The Best Itik Salai Masak Lemak Cili Api In Town Di Kampung Bharu

7:00 PG Maha Mahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila ada pembaca yang tanya dekat Maha mana nak cari tempat makan Itik Salai Masak Lemak Cili Api terbaik di KL, pening kepala jugalah nak fikir dan cari tempat yang betul-betul dapat rasa salai dan juga rasa lemak yang cukup lengkap. Nasiblah hari tu ada kawan yang dah makan kat satu kedai ni rekmen kepada Maha untuk pergi cuba masak salai mereka.



Setelah pergi cuba sendiri memang ternyata ia tidak mengecewakan dan sangat puas hati. Kat mana tempat tu? Dekat jer terletak di kawasan tumpuan orang ramai cari makan di Kuala Lumpur ni. Mana lagi kat Kampong Bharu lah. Rupanya kat situ ada satu restoran namanya Gerak 23 yang terletak betul-betul ditepi Jalan Raja Abdullah iaitu jalan utama nak masuk Kampung Bharu ini.


Tapi kedai makan masak lemak ni ada kat dalam restoran tu kerana di sini konsep macam lebih kurang food court. Di dalam restoran besar tu ada gerai-gerai termasuklah gerai Teraso Salai iaitu gerai yang menyediakan Itik Salai Masak Lemak Cili Api yang Maha maksudkan tadi. Kalau nampak gerai warna hijau dan ada tulis besar-besar Itik Salai itulah gerainya. Tempat ni sangat padat waktu makan tengahari memang menjadi tumpuan ramai orang hari kerja mahupun hujung minggu.



Kat sini paling best dan rare susah nak dapat adalah Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Memang ini jadi pilihan ramai orang sebab itik salai cuma banyak jual kat tepi jalan Kuala Pilah kalau siapa biasa balik kampung ke sana. Jadi kat sini boleh dapat itik salai sama rasanya dengan kat sana. Sebab kata pemilik gerai ia adalah resipi tradisi keluarga mereka.


Selain itik salai kat sini juga ada sediakan masakan salai lain seperti Keli Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan juga Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Semua makanan yang disalai dibuat kat tempat lain dan cara menyalai juga ada cara tersendiri iaitu menggunakan teknik pengasapan bagi memastikan isi kekal lembut dan menyerap rasa asap sempurna.

Harga makanan :

Set Keli Salai Masak Cili Api : RM6.00

Set Ayam Salai Masak Cili Api : RM7.00 

Set Daging Salai Masak Cili Api : RM8.00

Set Itik Salai Masak Cili Api : RM9.00

Semua set salai ni ada nasi putih, kemudian ikan masin dan juga timun. Style sini lauk disalai kat tempat lain dan kuah dimasak di gerai kemudian dimasak sekali lagi untuk rasa yang sebati. Kuah masak lemak ni memang dah cukup pedas tapi kalau nak up lagi kepedasan ni korang boleh tambah sambal cili yang disediakan sekali. Kalau makan time panas-panas memang terangkat dan membuka selera. Paling best makan kena banjir korang punya nasi tu dengan kuah lemak mereka. Sangat pekat melekat dan padat dengan rasa.



Maha cite ni karang korang kata nak puji lebih-lebih pulakkan. Apa kata korang datang sendiri cuba makan kat sini memang tak rugi. Tak silap Maha kedai ni ada cawangan juga kat Wisma Central yang terletak di sebelah KLCC. Mereka juga sediakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada yang tak dapat datang sini.




Nanti Maha nak ulang lagi datang makan kat sini bawa kawan-kawan juga hehehe. Tak perlu lah nak pergi jauh-jauh untuk makan Masak Lemak Cili Api ni. Gerai ini dibuka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 7.00malam sahaja. Ok kalau sapa yang dah cuba tu nanti komen bagi tahu Maha sedap ker atau macam mana yer. Sebab gerai ni baru buka jer perlu kepada pandangan baik korang yang memang mecintai makanan trasidi ni. Selamat menjamu selera semua ok.

Tempahan dan pertanyaan layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




Anda juga suka post ini...

21 ulasan:

  1. Tudiaaaa ya Allah... menyelerakan sungguh! Lama tak makan daging salai masak lemak cili api. Ni kalau balik KL ni kena pi singgah ni. Terliur betoi laa tgk gambar2 ni

    BalasPadam
  2. Tu dia.. Itik salai... Nak tau sodap ko tak, org nismilan kono poie ni.. Hehehe... Moh ajak Otomen poie makan Masak lomak cili api kek sini hujung minggu ni..

    BalasPadam
  3. dah lapar ni.. i nak pergi makan jugak.. hehehe looks yummy... great itik salai masak lemak.. delicious!

    BalasPadam
  4. Teringin nak makan daging salai tu. Sedap pula nampak menu tu. Nak ajak ayah pi kat sini la nanti.

    BalasPadam
  5. Wah itik salai di kampung baru..dkt sgt ni...biasa tau yg kt n9 kan..so xjauh la kalo rs nk mkn menu itik salai ni kan..ikan keli salai and daging salai pn fav juga tu

    BalasPadam
  6. oh kedai ni..pernah makan kat food court ni. kalu tak pernah makan daging itik salai, elok cuba sebab rasanya sedap macam ayam jugak. nanti nak try la

    BalasPadam
  7. Kite mmg giler itik salai ni. Maklumlah org nogori. Kalau balik kampung mesti singgah tpi memandangkn dh ad kt kl ni. Why not try kan. Maha lanje kite. hehehe

    BalasPadam
  8. Fuhhhh sedapnya. Lapar pulak tengok lauk salai ni malam-malam haha. Baru tengok je dah nampak sedap, kalau dapat rasa.. confirm sedap. Teringin nak merasa itik salai.. kalau jalan-jalan ke nismilan nanti nak try lah

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  9. Sayangnya sis tak makan itik..tapi yang lain-lain tu memng fav sis tu terutama keli n daging salai..Bolehlah nanti sis terjah tempat ni, nak rasa sodap ko tak

    BalasPadam
  10. alaaa maha poie sini tak nak ajak kita pun....suka tau makan itik salai tapi susah nak jumpa org yang masak sedap dan daging itik dia tak berbau....sebab pernah try beli dulu tak lalu nak makan...tempat ni next time nak cuba..thanks maha info

    BalasPadam
  11. Pehh sedap tu itik salai.. Wawa suka gila makan itik..dlu kedai makan dpn uma wawa ade jual itik.. Tp sejak dh pindah, dh xmerasa makan itik...huhu.. Alamak..nmpk fav ikan kita... Hahaha

    BalasPadam
  12. Aduhhh apa sajo salai salai ni my fav. Tambahan org negori masak. Fuhh mesti sedap giler. Bau gulai mereka tu buat kita terlioq seminggu. Nanti nak mai sini.

    BalasPadam
  13. itik salai! you know last time i thought itik tu tak halal cause it can survive in both water and land.. haha and also rarely see it selling at malay stalls... so... yeah... but now i know haha.

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  14. OMG... This is my favorite!!! Now I can fix my craving at here d!!! I love this post... Haha

    BalasPadam
  15. Selalu kita makan daging salai je dekat satubkedai ni.. Wah ni siap ada itik salai, ade ikan keli. .Banyaknya. .Semua nampak sedap. .Pedas tak, kalaubpedas memg terangkat la. .Hehehe. .Nak cubala. .Ada dekt seblh klcc erk. .Boleh cari

    BalasPadam
  16. Ya Allah! My favorite dishes ever! Mana² pergi pon, mesti cx akan pilih masak lemak dulu berbanding lauk lain. Tp kalau tkde ,i is ok je. Hehe menarik betul tgk gambar ni tau! Nak try la nanti! Ngences!

    BalasPadam
  17. My first time seeing this actually I've never tasted itik salai before, must try it out for myself.

    BalasPadam
  18. Favourite AM tau!! Masak lemak cili padi.. AM kena cuba nie.. Nak nak menu itik salai.. Ok. Confirm turun terjah try nie..

    BalasPadam
  19. Wahhh itik salai ada kat kg baru? macam syok je. selalu kalau nak makan itik salai kena pergi belah2 nilai, semenyih sume tu.

    BalasPadam
  20. Murahnya RM7 je Maha? Fuhhh. Bukan itik sellau mahal ke? Nad ingat lagi, pernah sekali je makan itik salai ni. Sekali masak lemak cili api dia pedas giler. Terus takleh nak makan hahahah. Next time kena request taknak pedas hahah, boleh tak.

    BalasPadam