Bufet Aiskrim Terbaik Di Selangor dan Kuala Lumpur Hanya Di Cedoqs Cafe By Eita Ice Cream

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni memang hantu kalau makan aiskrim tambah-tambah aiskrim yang pelbagai perisa dan juga homemade ni. Nak cari kafe aiskrim yang sediakan bufet makanan aiskrim sehingga puas ni agak jarang dapat kalau ada pun harga boleh tahan hanya mampu makan semangkuk kecil jer. Tapi kali ni korang boleh cuba satu kafe aiskrim yang baru sahaja buka dan memang berpatutan.


Kat mana Maha jumpa kafe ini kebetulan hari tu pergi satu event kat area Ampang dan habis event itu agak petang. Jadi memang dahaga dan waktu tu tiba-tiba mengidam nak makan aiskrim. Jadi kebetulan tengah memandu tu nampak satu signboard tulis Cedoqs Cafe dan ada gambar aiskrim yang menggiurkan terus singgah tak fikir panjang. 


Mula-mula tengok macam tak berapa nak percaya sangat betul ker kafe ini ada aiskrim yang sedap dan menarik. Tapi sebab dah berhenti cuba jugalah. Nasib penjual kat kafe ni seorang akak yang tak lekang dengan senyuman jadi sejuk hati nak cuba aiskrim mereka. Tanya kat penjual tu rupanya dia adalah pemilik kepada Cedoqs Cafe ini. Masa tanya menu yang ada beliau terangkan kat kafe ini selain daripada sediakan aiskrim dalam dalam cup mereka ada juga jual Churros Ice Cream, Waffle Ice Cream dan Scope Blended Ice Cream


Jadi teruslah order semua tu sebab memang tengah kebulur nak makan aiskrim sangat. Bestnya waktu order tu nampak akak tu baru goreng Churros yang comel-comel. Tanya pada akak tu rupanya churros tu mereka hasilkan sendiri dan bila ada tempahan baru buat. Lepas tu boleh pulak pilih 3 scop aiskrim perisa yang kita nak, jadi terus sahaja ambil perisa Tembikai Susu, Jagung dan Strawberry. Di atas churros tu mereka akan tuangkan sos coklat dan taburkan dengan sprinkles memang selera sangat nak habiskan. Harga sangat berpatutan hanya RM5.90 sahaja kalau dengan aiskrim.

Churros Ice Cream


Lepas habis makan churros tu pula baru minta mereka hidangkan pula dengan Waffle Ice Cream sebab nak kena tunggu mereka masak waffle tu. Untuk wafer ini juga boleh pilih 3 skop perisa aiskrim jadi pilih perisa yang lain pula iaitu Fruity Truity, Vanilla Oreo dan juga Mangga. Kat atasnya pula mereka akan tuangkan sos coklat yang banyak dan juga taburkan marshmallow memang best. Harga pun tak mahal hanya RM4.00 sahaja satu pinggan ini. 

Waffle Ice Cream


Sambil makan tu ternampak satu bentuk aiskrim yang bulat macam bentuk pizza tu. Tanya kat akak tu rupanya mereka juga ambil tempahan untuk Pizza Ice Cream. Pertama kali dengar pasal piza aiskrim sangat menarik dan kreatif tak ada lagi kat tempat lain yang jual piza aiskrim ni. Kata akak tu kena buat tempahan 2 hari awal untuk piza aiskrim ni dan boleh pilih nak letak perisa aiskrim apa kat atasnya. Base bawah tu mereka gunakan serbuk biskut Oreo. Lepas tu topping boleh juga pilih nak letak apa yang korang suka.

Pizza Ice Cream


Selalunya orang order piza aiskrim ni untuk buat kek harijadi buat kanak-kanak sebab menarik dan unik. Tak adalah bosan makan kek sahaja boleh makan aiskrim dijadikan sebagi kek. Tanya harga pula sangat berpatutan tak mahal pun satu biji pizza tu hanya RM14.90 sahaja, manakala kalau nak cuba makan satu potong pun boleh juga harganya hanya RM4.90.

Scope Blended Ice Cream 

Last sekali sebelum Maha bereda dari kafe tu sempat juga bungkus bawa balik Scope Blended Ice Cream. Menariknya dalam ais blended ini mereka letakkan beberapa skop aiskrim yang korang boleh pilih perisanya. Ais blended tu pun ada banyak perisa macam Cappuccino, Latte, Green Tea dan Strawberry. Puas sangat dapat minum sambil drive balik.





Jadi bagi Maha Cedoqs Cafe ini sangat sesuai untuk korang datang makan aiskrim sepuas-puasnya kerana aiskrim mereka tidak terlalu manis dan sesuai untuk semua orang. Kafe ini buka setiap hari kecuali cuti umum dan diduka dari pukul 1.00 tengahari hingga 10.00 malam. Bila sembang dengan pemilik kafe ini Kak Eita beliau juga ada buat khidmat menyajikan aiskrim untuk majlis-majlis seperti kenduri kahwin, hari sukan sekolah, majlis harijadi dan macam-macam lagi. Jadi boleh lah tempah sekarang sebab memang hujung tahun macam ni ramai orang buat tempah dengan beliau. 

Sebarang promosi dan juga tempahan layari :
Tel : 011-1157 2636
Alamat : Cedoqs Cafe
               No.3, Medan Selera Sri Taman Baru,
               Kampung Tasik Tambahan, Sri Taman Baru, 
               68000 Ampang Jaya, Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. wah buffet aiskrim...utk yg suka aiskrim kena singgah ni..unik pizza aiskrim..churros mkn panas2 mmg sodap..oh bole juga buat servis utk mcm2 majlis ye..tq share info

    BalasPadam
  2. penat aku fikir cam ne nak pronouce nama kedai ni, la rupanya cedok ek. spelling kemain bak hang lagi kan. sedap dan murah harus kena cuba ni

    BalasPadam
  3. Nampak sedapnya....eh ye ke Maha terserempak dengan kedai ni?. Hehehehehehe......serius nampak makanan yang dihidangkan sedap sedap la. Warna warni dan yang penting ada aiskrim. Makan masa musim panas sangatlah heaven.

    BalasPadam
  4. Next week sya akan ke Ampang..Orang KK turun KEHEL (KL) ..cuba cari ni tempat..nak test =)

    BalasPadam
  5. Creative jugak idea pemilik ni sbb Malaysian mmg rata2 mesti suka dessert2 mcm ni kan hehe..ok lah tu smbil bukak kedai sambil buat catering..moga maju jaya pasa pemilik

    BalasPadam
  6. Eskrem tembikai!
    Terbaik la. Da semakin kreatif para peniaga kita. Berfikir lebih jauh dari biasa2 kan :-)
    Dessert gini memang dicarik org. Takkan pernah gagal kalau buat desert menarik gini!

    BalasPadam
  7. x oernah makan buffet eskrem..menarik la..macam-macam jenis ada tu ha..akak kalau time stress mmg cari dessert macam ni..baru bilang stress

    BalasPadam
  8. wah... boleh makan banyak banyak ice cream leh.. looks great and nice and yummy and colourful.. superb.. so many choices!

    BalasPadam
  9. Wah bestnyer aiskrim ni. Harga pun not bad. Kau tak ajak aku pun kan. Dahla ni dekat ke ngan umah aku

    BalasPadam
  10. Menyesal tahu baca. Tak pepasal dah terliur nak makan ais krim. Sedapnya tengok. Jom pi sini nanti

    BalasPadam
  11. wahhh.. senang kalau datang sini boleh singaah tempat ni..memeang best

    BalasPadam
  12. Eh, menariknya kedai ais krim biasa pun ada jual banyak desserts. Kalau saya pegi ni boleh jadi rambang perut nak pilih. Haha

    BalasPadam
  13. Buffet icee cream pulak.. ada churros lagi mmg kelas. Terliur tgk warna-warna ice cream tu.. klau dkt mmg dah g serbu bwk anak-anak sekali

    BalasPadam
  14. Hari tu ternampak post Maha dekat instagram dan bikin terliur, ni nampak pula detail post tentang dessert sedap ni, bolehlah terjah nanti hu hu hu

    BalasPadam
  15. Never try buffet ice-cream. I don't think I can eat so much ice-cream. But the preparation of the ice-cream look nice.

    BalasPadam
  16. Amboiii namanya hipster betul, cedoqs cafe. Hihi. Syok jugak ni kalau dpt makan ice cream sepuas hati.

    BalasPadam
  17. Aiskrim pun ada buffet skang hahahha.Igt makanan berlauk je ada.Dekat dah dgn umah AMni ni Maha,le[as ni boleh sangat singgah kesana .

    BalasPadam
  18. Eh dekat Ampang, tempat macam pernah lalu..tak perasan kedai ni...tengok gmbr kedai macam biasa ye, tapi tengok dessert dia, woww la..nak kene cuba ni..aduh..tw maha bagitau

    BalasPadam
  19. Walau pun kte bukan peminat ice cream tapi tengok menu ice cream ni menarik sebab ideanya yg unik ada pizza ice cream bagai

    BalasPadam
  20. Amboi sedapnya. aku tengok tengah malam pun masih nampak sedap hahhaha

    BalasPadam