Aplikasi Manhajj Membantu Dan Memudahkan Bakal Jemaah Umrah

7:00 PG Maha Mahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih teringat lagi masa Maha dapat seruan untuk ketanah suci mengerjakan Umrah tahun 2016. Masa tu memang agak kelam-kabut kerana semua Maha kena uruskan sendiri dari segi pendaftaran dan pengurusan kursus umrah. Almaklumlah itu adalah pertama kali nak pergi mengerjakan umrah jadi tak ada pengalaman semua kena banyak bertanya orang.


Tapi sekarang ni orang yang nak mengerjakan umrah sangat bertuah kerana dah ada satu aplikasi yang dibangunkan khas untuk membantu memudahkan semua urusan bagi mereka yang nak mengerjakan umrah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) adalah satu yang sangat mudah segala info dan urusan hanya dihujung jari.

Aplikasi Manhajj Penyelesaian Ibadah Umrah


Aplikasi diberi nama Manhajj ini sudah boleh dimuat turun secara percuma dalam Google Play Store. Aplikasi ini berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran, kursus dan semakkan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.



Di antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community. Juga boleh muat turun gambar-gambar melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan awal jemaah umrah. Dalam aplikasi ini juga bakal jemaah boleh dapatkan kursus secara dalam talian dan juga dapat buat pendaftaran umrah dengan mudah dan cepat semua dalam satu aplikasi. 



Paling utama dalam aplikasi ini adalah bakal jemaah boleh buat pilihan untuk memilih Mutawwif yang mereka mahukan dan mengenali bakal Mutawwif yang akan membimbingkan mereka di Tanah Suci nanti. Dalam aplikasi ini juga ada satu fungsi sangat bagus iaitu dipanggil ‘Panic Button’. Di mana ia membatu sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah atau Madinah dan jemaah dapat berhubung terus dengan Mutawwif. Sebab kes paling tinggi berlaku di sana adalah kes jemaah sesat dan tidak tahu kemana nak tuju. Dengan adanya aplikasi ini ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan rasa bimbang jemaah di Tanah Suci.


Maha tahu pasal aplikasi Manhajj semasa menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif Musim Kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat pada 28 Oktober 2018. Majlis turut dihadiri dengan barisan VVIP yang memberi sokongan kepada aplikasi Manhajj ini. Majlis dirasmikan oleh Datuk Rashidi Bin Hasbullah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan  MOTAC

Ustaz Abd. Halim Bin Ikhsan CEO Manhajj Brothers Sdn. Bhd.

Datuk Rashidi Bin Hasbullah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan MOTAC


Juga turut memeriahkan majlis adalah dengan kehadiran beberapa barisan artis popular yang juga turut menjayakan racangan Manhajj Mutawwif yang disiarkan di Astro Oasis tahun lepas. Rancangan Manhajj Mutawwif ini juga adalah satu rancangan yang berunsur dakwah untuk terus komited mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. 

Program Manhajj Mutawwif Musim Kedua


Program realiti ini kini telah masuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Kalau korang pernah tonton rancangan ini musim pertama ia menampilkan konsep lawak dalam pengajaran untuk bakal jemaah umrah agar lebih memahami situasi yang real selalu dihadapi oleh jemaah baru atau yang juga telah banyak kali mengerjakan umrah.



Rancangan ini akan mula ujibakat November ini dan juga akan mula tayangan awal tahun depan. Kalau rasa diri anda ada ciri dan juga bakat untuk menjadi mutawwif yang bertauliah dan menjadikan ia sebagai satu kerjaya tetap kini masa untuk anda sertai ujibakat. Ia terbukti apabila Juara Manhajj Mutawwif musim pertama ia saudara Ahmad Syafik Samat berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.




Nantikan tayangan rancangan ini bermula tak silap 25 Januari 2019 di Astro. Satu usaha yang bagus untuk mengiktiraf mutawwif melalui program tv dan juga melalui aplikasi yang terbaru. Nanti korang muat turun ok dan juga boleh guna aplikasi ini dengan ada fungsi waktu solat dan juga arah kiblat. Maha suka sangat mudah dan dapat banyak juga ilmu dalam aplikasi ini moga ia sangat membantu.

Info lanjut layari :
Laman web : http://manhajj.com









Anda juga suka post ini...

21 ulasan:

  1. looks like it's great apps for all the muslim... nice to hv apps like this.. the prizes are super cool! banyak nya!

    BalasPadam
  2. Saya dah download Aplikasi Manhajj ni.. mmg baguslah dan sgt bermanfaat. Program realiti musim ke-2 ni pun nanti pasti juga menarik!

    BalasPadam
  3. First time tau ada apps dengan program ni. Bagi saya, bagus apps ni dapat membantu orang yang nak pergi umrah atau haji. Betul betul banyak membantu

    BalasPadam
  4. wah bagusnya program macam ni. aplikasi dia pun bagus. mak ayah suka la kalau dapat tengok program macam ni

    BalasPadam
  5. wah.. ini kali keberapa TB nampak orang share pasal aplikasi Manhaj ni.. nanti nak baca info lebih lanjut tentang ni lah..

    BalasPadam
  6. This will be super useful for those who are going for umrah, will recommend this to my colleugues.

    BalasPadam
  7. akak belum download lagi tengah baca baca awal aampai akhir entry ni...nampak menarik applikasi ni...booeh la akak war-warkan pada kkawan kawan akak

    BalasPadam
  8. makin lama makin banyak kemudahan jemaah haji dan umrah.. kalau dah ada app macam ni lebih senang, semuanya dihujung jari

    BalasPadam
  9. Wah untuk mengerjakan umrah pun dah ada app. Senang la lepas ni jemaah yang akan mengerjakan umrah sebab ada panduan mudah disisi. Btw rancangan tv tu mcm menarik je. Nak kene tengok ni.hehehe

    BalasPadam
  10. Bagus app ni... Program di tv pun bagus. Ada perasan kat tv hari tu.
    App ni Memudahkan terutama kpd mereka yg ingin pergi umrah utk cari info dan maklumat

    BalasPadam
  11. Bagus yer dah ada apps untuk memudahkan urusan umrah. Semangat nak pergi umrah camni. Thanks for sharing

    BalasPadam
  12. Bestnya aplikasi ni, memudahkan mereka yang nk buat umrah sebab ada panduan memudahkan urusan mereka. Nanti sis nak suruh kakak n abang download aplikasi ni lah sebab dengar kata diorg pun nak buat umrah nanti

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah , makin maju dunia , makin memudahkan kita juga untuk menunaikan umrah dan haji , terbaik

    BalasPadam
  14. Abg ni peserta Manhajj Mutawwif ke? Sebab ada perasan macam sama je..heheh.. dah installed apps tu..macam-macam ada..tunggu nak bayar yg premium tu je :-p

    BalasPadam
  15. App utk sembahyang ni nampak sgt senang utk kawan nak menunaikan haji, siap ada panic button skali. Nnt sy share info ni kat kawan-kawan yang memerlukan.

    BalasPadam
  16. Woww bagusnya bila ada aplikasi macam ni. sangat membantu jemaah yg nak menunaikan haji. Boleh war2kan kepada kaum keluarga ni.

    BalasPadam
  17. Baguslah sekarang semua dah blh terima sistem app yg kini meluas digunakan sbb ianya amat mudah utk pengguna

    BalasPadam
  18. Wahhhh bagusnya aplikasi manhajj mutawwif nie. Semuanya ada dlm satu aplikasi. Baguslah ia bergerak seiring dgn arus permidenan. Lepas nie ank muda boleh manfaatkan apa yg terkandung dlm splikasi nie

    BalasPadam
  19. this is a great apps for all Muslim friends. so much convenient and could help a lot of friends that planning for Haji

    BalasPadam
  20. bagus app ni..sekarang semua memudahkan pengguna kan bila ada apps. Lepas ni siapa nak mengerjakan haji boleh install..suka dengan panic button tu..takde risau lagi

    BalasPadam