuah restoran penuh dalam tempoh setahun.


Pasti kalau restoran Nasi Ayam yang mesti menjadi perhatian ramai pengunjung restoran ini adalah Nasi Ayam Tradisi mereka. Nasi Ayam sini dibuat menggunakan cara masakan tradisional Cina, dengan bahan-bahan halal. Gaya memasak tradisional ini memastikan rasa makanan asli dan ia tiada rasa tiruan seperti MSG. 

Roasted Chicken dan Steam Chicken

 Itik Panggang

Itik Goreng Rempah

Mana nak dapat itik goreng dan panggan yang sedap dan halal. Kat restoran ini pun ada juga set Nasi Itik yang sedap dan menarik. Korang boleh pilih antara nak Itik Goreng Rempah atau Itik Panggang dua-dua sangat sedap. Tak ada rasa pelik seperti mana kita makan daging itik lain kat sini korang dapat rasa kesedapan dan juga kerangupan kulit itik itu yang buat ia tambah sedap. 

Taugeh Goreng 

Sayur Pak Choy Goreng

Wantan Goreng

Kalau set Nasi Ayam atau Nasi Itik ni korang boleh pilih untuk datang dengan sayur seperti Taugeh Goreng, sayur Pak Choy Goreng atau juga Wantan Goreng. Selalu lah orang makan nasi ayam dengan semua ini memang lengkap dan terangkat. Bagi Maha satu pinggan nasi tak cukup kena tambah lagi baru puas. 

CRG Kuey Teow (RM5.50)

CRG Toasted Bread (RM2.00)

CRG Toasted Bun (RM3.00)

Kat sini juga popular dengan CRG Kuey Teow yang kayang dengan seafood segar dalamnya. Kalau minum petang atau makan pagi korang boleh pilih CRG Toasted Bun atau Toasted Bread berasal dari pembuat roti Banggali tempatan. Dalam roti yang lembut tu dilapiskan pulak dengan sekaya yang memberi kesedapan dalam setiap gigitan. 

Black Lychee (RM4.00)

Bila makan roti mesti kena dengan minuman kopi. Istimewanya kopi di sini adalah kopi dari Klang yang di panggang dengan cara paling perlahan. Kopi kat sini sesuai untuk diminum panas atau ais. Kalau yang berais korang kena cuba Black Lychee meleleh tengok. Maha yang kurang suka kopi boleh minum air ini memang sangat sedap. 

Cheese Cake Mango, Peanut Butter Banana, Blueberry, Oreo dan Toblerone Dark Chocolate

Terakhir korang kena cuba kat sini adalah pencuci mulut mereka. Cheese Cake ini baru sahaja diperkenalkan kat restoran ini dan ada lebih sepuluh perisa Cheese Cake. Ini ada lima sahaja yang Maha sempat cuba hari tu iaitu Mango, Peanut Butter Banana, Blueberry, Oreo dan Toblerone Dark Chocolate. Saiz sangat sesuai untuk korang makan tak rasa muak dan harga sangat murah.




Waktu operasi restoran ini dari pukul 8.00pagi hingga 7.00malam. Restoran ini juga buka setiap hari, kecuali cuti umum. Korang mesti kena cuba sebab dah viral dan ramai orang memang sentiasa penuh setiap masa. Maha dah cuba korang mesti cuba juga ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 013 3331950 (Man)
        018 2204022 (Audi)
E-mel : sales.elier@gmail.com
Alamat : No 40, Jalan Zirkon F7 / 7, Seksyen 7, Shah Alam Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5

  





Anda juga suka post ini...

22 ulasan:

  1. Wahhhh... Sangat Menarik! LeYa memang lah peminat Nasi Ayam. Nak taknak mesti kena taste nih.. Gambar-gambar dari Blog MahaMahu ni pun dah melelehkan air liur..hehe..

    BalasPadam
  2. nak cuba, nampak sedapp! :P

    BalasPadam
  3. wow seldom to shah alam, now got reasons to go there. I haven't been to this restaurant, glad to let my friends know of it, they stayed in Shah Alam. I like try their chicken rice too.

    BalasPadam
  4. Woooo sedapnya tengok hidangan dia. Nyesal tak dapat gi..tak apa lah..dh sihat nanti boleh lah sis singgah pulak kat sini

    BalasPadam
  5. Itik dia mmg kita jatuh hati. Nak pergi lagi. So far memang kena dgn citarasa kita. Sedapp!

    BalasPadam
  6. ruginyaaaa.. br balik dari shah alam.. br la bc blog ni.. kalau tidak, blh try..

    BalasPadam
  7. Alahai..masuk blog maha ni memang kena tahan hati la..lapar ke kenyang ke memang menduga iman betul..bestnya nasi itik..nak cuba jauh sangat plak..nanti la ajak anak dara pi sini...

    BalasPadam
  8. sedapnya..dah la kita suka makan nasi ayam. menyelerakan betul. boleh tahan ramai jugak customer datang makan kat situ. confirm sedap ni makan waktu lunch.. sedap sedap sedap

    BalasPadam
  9. Fav gila wantan goreng tu.nasi ayam pun nampak sedapp.terliur tengok menu yang ada dekat sini

    BalasPadam
  10. Awww!! tempat makan baru. I memang craving Chinese style chicken rice. Boleh la drop by and cuba. Nampak meriah tempat ni.

    BalasPadam
  11. Adoiii kalau Maha masukkan gambar memang bikin terliur tengok makanan tu Maha. Ya Allah nampak sedap tu itik goreng tu. Itik tu cuma pernah makan yang masak kerutuk je. Itik goreng tak pernah try. Nak kena cuba la makan kat sini.

    BalasPadam
  12. Lauk pauk utk nasi ayam tu nampak sedap. Lagi2 sayur pak choy dan taugeh tu. Nnt kena cari kedai ni. Terima kasih share!

    BalasPadam
  13. Nikmatnya dapat makan nasi ayam..dah la nasi ayam ni salah satu favourite.
    Tak puas kalau makan sikit. Setiap kali.makan memang menambah. Sedapnya ayam tuu.. Garing je tengoknya.

    BalasPadam
  14. Nampak sedap sangat maha nasi ayam tu. Ruginya tak dapat join makan kat sini tempohari. Nanti nak ajak budak2 ni p la.

    BalasPadam
  15. Sedapnya.. lapar la. Nak cari chicken rice juga untuk lunch nanti.

    BalasPadam
  16. Nasi ayam mmg fave sbb kalau g makan nasi ayam, anak-anak konfem makan, so tak pening kepala nak pikir menu apa. Hahaha

    BalasPadam
  17. Qiss dah cuba menu kat sini. Semua sedap-sedap. Qiss kan peminat nasi ayam. Lagi satu kalau nak makan kuew tiow goreng kerang pun boleh datang sini..memang power. Untuk pencuci mulut sedap kalau dapat cheesecake mangga dia. Ok terliur. Nak pergi lagi.

    BalasPadam
  18. Memang sedap wakkkk kte paling suka roasted chicken. Actually tadi pun sempat tapau kat sana nasi ayam hahah memang sedap

    BalasPadam
  19. I pernah maka nasi ayam style macam ni di sebuah reatoran di Pantai Batu Buruk, Teganu. Dia punya kedai dipanggil Nasi Ayam Hainan. Memang sedap. Paling best dia punya baby kailan, siram kicap. Nampak simple tapi sedap

    BalasPadam
  20. tengah viral ni, konfem ramai rg..kena tunggu reda viral sket baru boleh pergilah ni hehehe..terasa nak try nasi itik tu..takpun order dua dua, baru cukup kan

    BalasPadam
  21. Memang susah nak cari masakan itik halal. Tapi tengok menu itik kat sini sumpah menyelerakan. Rasa nak pergi sekarang & cuba makan sendiri.

    BalasPadam
  22. Yummm..yumm...sedapnya itik goreng and sayur PAKEJ choy my favourite

    BalasPadam