Buffet,

Beli Sekarang Banquet Set Menu Dan Bufet Makan Malam Tahun Baru Cina Di SDCC Dengan Harga Murah

Khamis, Oktober 04, 2018 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun sambutan Tahun Baru Cina lambat lagi ada 5 bulan dari sekarang tapi meriah dengan promosi jualan untuk makan malam bagi meraikan hari penuh makna tersebut. Kalau tak silap Maha tahun 2019 adalah tahun Khinzir dalam kalender lunar China. 



Bagi kepercayaan mereka tahun ini agak sikit malang dan sangat perlu berhati-hati kerana ada waktunya kebaikan anda disalahertikan. Apa pun setiap tahun adalah tahun yang perlu semua orang berusaha untuk berjaya atau lebih maju. Ok kita kembali kepada menu untuk Banquet Set Menu dan juga Bufet Makan Malam. 

Harga Banquet Set Menu


Semua pengunjung boleh makan yang disediakan di Restoran China Treasures yang lazat di dalam Sime Darby Convention Centre. Banquet Set Menu ini telah bermula promosi dengan harga murah bulan Oktober ini. Korang dah boleh dapatkan harga jauh lebih murah kalau beli sekarang seperti list di bawah.


Dari semua harga ini korang boleh nikmati pelbagai makanan yang enak-enak seperti mana Maha telah cuba hari tu. Macam biasa hidangan makanan China akan dimulakan dengan sajian tradisi mereka iaitu Yee Sang. Cuma kali ini Yee Sang lebih istimewa apabila dihidangkan dengan Golden Sea Whelk dan Golden Corn. Selalu orang isi daging ikan tapi ini lebih menarik dan rangup.



Kemudian ada juga makanan tradisi dan warisan masyarakat Cina yang lain seperti Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop Wild Red Mushroom & Cordyceps Flower, Steamed Lotus Leaf Chicken, Steamed Sea Grouper with Premium Soy Sauce & Golden Garlic dan Baked Crystal Prawns with Nyonya Sauce in 'NanYang' Style.






Lagi makanan seperti Braised Black Moss Roll & Bean Curd Puff with Seasonal Vegetables, Steamed Rice with Baby Abalone Dried Octopus, Yam & Mushroom, Chilled Snow Lotus dan Ginseng Root with Red Dates & Dried Longan.

Harga Bufet Makan Malam


Kalau korang nak makan malam bufet pun ada juga disediakan direstoran yang sama bagi meraikan Tahun Baru Cina. Kalau bufet ini biasalah harga untuk seorang tapi masih murah kalau korang booking sekarang bulan Oktober ini. Harga boleh tengok seperti mana jadual di bawah ini mesti korang rasa nak beli sekarang.


Makanan yang disediakan juga sama seperti mana dengan atas tadi. Sorry Maha tak translate bahasa sebab ia nama makanan takut nanti maksud jadi lain pula hehehe. Bagi Maha semua makanan memang sangat sihat dan berkualiti sebab restoran kat sini mendapat pengesahan Halal daripada JAKIM. Tak perlu nak risau atau was-was untuk makan memang semua orang boleh datang.







Selalu kalau yang datang dengan business partner atau meraikan pelanggan boleh booking private room yang disediakan. Restoran ini dibuka setiap hari dari makan tengah hari bermula pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Manakala untuk makan malam pula restoran ini buka dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.




Jadi tunggu apa lagi mungkin ada rakan sepejabat atau juga nak cuba sendiri makanan Cina boleh lah start booking sekarang kerana sangat-sangat murah dan berbaloi. Kalau nak tempah untuk sorang atau dua orang boleh ambil bufet tapi kalau ramai lagi baik ambil banquet set lagi jimat. Kalau banquet ini makanan akan dihidangkan korang hanya duduk sahaja makan sampai kenyang. Bufet ni macam biasa kena pergi ambil makanan sendiri dan silap-silap berbaris panjang nak tunggu giliran hehehe.

Booking sekarang dengan hubungi :
Tel : 03 2089 3788 
        03 2089 3688
Email : chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com






17 ulasan:

  1. so kena beli voucher awal ni sebab harga tengah murah, baik aku bagitau bos german aku tempat makan best ni ek

    BalasPadam
  2. seriouslah Maha semua makanan nampak sangat healthy, especially yang sup ayam yang ada herba tu nak juga rasa macam sedap.. hee kalau ada rezeki terlajak lebih akan ku ke sana

    BalasPadam
  3. hehe.. bestnya now we can know this early and book early too. This place no go before to dine, glad you sharead now we know more about their food.

    BalasPadam
  4. Aduyai.... Tengok pun dah terliur. Semua nampak sedap belaka. Setuju part makan banquet lagi selesa, berbanding buffet. Nak pas kat kawan laaa... Opis depa suka buat makan² gini. Thanks Maha

    BalasPadam
  5. Kena la beli voucher awal2ni..nampaj semua makanan sedap tu ha..udang besar2..alahaiiiii....sabar je la..akak pun suka makan style banquet macam ni...puas hati

    BalasPadam
  6. Wah promosi CNY dah mai dah. Ramai kena cari awal-awal lokasi makan besar, sebab kebanyakan tempat sold out. Mereka pun dah bayar booking awal beberapa bulan sebelum CNY. Nanti nak dekat raya dah bleh ready persiapan lain pula. Bagus Sime Darby Convention Center ni.

    BalasPadam
  7. waa mcm best jee tmpt ni, sedapnya tengok pelbagai jenis makanan tu! seafood segala tu adoii kecur liur tgk haha. anyway not bad jugak yea kira okay la murah jugak harga buffet tu, ingtkan seratus lebih cmtu tp bwh seratus, wow mmg nicee hehe.

    BalasPadam
  8. Duh sedapnyaaaa Banquet Set Menu ini. Tahun baru china masih lama kan ya tp makanannya sudah menggoda rasa terlebih dahulu.

    BalasPadam
  9. oh.. so fast CNY d? hahaha... really an early promotion.. super duper early one.. it ain't even christmas.... haha~ nice and yummy food though~

    BalasPadam
  10. Uihh kalau ramai boleh amek banquet set teruih la ehh. Lagi jimat katanya. Makanan sedap tapi mahal sikit tak apa. Janji berbaloi. nice sharing!

    BalasPadam
  11. oh my?? Am I dreaming O.o Now already promote CNY set! salute to the marketer ~~ Your photo really make me hungry >.< very quality food!

    BalasPadam
  12. Walaupun tahun baru cina lambat lagi kena book awal. Penuh nanti tak dapat la nak merasa. Nasib tak kerja dah, kalau tak memang ajak bos ke sini

    BalasPadam
  13. chinese food memang kena dengan tekak kita. lagi2 kalau ada dim sum. fuhhh best. Harga set hidangan di sini berpatutan sungguh ya Maha. sesuailah kalau nk buat gathering or family dinner ke kan.

    BalasPadam
  14. Heyyy menarik nya makanan-makanan dia maha oii. Harga pun taklah mahal sangat Rasanya berbaloi ni kalau nak cuba. Suka sanhat kita dengan chinese food macam ni.

    BalasPadam
  15. Liez mmg suka chinese food. Klau time nak CNY lagi macam-macam foods yang diaorg hidangkan. Pernah jugak merasa dinner macam ni masa kerja dengan chinese company dulu.. mmg mewah makan..

    BalasPadam
  16. wah. promo utk CNY plak dah.
    Maha, aida memang salah sorang peminat chinese food tau.
    sgt la suka makanan nyer. teringat dulu kala time keje swasta, bos akan belanja time CNY.
    firma cina kan, aida sorang je Melayu. so i folo la makan2 kat hotel.
    aman nyer dunia ku. masa tu la aida jatuh cinta dgn chinese food.

    BalasPadam
  17. Chinese food memang makanan kegemaran sis,nak dapatkan halal memang susah, tapi kat sini dijamin halal dan sedap. Rugi sesiapa tak grab peluang untuk dapatkan harga promo ni.

    BalasPadam