Cara Masak Nasi Guna Dapur Gas Tapi Tidak Berkerak Dan Sangat Cepat

7:00 PG Maha Mahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu sekarang ni ramai korang ni masak nasi menggunakan rice cooker jer senang dan sangat mudah. Tapi bagi orang bujang yang duduk sorang-sorang macam Maha ni kalau nak masak dalam periuk nasi tu macam banyak sangat memang tak terabis nasi tu. 


Jadi sebab tu lah Maha cuba cara yang viral orang duk ceritakan yang masak dalam mug menggunakan rice cooker. Tapi kali ni Maha tak gunakan rice cooker cuma gunakan dapur gas yang jauh lebih jimat dan juga tidak berkerak. Paling penting Maha boleh masak dalam kuantiti yang sikit jer sesuai untuk makan seorang. 



Caranya tak susah muda sangat korang hanya perlukan satu cupak beras, mangkuk ceramik, periuk, dan air kosong. Kena guna mangkuk ceramik atau mug ceramik ok jangan guna kaca atau yang plastik nanti pecah atau rosak Maha tak tahu ok hehehe. Cara nak masaknya pula sangat mudah macam masak nasi biasa cuma kali ni kita masak dalam periuk menggunakan dapur gas.



Pertama korang perlu basuh beras seperti biasa dan juga masukan sukatan air dalam beras tu macam masak nasi biasa letakkan beras dan air tu dalam mangkuk ceramik. Kemudian korang masukkan air kosong dalam periuk mengikut sukatan lebih kurang setengah daripada saiz periuk. Lepas tu letakkan atas dapur dan pasangkan api dengan kuat tak perlu bimbang hangus. Waktu tu juga korang boleh masukan mangkuk ceramik yang berisi beras telah di basuh kedalam periuk. 


Biarkan sahaja nasi tu masak dalam tempoh 15-20 minit tak lama dengan api yang kuat tak apa. Nanti korang boleh tengok nasi tu masak seperti biasa dan langsung tidak berkerak. Paling best kita boleh masak tanpa guna rice cooker dan hanya menggunakan dapur gas cepat. Hari-hari Maha masak cara macam ni jer sangat mudah dan boleh masak dalam kuantiti yang sikit dan sangat jimat. 






     

Anda juga suka post ini...

5 ulasan:

  1. LeYa memang masaka guna mug dalam rice cooker la tapi. Sebab lebih menjimatkan untuk makan berdua.. Hehe.. Okay..lepas ni cuba tukar ke dapur gas pulak laa

    BalasPadam
  2. idea menarik ni, untuk masak bujang makan sorang

    BalasPadam
  3. Tau makan nasi je.. Haha

    BalasPadam