Pelancaran Art In The City Iaitu Pameran Visual Seni Secara Paparan Luar Di Sekitar Kuala Lumpur

7:00 PG Maha Mahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang yang meminati seni lukisan ini adalah peluang untuk menyaksikan hasil seni anak tempatan dipamerkan sekitar bangunan terpilih di Kuala Lumpur. Art In The City adalah kempen yang akan menampilkan 14 karya seni dari pelukis ulung tanah air dan akar umbi yang cinta kepada lukisan. 


Selalu orang kurang minat melawat galeri seni dan muzium tapi kali ini mereka bawakan seni itu kepada rakyat agar boleh dipertontonkan dengan cara membuat mural di bangunan yang terpilih. Ini akan mengubah landskap bandaraya Kuala Lumpur dengan penampilan karya seni dan menjanjikan sebuah pengalaman visual seni dari cara yang lain.



Selain dari itu juga kempen ini akam membawa persembahan kebudayaan secara percuma, program mentor serantau, forum seni visual, bengkel seni dan pameran seni visual. Ini semua akan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kesenian dan kebudayaan tempatan juga Kuala Lumpur akan dikenali sebagai hab budaya di Malaysia.




Baru-baru ini majlis pelancaran kempen Art In The City telah diadakan di Jenerator KL Citywalk. Turut hadir adalah Menteri Wilayah Pesekutuan yang sudi merasmikan kempen tersebut. Kempen ini adalah usahasama diantara Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan atau dikenali sebagai CENDANA.





Kempen ini melibatkan beberapa lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai dan kawasan yang bersebelahan dengan galeri seni dan muzium. Di antaranya badan swasta dan kerajaan yang terlibat dalam usaha murni ini adalah Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan dan KL Hop-On-Hop-Off

Kenali 13 Artis Dan Karya Seni Terpilih


Sebenarnya kempen ini telah bermula dari awal tahun ini lagi dimana artis tempatan dipanggil untuk menyerahkan karya seni mereka yang bertemakan Malaysia untuk di nilai oleh panel profesional. Setelah semua proses itu berakhir dan 14 karya seni terpilih daripada artis seperti Suzi Chua, Brindha Kumar, Smantha Cheah, Syamsul Addenno, Nor Aziela Binti Ahmad, Natasha Iman Binti Muhamad Razib, Ahmad Sanuri Zulkefli, Sivabalan Arumugam, Muhammad Najib Bin Tumrin dan Jin Chung

Suzi Chua karya bertajuk Gentle Giant

Smantha Cheah karya bertajuk Be With Me, Brave Heart

Natasha Iman Binti Muhamad Razib karya bertajuk KUEH

Syamsul Addenno karya bertajuk Silent Unity

Selain itu, paparan luaran yang dijayakan dengan bantuan Balai Seni Negara akan menampilkan empat karya seni daripada artis legenda seperti Dato' Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah. Antara nama dan lukisan karya yang terpilih adalah berilhamkan daripada pendulang biji timah yang akan dilukis di bangunan Wisma Maran. Lepas itu gambar kanak-kanak sekolah dan gambar pandangan kamera sekumpulan kanak-kanak sekolah ketawa yang akan dilukiskan di bangunan Permodalan Nasional Berhad. Manakala karya bertajuk Genting ini pula akan dilukis di bangunan Balai Seni Negara. 

Karya bertajuk 1 Malaysia

Karya bertajuk Pusaka

Karya bertajuk Culture Syok

Karya bertajuk Tapau 

Lagi ada karya sekor orang hutan yang bertajuk Gentle Giant akan dipamerkan di KL Citywalk. Lukis bertajuk Culture Syok akan di lukis di bangunan Bursa Malaysia Berhad. Juga karya dari Syamsul Addenno yang bertajuk Silent Unity akan dipamerkan dibangunan Permodalan Nasional Berhad. Manakala gambar bertajuk Be With Me Brave Heart, Tapau hasil karya Muhammad Najib, gambar bertajuk Pusaka, gambar tema 1 Malaysia, gambar tema Simpodium, gambar tajuk Stand Together dan KUEH semua ini pula akan dipamerkan di Digital Billboards


Diharapkan usaha murni ini akan mengiktiraf hasil seni anak tempatan dan mendapat perhatian daripada masyarakat luar sana bahawa kita mampu menghasilkan hasil seni yang bertaraf dunia. Juga ini akan menjadi Kuala Lumpur lebih indah dan lebih dikenali oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Korang dah boleh start tengok dan bergambar dengan semua karya ini di lokasi yang dinyatakan. 

Dapatkan maklumat lanjut tentang Art In The City layari :-
Laman Web : www.cendana.com.my
Tanda pagar rasmi : #CENDANAMalaysia 
                                 #ArtInTheCityKL




Anda juga suka post ini...

14 ulasan:

  1. Kebanyakkan orang memang tak berapa gemar nak ke galeri lukisan macam ni. Tapi kalau sesekali pergi mesti seronok jugak kan. Tengok hasil kreativiti mereka yang berbakat.

    BalasPadam
  2. ada juga tgk org share psl hasil seni yg dipamerkan sekitar bangunan terpilih di Kuala Lumpur..menarik juga utk org ramai lebih menghargai hasil seni mereka bila di buat dkt bangunan terpilih tu sbb slalunya kalo org nk tgk kn bila ada pameran cthnya dlm dewan gtu

    BalasPadam
  3. Sesekali ke galeri memang best. Perkara yang selama ni kita tak tahu pasal seni, at least adalah kan ilmu yang kita dapat pasal seni. Suka tengok mereka yang brrbakat dalam bidang ni tau.

    BalasPadam
  4. Rawlins selalu nampak karya seni dipaparkan di lokasi-lokasi yang menarik ketika melawat ke luar negara dan selalu mengaguminya. Now dah ada kat Malaysia - yeay! Boleh la menarik perhatian pelawat-pelawat asing kan.

    BalasPadam
  5. bagus usaha mereka ni, since tak semua yang suka nk ke muzium art or anything kan. since buat di luar dan lokasi2 awam yang terpilih mcm tu secara tak langsung memudahkan dan dapat menarik lebih ramai org dgn art. best, qeela suka art & aktiviti mcm ni. tengok dr gmbr pon nmpk bagus2 hasil mereka 😃

    BalasPadam
  6. Best tengok seni-seni ni. Tengok diaorang punya lukisan yang kemas dan cantik tu. Kaler yang menarik..Bila malaysia buat macam ni, bgus sangat

    BalasPadam
  7. seronok tengok gambar kat sini. semuanya cantik dan menarik. kalau jumpa mesti nak selfie..kagum giler dengan hasil seni yang dipertengahkan

    BalasPadam
  8. Such an amazing exhibition, loving it, I wanna go and visit and see it for myself cause I love arts.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya saya memang suka kunjungi galeri dan melihat hasil karya seni. Kagum sebab pemikiran artistik yg diterjemahkan dalam lukisan yg detail dgn maksud tersendiri. Tak berpeluang join haritu. Ada masa nak pergi lah ke sana.

    BalasPadam
  10. Bagus effort Cendana dlm menaikkan karya seni anak bangsa dengan wujudnya platform seperti ini. Cantiklah bandar kuala lumpur lepas nie dihiasi lukisan2 yg cantik dan mempunyai mesej nya yg tersendiri

    BalasPadam
  11. Cantik semua lukisan tu. Mmg org xramai yg minat nak ke pameran-pameran macam ni dan cara meletakkan lukisan ini di kwsan tertentu mmg bernas..

    BalasPadam
  12. Kita dlu xsuka sgt pergi tmpt2 cmni.. Tp bila sejak kawen dgn laki yg mmg ade bakat melukis, kita suka tgk.. Yela kdg2 rasa teruja bila tgk laki sndri melukis... Hahaha.. Art in the city ni nmpk menarik... Kl bakal diterangi dgn art yg cntik2 .....

    BalasPadam
  13. wahhh bestnya kalau dapat pi event macam ni.. TB suka sangat art dan lukisan2 tambah2 pulak lukisan yang abstrak dan punya makna tersenduri disebalik lakaran lukisan2 tu kan ..

    BalasPadam
  14. Untuk mereka yang suka menghayati seni, memang wajib pergi. Karya mereka semuanya nampak sangat cantik. Saya paling berkenan dengan karya tapau. :D

    BalasPadam