Candle Light Dinner,

Candle Light Dinner Paling Murah Di Selangor Dan Kuala Lumpur Masa Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan

Rabu, Oktober 03, 2018 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masalah paling utama orang lelaki ni kadang-kadang mereka tak romantik yer lah sebab selalu tak ingat tentang tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan. Bila isteri beri tanda atau petunjuk tentang tarikh anniversary baru time tu sibuk orang lelaki ni nak cari tempat untuk buat candle light dinner.


Jadi sekarang tak perlu susah-susah nak buat semua kerana D Aura Cafe menyediakan satu pakej lengkap untuk makan malam bermakna buat anda dan pasangan. Pakej tu pula paling murah dan paling flexible boleh dapat semua sekali dalam satu harga. 


Hanya buat bayaran RM198.00 sahaja pihak restoran akan sediakan segalanya seperti :

PERCUMA Dekorasi Meja
PERCUMA Lagu Romantik
PERCUMA Pakej Gambar dan Video

Pakej ini juga termasuk menu yang disediakan ini iaitu :
*2 x appetizer iaitu antara soup atau chicken salad atau mushroom soup
*2 x hidangan utama 
*2 x minuman - D Aura Freshie
*1 x potong kek


Ini apa yang korang boleh dapat kalau booking untuk buat candle light dinner bagi meraikan ulang tahun perkahwinan atau juga makan malam romantik bagi pasangan yang sedang hangat bercinta. Tapi kalau korang nak tambah beberapa lagi pakej yang mereka sediakan juga boleh cuma ada tambahan harga seperti :

Beri hadiah istimewa kepada pasangan tambahan :
*RM77.00 - Jambangan bunga
*RM33.00 - Extra wall deco word 'Happy Anniversary'
*RM33.00 - Crown & sash untuk sesi fotografi


Semua ini mereka sediakan di lokasi istimewa yang sangat romantik dan bukan direstoran mereka tau. Kat mana mereka buat ia adalah kat studio milik D Aura Cafe ini juga. Kalau korang lihat pemandangan waktu malam sangat cantik dan memang romantik. Tapi kalau korang nak tambah lagi untuk beberapa pakej lain dalam anniversary ini seperti :

- Candle Light Dinner di studio + 1 night stay di homesatay tambah RM165.00 
- FULL Dekorasi untuk studio
- Percuma kemudahan gym, sauna dan juga kolam renang di homestay

Tunggu apa lagi plan sekarang dan buat tempahan di whatsapp:




10 ulasan:

  1. Wow. Menarik ni. Hihi jom menabung

    BalasPadam
  2. D Aura cafe really have a nice atmosphere for candlelight dinner. In addition, their food is delicious and fresh. Good job in handling transportation for poultry and seafood for their freshness and quality. Thank you for your sharing and I really like your post.

    BalasPadam
  3. pakej yang mnarik untuk di cuba :-)

    BalasPadam
  4. Still available ke package ni after pkp

    BalasPadam
  5. berbaloi la kalau macam gini dia punya pakej.
    memang terbaik..

    BalasPadam
  6. waa..menarik ni. next anniversary la kte try.. hehe

    BalasPadam
  7. Masih available ke? Homestay dimana?

    BalasPadam
  8. Masih buat lagi ke untuk tahun 2022 ni?..

    BalasPadam