Cara Nikmati Mee Segera Dengan Lebih Sedap Dan Unik Di IndoBowl Cafe

7:00 PG Maha Mahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebut jer mee segera memang kepala otak kita terfikir dah beberapa jenama yang popular di Malaysia termasuklah Indomie. Memang menjadi makanan wajib bila zaman belajar kat sekolah mahupun kat universiti betul tak. Angkat tangan sapa tak pernah makan mee segera waktu nak study almaklumlah memang kena bajet.


Masa tu korang makan mee segera macam mana hanya rebus dalam air selama 5 minit masuk perencah dah siap boleh makan terus. Tapi sekarang ini dah lain korang boleh nikmati mee segera ini dengan cara yang lebih sedap dan menarik. Bukan sekadar mee segera sahaja tapi ia telah diolah menjadi menu yang disukai ramai. Kat mana kalau korang nak cuba semua ini boleh pergi ke IndoBowl Cafe yang terletak di Lake Fields, Sungai Besi.



Maha tahu pasal kafe ini pun sebab ia pernah viral tahun lepas kalau tak silap kerana menghidangkan makanan berasaskan mee segera dengan pelbagai tambahan lain yang menarik. Mereka bukan pakai sebarang mee tau kat sini mereka menggunakan Indomie yang cukup popular dari negara seberang. Kebanyakkan makan yang ada kat sini diinspirasikan daripada makanan jalanan yang popular dari Indonesia




Oleh kerana itu juga Maha telah pergi sendiri ke kafe ini untuk cuba beberapa menu yang ramai orang kata sedap tu. Masa masuk memang nampak banyak sangat Indomie kat dalam restoran ini termasuk juga dalam menu mereka. Utama sekali korang kena cuba dua menu popular ini iaitu Indomie Salted-Egg Chicken atau Indomie Cheese Chicken Chop.

Indomie Salted-Egg Chicken

Kenapa dua menu ini kerana ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai pelanggan yang datang sini. Kalau yang telur masin tu korang memang dapat rasa campuran telur masin tu dalam saduran ayam yang digoreng rangup. Lepas tu bawah Indomie tu pula ada sambal merah yang memang pedas mengancam kalau sapa tak tahan jangan makan banyak.

Indomie Cheese Chicken Chop

Manakala yang chicken chop tu pula rasa lemak daripada sos cheese yang melimpah kat atasnya memang banyak. Bagi Maha ia satu gabungan makanan yang serasi dengan Indomie ini sebab tu ramai orang suka kot. Kalau korang memang selalu makan mee segera biasa jer kena datang sini memang korang akan nak cuba semua menu mereka.


Selain itu juga promosi baharu yang mereka perkenalkan kali ini untuk makan tenghari dengan harga serendah RM8.90. Bagi set lunch ini pun korang boleh pilih untuk nak Indomie atau nasi dengan pilihan lauk yang ada. Set ini pun kalau ambil Teh O Ais adalah percuma cuma kalau tambah Es Cendo atau Soda Gembira kena tambah sikit duit. Bagi Maha ia sangat sesuai lah untuk orang muda nak makan dengan jimat dan kenyang.

Nasi Ayam Goreng Balado

Hari tu Maha pilih menu Nasi Ayam Goreng Balado, Nasi Ayam Goreng Jawa dan Nasi Ayam Bawang Cili Hijau. Set ni semua akan datang dengan lauk, sayur, telur rebus dan juga yang atas nasi tu macam cucur goreng dengan sayur ia bukan telur dadar tau. Semua pilihan lauk ini sedap bagi Maha kalau makan dengan Indomie pun menarik juga boleh tukar.

Nasi Ayam Goreng Jawa

Nasi Ayam Bawang Cili Hijau

Kalau makanan ni pedas sangat bagi korang boleh minta air minuman untuk saiz gergasi hehehe. Korang boleh pilih daripada Giant Es Cendol, Giant Soda Gembira dan juga Giant Lemon Tea. Tengok beza gelas biasa dengan yang Giant saiz ini sangat besar ok boleh minum untuk 2 ke 3 orang wakakaka. Sedap lega rasa dan sangat segar best.


Giant Soda Gembira, Giant Es Cendol dan Teh O Ais

Satu lagi menu terbaharu mereka di sini adalah RoPang atau Roti Panggang. Sesuai untuk makan sarapan pagi atau juga minum petang memang terbaik. Ada dua jenis iaitu RoPang Chocolate dan RoPang Cheese. Kalau yang cheese tu kat tengah mereka isi dengan limpahan jagung manis memang sedap terbaik. Kemudian kat atasnya pula di tabur dengan cheese yang banyak tak kedekut kat sini. Kalau coklat lak dalam tu ada chocolate chip atas dicurah dengan sos chocolate yang banyak bersama cheese best gilerrr.

RoPang Chocolate

RoPang Cheese

Keseluruhan menu kat sini Maha boleh bagi 4 bintang memang sedap dan memenuhi nafsu untuk makan. Dekorasi dalam restoran ini pula simple jer dengan susun atur yang kemas serta ada kawasan indoor atau outdoor. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 10.00malam. Jadi tunggu apa lagi boleh lah serbu sekarang kat sini nak makan mee segera dengan cara yang lebih kretif dan menarik. Korang mesti kena cuba ok. Selamat menjamu selera semua.

Promosi dan juga tempahan layari :
Tel : 019-5426869

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5







Anda juga suka post ini...

22 ulasan:

  1. Betul.. Dah banyak sekarang ni cara nak pelbagaikan masakan mee segera. Dan di IndoBowl ni memeang lokasi yg menarik untuk disinggah buat peminat Indomie. Wahhhh...Ropang Cheese & Chocolate tu nampak menarik sangat

    BalasPadam
  2. Yg ciken chop tu, sedapnya!
    Anak2 aida pencinta mee segera. Kalau bwk ke restoran ni, sure berbaloi! ha ha ha... Harga nyer pun ok ok jer ekk, maha.
    Skang org da makin kreatif. Satu makanan diolah agar jadik byk cara makannya.

    BalasPadam
  3. wow so much to try and eat, but my kids quite picky on food. Maybe some days me and my dear go here to try out, but need to bring kids to eat first.

    BalasPadam
  4. Their Indobowl is the best. Like the Springy of the noodle and the fresh ingredients that they use. The portion is generous and worth to visit.

    BalasPadam
  5. teringinnya nak rasa semua menu dia.semua nampak sedap menyelerakan.

    BalasPadam
  6. i tak pernah try lagi nasi dia... yummy tak? bread dessert dan indomie tu semua nice nice.. yummy and delicious!

    BalasPadam
  7. Akak tak pernah cuba lagi..ada dapat jemputan tapi tak sempat nak pergi sebab kekangan masa kerja..hujung minggu sibuk meniaga plak..nak buat preparation kan..apapun makanan kat sini semua nampak sedap la..terliur dibuatnya..dah la suka makan indomie..

    BalasPadam
  8. yaampun...menggoda sungguh menu2 kat atas tu...dah lah tengah lapar ni...gambar semua cantik2

    BalasPadam
  9. Ruby mengidam Indomie chicken chop dan butter chicken tu. Fuhh sedap oi. Bila tah nak pi lagi. Hahahaha. Nanti nak dtg sana dan makan pepuas.hehe

    BalasPadam
  10. Sis baru je makan Indomie..tapi kat rumah je lah sebab memang ada stock indomie ni.
    Tak tak tahu kisanya kat kedai Indobowl ni ada nasi jugak ekk..ingatkan mee je

    BalasPadam
  11. Jeles tau tgk korang pakat makan indomie macam2 jenis..siap ada lauk bagai..haishhh terliur ok!

    BalasPadam
  12. biasa makan indomie mcm tu je kat rumah. Kat sini nampak lain...nampak menarik....nampak sedap.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Hai memalam singgah sini buat perut berbungi saje.. Sedapnya makanan yang disajikan disitu... selain maggi Bonde suka mee indome ni murah dan sedap... isssh sok kene try jugak indomie ni

    BalasPadam
  15. Kalau kat Sg Besi dekat jela. Boleh try nanti makan kat sini sebab tengom Ropang tu menggugat iman

    BalasPadam
  16. Nad tak pernah pergi lagi indobowl ni..wah macam2 cara makanan dari mee ni ye..siap ada makana lain sekali..nampak sedap..air die pun melelh2 tengok haishh...lapor jadinyaa..

    BalasPadam
  17. Jahat nya awakkk....!! Terliur laaaa tengok salted egg chicken tuh. Harga set lunch dia ok laa...! ! Thanks share Madi, nanti nak bawak. Family makan sini. Tempat pun nampak selesa.

    BalasPadam
  18. Ramainya yang cakap indobowl ni bestt. Stress kita wak. Nanti nak try jugak la. Selama ni duk lalu depan indobowl tak terasa nak cuba pun..

    BalasPadam
  19. Nampak sedap2 betul ye menu-menu di indobowl. Pernah ke sana n serious mmg sedap. Tak cuba lagi ropang cheese n chocolate tu. Nampak menggiurkan betul ya. Nk cuba lah next time

    BalasPadam
  20. Bestnya dpt mkn kat mandible,nti kak pun gi mkn kat mandible..xsbr heee

    BalasPadam
  21. Ramai betul update pasal Indobowl ni. Tak boleh tengok sebab tengok gambar makanan je dah terliur. Rasa geram sangat kan. nak makan semua je.

    BalasPadam