Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan Yang Bajet Tapi Nampak Mewah Dari Salamah Catering

7:00 PG Maha Mahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cantik mata memandang pelamin dan perhiasan, lagi sedap menjamah hidangan yang disediakan oleh katerer-katerer berkualiti. Pilihlah pakej-pakej perkahwinan yang lengkap dengan termasuk makanan, jurugambar, makanan beradap, jurusolek, pelamin, kek dan sebagainya. Tapi tak banyak syarikat perkahwinan mampu menyediakan pakej macam ni.


Kebetulan hari tu kawan lama yang Maha kenal kat dalam Facebook berkahwin. Tahniah kepada pasangan Remy & Wawa yang telah berlangsung pada 18 November 2018 hari tu. Korang memang pasangan yang sangat sweet dan sama cantik atas pelamin. Jelous lak kita, belum sampai masa lagi nak bersanding macam ni juga hehehe.



Hari tu majlis perkahwinan Remy ni  ambil daripada katering terbaik di Klang sapa lagi kalau bukan Salamah Catering atau ramai orang kenali dengan Kak Long, bukan kak long kawasan tau hehehe. Tapi Maha sendiri tahu yang beliau ini dah lama buat service katering dan perkahwinan ni. Sebab sebelum ni pernah pergi makan open house yang beliau buat memang semua sedap-sedap.


Masa majlis perkahwinan hari tu pengantin dan keluarga ambil pakej lengkap khas untuk perkahwinan dalam dewan dari Salamah Catering ini. Semua masakan makanan yang disediakan pada majlis hari tu memang cukup rasa dan sedap. Lauk kenduri hari tu ada Daging Palembang, Ayam Golek Mabeles, Pajeri Nanas, Papadom, Buah Oren, Nasi Minyak, Nasi Putih termasuk Acar Buah Kak Long yang istimewa. Menu ini memang keistimewaan katering ini dan terbaik, Maha siap makan bertambah-tambah hari tu hehehe jangan marah ye pengantin.








Selain daripada makanan utama Kak Long juga ada sediakan khas Cendol Kak Long dan mereka akan buka booth kat dalam dewan tu. Sebenarnya Cendol Kak Long ni sangat famous tau kat area Kampung Sungai Pinang, Maha dah pergi cuba memang terbaik cukup rasanya. Masa ronder nak ambil makanan tu nampak pula bahagian high-tea corner dengan adanya pelbagai jenis kuih muih , air panas seperti Teh Tarik dan juga Bubur Kacang Durian.





Pakej yang disediakan ini juga termasuk dengan persiapan dalam dewan seperti set meja bulat termasuk alas, kerusi plastik bersarung dan riben, 1 set meja makan beradap, meja dan kerusi untuk VVIP dan juga meja kek serta apa yang korang nampak dalam gambar ni lah. Boleh pilih ikut warna tema yang korang nak memang pengantin kata mudah dengan katerer ini. 






Maha try tanya pengantin rupanya beliau juga gunakan khidmat pelamin dan adaman dari katerer yang sama. Lepas tu beliau juga ada pakej sepasang persalinan pengantin dan aksesori seperti mana yang dipakai oleh pasangan pengantin ni nampak cantikkan. Kalau tengok makeup pengantin pun mereka yang solekkan nampak wajah berseri jer kedua mempelai ni. Peralatan lain yang ada dalam set dewan ini seperti pintu gerbang, karpet merah dan walkaway.



Apa yang Maha tahulah ramai orang mengeluh tak ada masa untuk pergi deal dengan banyak orang untuk dapatkan pekej perkahwinan. Tapi kalau dengan Salamah Catering ini lengkap semua ada dalam satu harga sahaja tak perlu nak susah-susah deal dengan ramai orang. Jadi memudahkan pihak keluarga dan pengantin nak dapatkan semua ini dan majlis lebih lancar. 



Maha pun kalau nak rancang majlis perkahwinan nanti nak cari service macam ni senang semua boleh dapat dan mereka tolong pasangan untuk meralisasikan majlis perkahwinan mereka. Try korek-korek nak dapatkan kontak nombor ada juga lah tengok kat tisu yang disediakan. Mana tahu ada kawan-kawan yang baca kat sini masih tak tahu nak cari pakej katering yang lengkap macam ni boleh kontak jer Salamah Catering ni.


Apa pun sekali lagi Maha nak ucap selamat pengantin baru kepada Remy dan Wawa majlis korang meriah. Moga perhubungan terus kekal sehingga ke Jannah dan mendapat anak-anak yang comel serta bahagia hingga akhir hayat. Dengar kata pergi berbulan masu kat Sabah yer hehehe seronok. Terasa diri ini macam nak kahwin cepat jer sapalah jodoh Maha yer hehehe. 

Nak dapatkan khidmat Salamah Catering boleh hubungi : 
Tel : 019-2148860 (Kak Long)





Anda juga suka post ini...

17 ulasan:

  1. gulp! memang terliur terus tengok makanan kat sini.Berbaloi lah ambil pakej disini yea..pakej semua lengkap.. pengantin takdelah pening nak memikir sangat

    BalasPadam
  2. Puas hati kalau ambil full wedding pakej dari Salamah Catering ni. Semuanya nampak tersusun dan kemas sangat. Menu pun nampak sedap, terliur plak tengok air hijau tu hihi...

    BalasPadam
  3. seronoknya majlis kahwin macam ni.makanan semua nampak sedap, pelamin,hiasan cantik, baju pun cantik.memang kena pilih pakej majlis kahwin yang betul2 la kalau nak dapatkan hasil macam ni

    BalasPadam
  4. Senang ni utk bakal pengantin kalo smua kelengkapan ada..tk payah susah2 cr tmpt lain dh kan..sedapnya tgk cendol tgh cuaca panas ni

    BalasPadam
  5. Sekarang katering kenduri kendara memang evolve habis. Yang nak kahwin tak payah risau ..pilih je yang bertauliah. Lauk pauk they all serious nampak sedap sangat.

    BalasPadam
  6. fuhh banyaknya air! mesti puas hati kalau dapat pergi wedding yang macam ni..pengantin happy, tetamu pun happy sebab makan sedap

    BalasPadam
  7. Ikhlas cakap...
    Menu nampak menarik
    Juadah nampak menyelerakan
    Susun atur nampak kemas
    Pelamin nampak cukup menawan

    BalasPadam
  8. dah lama tak makan makanan kenduri ni..sedap pulak acar buah tu..guna katering sekrg senang kan..takyah susah2..area klang ke..wah bagus ni

    BalasPadam
  9. Lamanya tak makan daging palembang. Susun atur catering ni sangat kemas dan bersih. Mungkin ramai pengantin boleh menempah dengan salamah catering.

    Psttttt tadi mula-mula baca macam salamiah. Hikss

    BalasPadam
  10. I wish I had choosen a serivce like that for my wedding, couples should really consider this packages cause it's so much easier than doing them one by one.

    BalasPadam
  11. antara wajib yang diambil bera untuk satu keraian - makanan yang sedap dan cukup, selesa dan luas dan cantik (bonus) poin..dan harga yang berpatutan pun penting juga....dan pakej yang ditawarkan oleh katering ini semuanya ada hehehe

    BalasPadam
  12. Alamak.. Pagi pagi singgah sini nampak makanan sedap sedap la. Menggoda perut betul. Hehe..
    Siap ada cendol ehh.. Sedapnya.. Fav tu. Kena pulak cuaca sekarang ni panas kan. Memang ngam la..

    BalasPadam
  13. Mak aii.. Tgok menu2 dia je dah leleh air liur...macam mana ni maha? Hahahah...!!dah la suka gila dgn acar buah tu... Adoii.. Wawa kalau pergi mjlis kawen xpenah xmkn byk..sbb rugi makan skit klo mknn dh sedap cmni!

    BalasPadam
  14. Paling penting makanan Wajib sedap dan Lokasi majlis macam ni pun takpa. Pengantin tinggal datang angkat kaki je. Hahaha. Tak payah kecah-kecah majlis. Hehehe. Mak ayah dan saudara mara pun cantik2 ke majlis. Hehe

    BalasPadam
  15. great package.. hv everything in a package. wedding preparation getting less hectic and more romantic... good one..

    BalasPadam
  16. Betul betul mewah sangat resepsi pernikahan ini. Makanannya pun sangat berselera orang melihatmya. Bertaburan bunga dengan nuansa yang sangat mewah. Cantik sekali.

    BalasPadam
  17. Terima kasih Maha sudi datang ke majlis kami, semoga persahabatan ini kekal hingga ke Jannah aminnn...

    BalasPadam