Nikmati Minuman Terbaru Lipton Nitro Tea Dan Makan Mewah Di HIGHLINE Roof Top Market SkyAvenue

7:00 PG Maha Mahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang yang selalu naik kat puncak percutian tertinggi Genting Highland mesti tak perasan satu lagi lokasi makan dan minum yang baru dibuka kat sana. Maha sendiri pun baru jer tahu yang telah ada sekarang ini HIGHLINE  Roof Top Market yang terletak di tingkat empat SkyAvenue Mall Resort World Genting



Maha hujung minggu lalu sempat ker sana sempena dengan memperkenalkan minuman baru daripada Lipton jenama teh no. 1 di dunia. Rupanya kat puncak sejuk tu ada menyajikan yang pertama seumpamanya di Malaysia iaitu minuman teh dengan nitrogen. Unilever Food Solutions (UFS) dengan pakar perasa dari Perancis iaitu Monin telah menghasilkan Lipton Nitro Tea

French Flavouring Specialist Monin

Hari tu Monin pakar menyediakan minuman ini telah membuat demonstrasi bagaimana minum teh ini telah dihasilkan. Bermula dari daun-daun asli yang dipetik dari ladang-ladang teh lestari di seluruh dunia dan disuntik dengan rempah dan rasa semulajadi yang menarik. Kemudian teh dicurahkan ke dalam silinder gas nitrogen gred makanan untuk campuran selama lebih kurang tujuh jam. Daripada cecair, kehadiran nitrogen dengan serta-merta menggelapkan minuman, mencipta teh sejuk yang hebat menyegarkan untuk diminum. 

Blue Owl Nitro Tea dan Spice Bloom Nitro Tea


Kalau korang perasan dalam atas pemukaan minuman teh itu terdapat gelembung nitrogen yang mikro jauh lebih halus dan lembut tidak memberikan rasa keras kepada minuman seperti minuman bergas biasa. Ada dua jenis minuman daripada Lipton Nitro Tea yang diberi nama Blue Owl Nitro Tea dan Spice Bloom Nitro Tea



Kenapa ia ada dua jenis minuman ini kerana ia ada fungsi yang berbeza mengikut hidangan makanan yang sesuai dipadankan dengan minuman ini. Spice Bloom Nitro Tea dengan rasa sedikit pedas sesuai untuk minum bersama dengan hidangan daging. Sementara Blue Owl Nitro Tea, dengan warna putih yang tajam bersesuaian dengan hidangan berasaskan makanan laut. 



Sebab itu juga minuman baru ini diperkenalkan di HIGHLINE Roof Top Market kerana tempat makan ini direka sebagai pasar makanan mewah dengan pelbagai pilihan hidangan yang istimewa. Ia juga dipanggil sebagai pusat makanan yang menyajikan menu dari deli sandwich dan barbeque di Carnivore, Chinese pancake di Jon Bing, hidupan laut segar di Seafood Market, masakan moden atau resipi Malaysia di Asian Heroes yang menyajikan nasi dengan rendang lobsters dan daging terbaik bersama roti di Burgers & Shots.






Minuman teh tadi boleh didapati di bahagaian Burger & Shots. Setelah diorder minuman tu boleh bawa minuman tersebut ke mana-mana hab makanan tadi untuk makan sambil minum. Korang boleh tengok lah betapa sedapnya semua hidangan yang disajikan kat sini Maha pun tak boleh makan semua banyak sangat. Walaupun dalam suasana sejuk kat puncak tu selera makan makin bertambah lagi dengan adanya minum Lipton Nitro Tea. 








HIGHLINE ini boleh memuatkan 307 tetamu di bahagian dalam dan 180 tetamu di kawasan terbuka. Restoran ini beroperasi dari 11.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari. Kalau malam korang boleh nikmati makanan sambil menyaksikan persembahan live band. Best kat sini kalau korang duduk part luar tu boleh tengok dari atas taman tema luar yang akan siap tak lama lagi.


Cuma kat HIGHLINE Roof Top Market ini korang tak boleh bayar guna cash tau semua kena guna card yang boleh ditopup kat mesin ini. Bayaran semua cashless lagi selamat dan cepat. Bagi Maha tempat ini menarik dan juga menjadi tumpuan ramai orang, so kalau korang datang hujung minggu memang bersesaklah. Jadi rancang percutian korang kat sini. Nanti Maha akan kongsikan kat korang satu hotel yang boleh korang menginap kat sini sangat best dan sangat selesa, tapi kena tunggu next post ok.









Anda juga suka post ini...

21 ulasan:

  1. Akak ni kkan nak babap maha la..tengah x sihat ni kan..nampak plak plaua minuman dan makanan kat blog ni...terus terus teringin..tp apakan daya..kena berpantang dulu..tp mmemang nampak semua sedap la..akaksuka seafood nak cuba air yg sesuai ngan seafood tu..kena pi sana bila dh sihat betul la kan..

    BalasPadam
  2. sedapnya makan, sket ko tak hajak aku ni. nyampahhh.. minum teh dengan makan sedapppp jelessss

    BalasPadam
  3. bestkan makan2 kat sana with the new Lipton Nitro... im going again with my friends for the delicious indulgence... craving hard for the burgers!

    BalasPadam
  4. Sedap-sedap betul makanan kat sini. Lama juga tak naik Genting ni.. Huhu... Ni kalau pergi ni best jugak ni ..rasa makanan baru yg dicadangkn ni.. Auuwwww... Maha ni.. Membuatkan hati tak keruan sungguh.. Rusak diet LeYa..haha..

    BalasPadam
  5. Selalu prob nak cr mkn halal
    Kat atas tu. Next time dah senang laa mcm ni

    BalasPadam
  6. Pernah naik Genting sekali je. So memang taktau sangat port makanan best dekat sana. Tapi tempat yang Maha share ni Nampak exclusive dan relaxing. Kalau weekend saja-saja naik sama nak bersantai, memang sesuai sangat lepak sini pekena Blue Owl Nitro Tea tu peh.

    BalasPadam
  7. sounds tempting.. the food.. and also the drink... let's hv the new lipton nitro.. great!!! i wanna try it out

    BalasPadam
  8. Tak sangka teh lipton boleh campur dengan bahan lain untuk hasilkan minuman yang unik macam tu sekali. Tak pernah terfikir pun nak campau air teh dengan bahan lain selain lemon, susu dan halia.

    BalasPadam
  9. I pernah try semua tea bag tu. Tapi tak pernah pulak try campur bahan lain dalam tea tu. Nanti boleh ar cuba. Sekarang kat sini dah banyak tempat makanan boleh try. Awesome boleh la rancang percutian menarik hujung tahun ke sini.

    BalasPadam
  10. Macam menarik bab cashless tu. Food & drink pun nampak tempting sangat. Moga ada rezeki ke sana nanti. insyaAllah. Thanks sharing maha .

    BalasPadam
  11. Lama giler tak pi Genting dan tak tau la bila boleh pergi. Zaman sekarang semua benda nak difusion kan. Teringin jugak nak rasa Nitro Tea tu. Masih ada rasa Teh ke? Serius cam rasa bukan air teh. Hidangan lain semua nampak sedap. Cakap je apa, semua kita nak bedal. Hehe

    BalasPadam
  12. Maha ni saja tau tayang makanan yang best especially seafood. Lama kot tak makan seafood. Orang kat rumah ni tak makan seafood. Haha nasib le. Maha Nitro Tea tu memang pure rasa teh atau ada campuran lain. Warna dia tu mengancam sungguh hihi

    BalasPadam
  13. cashless..guna kad yg kena topup..kalau ada balance, boleh refund tak? ke boleh guna kat tempat lain lak tu..haha..banyak tanya. Padahal sebab kecur ailio tgk teh dan menu lain kat situ!

    BalasPadam
  14. Eeee maha ni suka tau tayang gambar makanan sesedap kat blog. Haha. Pagi2 ni rasa lapar terus bila tengok.

    BalasPadam
  15. owh makan kat sini cashless yer. skrg byk juga trend kedai makan guna kaedah cashless. Tapi macam ragu2 nak makan kat sini, sebab ada tulisan wine kat poster tu tak silap. Minuman lipton dengan gas nitrogen tu nampak menarik, tapi rasa ragu2 nak jejak kaki ke restoren, takut gelas yang diguna bercampur dengan minuman keras.

    BalasPadam
  16. Kalau i dekat nak juga try makan kat rooftop tu, lagi pula makanan semua best-best. *eh, terus lapar tau*

    BalasPadam
  17. Walaupun muka ku kecil di situ tapi ada jugalah muka ku dalam blog maha... aih i paling suka lobster dia.. haritu terambil kaki dia ada yang bising awak ni makan lobster je kan.. dah makanan depan mata tpai nasib baik makan habis muahahhahahahaha.... sedap sangat semua makanan di HIgh line ni... dah la FRESH !

    BalasPadam
  18. Alaaaa...apsal baru tau sekarang ni..akak baru balik dr genting 3 mngu lpas tak tau pun pasal tempat ni..huahua..mcm sedap ja lepak2 kat rooftop ni

    BalasPadam
  19. Wahhh sedapnyer...nk tea yang warna firus tu, dengan buger. Bleh jadi tempat lepak kat rooftop

    BalasPadam
  20. Menariknya teh dia..nampak unik tu..lepak pulak dekat rooftop sky avenue..aduh memnag ngam la..santai je makan. makanan pun sedap belaka

    BalasPadam
  21. Kita dah try wak...memang menarik sangat kan? siapa sangka minuman tu sebenarnya dari teh!

    BalasPadam