Natrabu Xpress Restoran Makanan Autentik Masakan Minang Kini Di Putrajaya

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi lokasi tempat makan yang boleh korang masukkan dalam list untuk pergi makan setiap bulan. Sapa suka makanan Minang sini adalah tempat baru sahaja dibuka iaitu Natrabu Xpress cawangan ketiga di Presint 15 Putrajaya.


Baru-baru ini Maha dijemput untuk menghadiri acara perasmian dan pembukaan restoran Natrabu Xpress Putrajaya. Kalau tak silap sebelum ini mereka dah ada 2 cawangan lagi iaitu di Jalan Maarof Bangsar dan juga EcoSky Jalan Kuching. Mereka telah membuka restoran ini sejak dari tahun 1958 lagi tahniah mampu memberikan hidangan terbaik dari dulu hingga sekarang.




Ini kerana semua masakan yang disediakan resipinya dibawa dari masakan kaum Minangkabau Sumatera Barat Indonesia. Masa Maha datang sini memang rasa original dan autentik masakan Minang dan korang akan puas hati. Ramai orang kata makanan Minang ini sangat pedas dan kalau makan mesti berpeluh.




Tapi apa yang Maha rasa kat Retoran Natrabu Xpress ini makanan mereka disesuaikan dengan selera orang Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. Mereka juga katanya target kepada pelancong yang datang untuk makan kat sini. Tapi masih tetap kekal keaslian masakan daripada sana.


Kalau korang datang mesti kena cuba beberapa menu yang wajib try ini.

Udang, Kentang, Pete Balado

Dendeng Balado Cabe Merah Kering

Rendang Daging Beef

Ayam Goreng Rempah

Ayam Gulai
Ulasan makanan keseluruhan sangat memenuhi selera tekak kita orang Malaysia kerana kalau masak gulai tu terasa lemaknya, kalau masak daging rendang tu terasa rempahnya semua cukup. Paling Maha suka adalah Dendeng Balado Cabe Merah Kering sebab korang makan seperti keropok daging sangat rangup dan nipis daging tu jadi ia begitu unik sekali. Harga pun bagi Maha berpatutan dan boleh dinikmati oleh semua lapisan rakyat Malaysia mahupun pelancong luar.

Sayur Daun Singkong

Perkadel

Sambal Hijau


Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Konsep makan kat sini adalah fine dining korang boleh pilih menu yang ada dan mereka akan hidangkan kepada anda. Jadi korang boleh lah datang makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga atau dengan rakan-rakan pejabat memang puas hati.




Masa hari pembukaan hari tu ramai tetamu yang datang dijemput daripada Indonesia dan memang sangat meriah. Turut hadir beberapa tetamu VVIP yang memeriakan dan juga merasmikan cawangan terbaru mereka. Suasana restoran juga dihias dengan gaya seperti restoran asal, selain dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap dan juga suasana muzik yang tenang dan selesa. Selapas ni boleh datang ok Maha rekemen kepada korang mesti kena cuba.

Cawangan Restoran Natrabu

Natrabu Xpress Putrajaya
G66, 12012, Nadi 15,
Jalan Perak P15, Presint 15,
62000 Putrajaya

Natrabu Xpress EcoSky
Lot G-15, 188 Jalan Kuching,
Taman Tasik Indah 51200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 11.00 pagi - 10.00 malam

Natrabu Fine Dining
182, Jalan Maarof Bangsar
59000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 11.00 pagi - 10.00 malam
Tutup pukul 3.00 petang - 5.00 petang

Tempahan dan juga pertanyaan lain hubungi :-
Whatsapp : 016-6542401







Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Lama tak makan masakan minang. Masakan diorg ni memang kena dgn selera kami laki bini..nampaknya nak kena cuba rasa kat Natrabu la ni nanti.

    BalasPadam
  2. sedap tengok begedil dengan gulai pucuk paku tu, kalau sempat i singgah check out... sebab area rumah I pun banyak juga kedai minang.. hehehe

    BalasPadam
  3. syok nya dapat makan makanan minang... nampak sedap sedap belaka.. great environment, nice foodie... great place to dine in..

    BalasPadam
  4. Akak tengok entry ni time rehat nak makan..masih terfikir2 nak makan apa kan..terus terlapar la..nampak gulai pucuk singkong atau pucuk ubi..daging dendeng..alahaiiiii...kenapa kejam sangat ni...lapar laaa....nak singgah Natrabu la bila free nanti

    BalasPadam
  5. Uiksss..sedapnya Maha..tak hajakkk i pun ye..hahha..kak min memang suka makan masakan minang. Pasni leh la try kat Natrabu ni plak.Cantik la gambar uolsss..letops sangat sampai rasa nak jilat screen..hhaha

    BalasPadam
  6. Makanan minang macam masak lemak cili api memang di gilai oleh rakyat malaysia. Ya Allah sedapnya, tak dapat nak tolak kalau yang masaknya terer

    BalasPadam
  7. Kita dh rasa menu dri Natrabu ni wak. Mmg sedap lgi2 dendenf balado tu. Ranggup kriukk2. Cuma kalau tmbh pedas mcm resipe orignal mesti lgi ummmphhh

    BalasPadam
  8. Oooo presint 15 , ingat ayer8 tadi , sebab selalu lepak situ .. if ke sana lagi boleh try masakan minang lak

    BalasPadam
  9. Wah.. banyak makanan minang yang sedap lagi menyelerakan di Natrabu ni. Tengok gambar je pun, dah boleh rasa kesedapan makanan tersebut

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  10. Sis mmg suka makanan Minang. Kalau makan sure ambik gulai n daging dendeng..tK lupa sambal ijo tu..perghhh beselera makan kalau dpt 3 ni

    BalasPadam
  11. Emi tak familiar sangat dengan masakan minang, tapi tengok gambar ni rasa terliur betul. Teringin nak cuba. Jauh pulak natrabu ni. Kalau ada outlet yg dekat dengan tempat emi blh jugak cuba.

    BalasPadam
  12. Adudu..kita dah la memang suka gila masakan minang ni..lagi2 sambe ijo...aduhhh berkeroncong perut tengok menu2 dia...nanti kalau trun ke selangor boleh lajak ke sini

    BalasPadam
  13. nama kedai ni unik ya. natrabu expres. tak minat sangat makanan minang. Mungkin tak kena dengan tekak kot. Wallahualam kan. Mungkin juga sebab pedas

    BalasPadam
  14. Kita suka masakan minang. Sebab dlu jiran org minang.. Lagi2 sambol ijau dia.. Mknn lain pon sdp2.. Xsangka ada gk kedai makan minang ea... Owner mmg org minang ke cmne?

    BalasPadam
  15. lepas nie mudahlah orang2 yang duduk sekitar putrajaya untuk menikmati hidangan orang minang. datang je kat Natrabu. hidangannya nampak sungguh menyelerakan sekali !! tak sabar nak repeat lagi. jom Maha !

    BalasPadam
  16. Masakan Minang memang favorite juga. Kalau pergi Kl nak singgah Natrabu ni. Tempat pun luas dapat tampung ramai pengunjung. Menu masakan pun menarik.

    BalasPadam
  17. Tak pernah rasa maskan minang..tapi rupa diamacam maskan kita je kan..hehe..Tahniah ats pembukaan outlet terbaru..nanti dekat kl boleh terjah,, nak pergi putrajaya jauh betul..hehe

    BalasPadam
  18. The opening of such an institution has become optimal not only for the locals, but also for the lovers of delicious dishes. The new design and the nice atmosphere are the main advantages of this place.

    BalasPadam
  19. Sayur daun singkong tue nampak menyelerakan.. AM suka.. jarang menu camni disajikan.. AM memang suka masakan minang.. ada kelainan dan citarasa tersendiri..

    BalasPadam
  20. Teringin sgt nak rasa bergedil dan ayam goreng rempah tu nmpk sedap sgt

    BalasPadam