Dapur,

Resipi Mudah Sambal Kerepek Kentang Dengan LaCust Crispy Chilli

Jumaat, Disember 21, 2018 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama tak update resipi kat blog Maha ni kan, maksudnya lamalah dapur Maha ni tak berasap hehehe. Ada je masak tapi untuk makan sendiri yang nak rekod je tak sempat nak buat. Jadi hari ni nak share  pada korang satu resipi mudah yang baru jer buat tak sampai 10 minit pun siap menggunakan produk LaCust Crispy Chilli.


Jangan terkejut tau kenapa kat label botol tu ada gambar Maha. Hari tu mereka ada buat promosi untuk siapa nak letak gambar sendiri kat botol. Ini special edition sahaja tau hehehe. LaCust ini nak katakan macam sos cili biasa tidak juga nak kata sambal pun tidak juga tapi ia dihasilkan daripada cili yang dikisar hancur tanpa biji dimasak bersama dengan tak silap bawang putih. Produk ni ready-to-eat korang boleh makan sos ni dengan nasi atau apa sahaja bahan makanan. atau juga masuk dalam masakan. Bagi Maha ia tidak terlalu pedas pun sesuai untuk semua peringkat usia.



Resipi kali ini adalah menggunakan produk ni sangat mudah dan semua orang boleh buat.

Bahan-bahan yang digunakan:-
3 biji Kentang
1 cawan Minyak Masak
1 botol Sos LaCust Crispy Chilli

Sikitkan bahannya tapi sedap dan rangup. Cara nak buatnya mudah gilerrr boleh ikut step dari video ini.


Kenapa resipi ini Maha tak masukkan bahan perasa dan juga garam. Ini kerana dalam sos LaCust itu sendiri dan ada garam dan rempah serta bawang putih. So korang rasa boleh buat tak kat rumah resipi ini. Maha suka buat banyak-banyak dan simpan dalam balang nanti bila tonton movie atau drama kat tv boleh mengunyah. Selain tu juga korang boleh buat makan bersama dengan nasi putih sedap juga hehehe. 


Produk LaCust ini adalah produk selamat tiada bahan pengawet dan juga tiada menggunakan warna tiruan. Korang nak dapatkan produk ni boleh beli secara dalam talian atau juga kat pasaraya yang ada jual produk ni seperti Jaya Grocer dan harga tak silap Maha RM15 sebotol. Satu tips penting jangan simpan sambal ni dalam peti sejuk tau ia sesuai letak kat dalam suhu bilik sahaja nak kekalkan rasa dan rupanya. Semoga korang dapat mencuba resipi mudah yang Maha buat ini ok.

Infomasi lanjut dan juga pembelian dalam talian layari : 





2 ulasan:

  1. Errmmmm....sedapnye kan sambal kentang bersama La Cust Crispy Chilli...

    BalasPadam
  2. menjejes pulak air liur tengok sambal ni

    BalasPadam