Kesihatan,

Cara Sihat Dan Selamat Kurang Berat Badan Dengan ShakeITZ Selfie Drink

Isnin, September 03, 2018 Mahamahu 9 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau yang biasa dan kenal dengan Maha ni meraka tahu yang memang dari kecil sampai besar Maha mempunyai susuk tubuh yang besar atau senang kata mengakulah gemuk. Bukan tak nak kurus memang ada terfikir juga nak nampak tak gemuk sangat dan sedang-sedang jer tak nak lah kurus sangat. 


Tapi itulah sebab tuntutan dengan tugas blog ni membuatkan Maha memang tak boleh nak kawal makan. Bila pergi review mesti akan makan sepuasnya dan kalau tak makan nanti mesti orang akan tanya kenapa tak makan dan siap suruh habiskan lagi makanan jangan tinggal-tinggal tak baik. Orang kata kalau nasi tak habis nasi tu akan menangis jadi sebab kesian makan habiskan jugalah wakakakaka.


Alasan jer tapi sebenarnya memang kuat makan pun. Ada juga cuba beberapa produk untuk mengurangkan berat badan tapi Maha cuba produk yang memang selamat dan juga dijamin sihat. Sekarang ni pun Maha tengah mencuba satu produk keluaran Bmar Empire Trading iaitu satu produk minuman yang mudah untuk diambil.

Produk ShakeITZ Selfie Drink

Kalau korang nak tahu produk tu adalah ShakeITZ Selfie Drink. Ia adalah minuman tambahan yang diperkayakan dengan Gluthathione, Vitamin C dan Apple Stemcell. Minuman tambahan ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan selain membantu melancarkan pembuangan sisa toksik dalam badan. Secara langsung ia dapat menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan sihat. Minuman tambahan ini berperisa Epal Hijau dan rasanya cukup enak.


Bahan-bahan terkandung dalam minuman tambahan ini adalah ekstrak Teh Hijau, Garcinia Cambogia, biji Kopi Hijau, Vitamin E, Fenugreek dan Sucrose. Jadi gabungan semua bahan yang sihat ini menjadikan ia satu minuman yang ada macam kebaikan. Tapi bagi Maha ambil minuman ni sebab nak kurang berat badan dan juga nak kurangkan buncit kat perut ini.


Bagi Maha sendiri yang telah amalkan minuman ini baru beberapa minggu dapat rasa beberapa kesan. Bukan lah terus kurus tapi yang paling Maha rasa sekarang adalah selesa dan senang untuk membuang air besar dan kerap buang air kecil. Ini adalah cara yang terbaik nak buang toksin dalam tubuh badan secara semulajadi tak dipaksa-paksa. 


Paling bestnya kalau amalkan minuman ini setiap hari Maha masih boleh nikmati makanan yang sedap-sedap tapi tak adalah lebih-lebih. Tetap kena kawal makan dimana yang disarankan oleh seorang doktor kepada Maha cara nak ambil makanan seimbang iaitu dengan hanya satu gengam nasi putih, suku bahagian sayur-sayuran dan juga suku bahagian pinggan lagi adalah buah-buahan.




Jadi lepas ni kalau Maha pergi makan untuk review atau jemputan mana-mana jangan tanya tau kenapa makan sikit. Nak tengok juga keberkesanan minuman ini kepada diri Maha nanti korang boleh cuba. Cara Maha ambil minuman ini adalah macam biasa dimana kena sediakan 250ml air kosong atau air sejuk ikut kesukaan korang. Lepas tu ambil 1 sachet minuman ShakeITZ campur dalam minuman tersebut dan goncang dalam shaker lebih mudah dan cepat. Lepas tu teruslah minum dan Maha amalkan minum setiap selepas sarapan pagi.

Testimoni Pengguna 


Kalau Maha seorang jer yang cakap produk ni ok tak best juga apa kata kita lihat beberapa testimoni yang telah menggunakan juga produk ini.



Jadi Maha tak promote pada korang untuk membeli produk ini cuma kalau rasa nak cuba apa salahnya. Tak rugi kalau nak mencuba dan ia adalah produk semulajadi yang dihasilkan dengan teknologi terbaik. Tapi apa pun paling penting dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum apa-apa peroduk kita cuba betul tak. Bagi korang yang ingin mendapatkan produk ShakeITZ Selfie Drink, boleh hubungi BMAR Empire Trading di no hotline 018-7660532 atau juga boleh menghubungi terus melalui laman facebook atau instagram seperti di bawah.

Maklumat lanjut tentang layari :-












9 ulasan:

  1. nampak macam menarik jah produk ni

    BalasPadam
  2. yer maha kalo konsisten minum ni boleh kurus. lepas tu workout lagilah cepat. kita nak kempiskan perut jer hah.

    BalasPadam
  3. Aishhh tak leh jadik ni..sis pun nak try bershake shake le setiap pagi..mana leh maha sorg je kurus, sis pun nak kurus gak..:D

    BalasPadam
  4. bagus klau boleh detox mcm ni seblm nak kuruskan badan.. sbb nak bagi bersih sistem penghadaman..baru klau makan ubat atau suppliment akan diserah dgn baik..nak try la

    BalasPadam
  5. wah lepas nie harus bergambar dengan Maha yang slim fit......

    BalasPadam
  6. amboi maha, bagus bagus sekarang ni memang nak kene jaga kesihatan kan

    BalasPadam
  7. Sampai sekarang akak consume..memang best bila hari2 membuang dengan lancar

    BalasPadam
  8. Wah rasa epal. Sure sedap. Mudah nak detox. Boleh cuba ni.

    BalasPadam
  9. Nak try shake² la jugak..nak kurusss

    BalasPadam