Bila-bila Masa Boleh Nikmati Pak Omar Champion Nasi Lemak Di Publika

7:00 PG Maha Mahu 23 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita Nasi Lemak ini adalah juadah untuk sarapan pagi dan memang menjadi pilihan seluruh rakyat Malaysia menyukaianya. Tapi sekarang itu telah berubah kerana kesedapan dan juga kepelbagaiaan Nasi Lemak itu sendiri menjadikan ia sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. Hampir setiap masa kita akan makan Nasi Lemak sampai tengah malam pun kita masih mencari makanan paling sedap ini.


Maha tahu satu lokasi kalau korang nak nikmati Nasi Lemak terbaik di bandar KL dari pagi sampai malam. Korang boleh ker Publika Solari Dutamas kerana kat situ ada satu restoran Nasi Lemak warisan yang telah dipelajari oleh pemiliknya dari Kampung Baru Kuala Lumpur. Restoran yang Maha maksudkan adalah Pak Omar Champion Nasi Lemak. Baru jer buka tak silap Maha tapi memang sangat menarik.



Kat sini memang keutamaan mereka adalah Nasi Lemak dan semua dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi menjadikan ia begitu berlemak dan sedap. Maha cerita ni sebab Maha sendiri dah pergi makan kat sini hari tu masa mereka buat majlis pembukaan. Korang boleh ke Blok G2 level A1 tepi jalan jer restoran ini. 

Nasi Lemak Rendang Daging

Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah

Nasi Lemak Sambal Sotong

Di sini ada pelbagai jenis Nasi Lemak dan selalu popular makan dengan sambal ikan bilis, tapi kat sini korang boleh nikmati dengan sambal sotong, rendang daging dan rendang kambing, juga ada ayam goreng berempah. Nasi Lemak kat sini dimasak kukus sebab itu ia mengekalkan kesedapan nasi tersebut dan ditambah pula lauk pauk yang ada. Kalau yang saiz besar ni atau Jambo Nasi Lemak boleh makan untuk 3 ke 4 orang sekali memang banyak. 

Jambo Nasi Lemak

Kat dalam Nasi Lemak tu korang boleh nampak bahan sampingan lain iaitu seperti kangkung, ikan bilis goreng dan juga kacang, telur rebus dan timun membuatkan ia digelar sesetengah orang sebagai makanan sihat kerana ada semua zat utama dalam makanan. 

Karipap 


Style makan kat sini kita akan order kat kaunter Nasi Lemak apa yang korang dan lauk apa yang nak, nanti mereka akan sediakan dan pastu kita duduk untuk nikmati makanan tu. Selain daripada Nasi Lemak kat sini juga popular dengan Mee Siam dan Karipap gergasi. Sebab karipap tu sangat besar seketul tu boleh kenyang makan seorang hehehe. Inti dalam tu kentang bersama dengan telur rebus macam biasa tengok karipap ni kat mana yer hehehe.

Petai Sambal

Bendi Sambal
Acar 

Ikan Masin

Mee Siam mereka pun korang boleh tambah dengan pelbagai jenis sambal dan lauk pauk yang korang mahukan. Sangat layan memang sedap sebab tu orang datang makan sini setiap masa tak kira waktu. Lauk lain yang ada korang boleh pilih dan tambah seperti Petai Sambal, Bendi Sambal, Acar dan Ikan Masin


Jadi sapa yang ada plan nak makan Nasi Lemak dari pagi sampai malam boleh datang sini sebab restoran ini sentiasa buka dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Tempat juga tak adalah besar sangat dan sesuai untuk makan sambil santai-santai minum kopi atau teh kat sini dan makan Nasi Lemak. Maha dah cuba korang bila lagi. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera. 

Promosi dan pertanyaan lain layari :








Anda juga suka post ini...

23 ulasan:

  1. LeYa baru tengah sarapan Nasi Lemak jugak ni.. Hehe.. Memang nampak menarik dengan pelbagai aneka lauk dan jenis nasi lemak. Boleh lah masuk list untuk di singgah nanti

    BalasPadam
  2. Nampak sangat menyelerakan... Banyak jenis lauk pulak tu...

    BalasPadam
  3. hah skarang org mkn nasi lemak bkn time pg je...tgh hari ptg mlm..tgh mlm hahaha...wah nasilemak pak omar...meriah lauk yg gmb 1st tu..mcm2 ada

    BalasPadam
  4. Mewah gila lauk pauk dia ni maha. Dah tu banyak pilihan pulak. Karipap dia tuuuuu. Besar dan inti banyak. Berbaloi nya rasa kalau beli

    BalasPadam
  5. Ikan masin, bendi sambal, petai sambal tuuuuuu nampak mengancam....ohhhh nasi lemak pasti champion ni eh? Nak cuba la kalau kebetulan ke sana.

    BalasPadam
  6. Aduhaii maha ni...x tahan la tgk ayam goreng tu..mcm kena p cari jerkk ni

    BalasPadam
  7. semua makanan dia nampak menyelerakan memang patut la famous. airah kena pergi sini la sebab memang suka cuba makanan baru lagi2 yang famous ni

    BalasPadam
  8. Aishhhh.. Semua meni nasi lemak tuh nampak sedap. Paling suka makan nasi lemak dengan rendang. Memang terbaik. Karipap tu aduhh besarnya. Puas makan

    BalasPadam
  9. karipap tlur 1biji ke tu..dh lama xpkai.huhu..sedap tu

    BalasPadam
  10. Sedapnya nasi lemak kukus ayam berempah dengan karipap tu Favourite tu.. Lama tak makan karipap inti telur tu. Last makan masa puasa tahun lepas. Nak try la nanti

    BalasPadam
  11. Ya Allah sedapnya makanan Pak Omar Champion Nasi Lemak. My fave food pun ada . I'll survey to my friends nanti 😊

    BalasPadam
  12. sedapnya tengok nasi lemak kat sini. dekat jer dengan rumah mak so bolehlah terjah bila2 masa heheheh..yang pastinya nak makan nasi lemak best dan hidangan melayu yg lain kat sini memang direkomenkan

    BalasPadam
  13. Ya Allah petai sambal tu nampak sedap betul ye !!! Nasi lemak nie mmg sinonim mknn utk sarapan tp sbnrnya waktu lain pon sesuai utk dimakan. Nk cuba jugak nanti

    BalasPadam
  14. Nak cuba lah makan nasi lemak tengok orang viralkan kita teringin plak . Sambal petai , sambal bendi, ikan masin tu semua penambah rasa . Tak sabar nak Cuba !

    BalasPadam
  15. Bestnya! I suka Pak Omar nasi lemak! Sedap! And that rendang looks amazing!

    BalasPadam
  16. Nasi Lemak Sambal Sotong satu pls. hahaha. the food look so delicious there. I wanna cuba one day for sure.

    BalasPadam
  17. Wah memang tengah lapar petang petang hari ni, nak masak nasi lemak malas boleh terus makan di luar je

    BalasPadam
  18. Pak omar mana pulak yang jual nasi lemak ni tuan. Kalau sedap boleh lah saya makan berpinggan pinggan. Hehe. Kalau larat silakan telan

    BalasPadam
  19. Bila agaknya MM nak belanja Rawlins kat sini? Rawlins nak try semua jenis nasi lemak yang dia ada - mesti lazat kan.

    BalasPadam
  20. I've tried this once it'd super duper good!! Worth the calories eat first diet later 😂😂

    BalasPadam
  21. Pergh perghh meleleh ailio weh..nak nak bila nampai sambal petai tu. Kalau aku, aku akan gabungkan semua lauk pauk ada kat sini dengan petai tu. barulah puassssss

    BalasPadam
  22. Waahhh nampak sedap je ni hehehe.oleh jadi port baru bila datang publika lepas ni hhehehehe

    BalasPadam
  23. Liez suka giler klau nasi lemak makan dgn sayur kangkung goreng.. lebih ummphh dr makan dgn timun.. terliur tgk gambar nasi lemak tu...

    BalasPadam