Cara Nak Elak Rasa Takut Jumpa Doktor Gigi

7:00 PG Maha Mahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kenapa ramai orang dari kecil hingga kedewasa mereka terbawa-bawa kepada fobia dengan doktor gigi. Apa yang menyebabkan berlakukan kepada perkara ini adakah kerana takut sakit atau memang tidak suka pada doktor gigi sebab mereka garang.


Jadi beberapa perkara yang boleh diambil sebagai tindakan untuk anda menjadi orang berani untuk bertemu dengan doktor gigi. Ia bukan yang tertulis dalam buku tapi daripada pengalaman dan juga pendapat beberapa orang yang memang pakar dalam mengatasi masalah fobia bertemu doktor gigi. Ada orang mungkin tidak tahan kepada bau ubat dan juga suasana klinik gigi.


Pertama 


Korang kena kenal dengan doktor gigi yang nak merawat korang. Itu adalah salah satu perkara yang sesetengah doktor sendiri tak ambil peduli tentang itu. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta' kan tapi ini bukan untuk bercinta tapi untuk korang jadi lebih rapat dan mesra dengan doktor gigi dan korang akan kurang rasa takut. Jadi kenali doktor gigi korang, ala bermula dengan berbual secara dalam talian macam bertanya soalan kat Facebook nanti kita akan lebih mesra.



Kedua 


Kemudian korang kena ingat bahawa yang gigi adalah antara bahagian badan yang penting untuk dijaga. Sakit gigi adalah antara sakit yang sangat-sangat tidak dapat ditahan dan memang kalau dah sakit makan ubat tahan sakit pun tak boleh hilang kena jumpa doktor juga betulkan. Jadi kena tanam dalam diri bahawa gigi kena jaga selalu dengan dapat rawatan sekurangnya 6 bulan sekali.


Ketiga


Seterusnya apa yang boleh kilinik gigi buat adalah dengan sebolehnya mengurangkan rasa takut melihat keadaan kilinik gigi. Biar suasana dalam kilinik itu lebih kepada santai dan juga seperti berada dirumah sendiri. Jadi bila kita tengok macam itu kita sendiri tak takut untuk pergi klinik gigikan. Maha pernah pergi satu klinik gigi yang seperti macam dalam hotel 5 bintang suasananya sangat senang dan selesa.

Klinik Pergigian Dr Qaseh 



Macam mana dengan beberapa tips yang Maha kongsikan ini dapat membuat korang rasa kurang takut nak pergi klinik gigi tak. Mungkin korang tanya kat mana klinik gigi yang ada menyediakan semua ini. Jawapan Maha mudah jer korang boleh datang sendiri ke Qaseh Dental yang terletak kat Seksyen 8 Bandar Baru Bangi

Doktor Norhuda Daud a.k.a Dr Qaseh

Maha sendiri pergi klinik ini sebab nak dapatkan rawatan dan seronok sebab sebelum pergi Maha dah berkenalan dengan Dr Qaseh ini secara dalam alam maya. Nama doktor ini sebenarnya adalah Doktor Norhuda Daud tapi ramai oran kenali beliau dengan nama Dr Qaseh kerana nama klinik gigi milik beliau. Setiap minggu Dr Qaseh akan buat sesi perkongsian secara langsung dalam Facebook dan kat situ boleh kita bertanya soalan yang menjadi kemuskilan. 


Maha pun suka sebab doktor ini tidak loket untuk berkongsi pendapat dan juga nasihat dalam dunia pergigian kat alam maya. Dari situ Maha rasa yakin dan lebih seronok untuk bertemu dengan Dr Qaseh ini. Korang pun boleh add beliau dekat Facebook DR QASEH ok.


Lepas tu, masa Maha pergi kat klinik gigi tu sendiri memang rasa seronok sebab tak rasa seperti dalam klinik gigi sangat dengan suasan yang lebih santai dan relax. Semasa sampai kat klinik korang jangan risau doktor akan beri satu sesi suai kenal atau brand storming secara percuma untuk ketahui masalah sebelum rawatan diberi. Jadi kat situ Maha dah rasa sangat seronok dan selesa kat klinik gigi ini. Selain itu, doktornya orang yang cantik dan berpewatakan menarik hehehe jangan jelous.



Banyak rawatan yang ditawarkan kat klinik ini bukan sahaja rawatan pemutihan gigi dan pembersihan gigi, bahkan pelbagai rawatan estetik pergigian yang lain seperti pemasangan braces, tampalan gigi hadapan sewarna dan juga crown and bridge (gigi sarung). Kat sini kita tak perlu risau untuk semua rawatan yang diberikan kerana Dr Qaseh ini adalah seorang doktor terlatih yang mendapat pendidikan di UKM dalam bidang Doctor of Dental Surgery (DDS).


Kat sini juga Dr Qaseh mengamalkan konsep terapi muzik dimana setiap pesakit yang takut dan gerun mendengar bunyi mesin rawatan gigi akan diberikan headphone untuk memainkan lagu kegemaran mereka. Jadi semasa rawatan ia akan mengurangkan tekanan kepada pesakit dan memberi emosi lebih relax dengan mendengar muzik atau apa sahaja bahan bunyian yang pesakit gemari. Klinik ni buka setiap hari termasuk cuti kelepasan am tapi kena buat temujanji dulu ok. Malah, pada setiap Rabu korang boleh melakukan pemeriksaan gigi secara percuma. 


Maha dah jadikan Qaseh Dental ini sebagai klinik gigi tetap untuk dapatkan rawatan sebab bukan sahaja service yang terbaik tapi harga juga kompetitif. Ini adalah sedikit perkongsian pengalaman Maha jumpa doktor gigi tapi nasib Maha ni jenis orang yang tak takut nak jumpa doktor gigi. Tengok gigi lah sebab tu cantik wakakaka perasan. Jadi mulakan langkah untuk menjaga gigi kerana ia adalah aset yang berhaga pada wajah sebab tu orang gigi cantik senyum pun menawankan. Korang juga boleh mencuba ok.

Berhubung dengan Dr Qaseh lebih mudah di sini :
Tel : 03-89127609 / 013-9927609
Alamat : Qaseh Dental 
               No 21 GF Seri Bangi, Jalan 8/35, 
               Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor 






Anda juga suka post ini...

15 ulasan:

  1. Alamak bangi la plak, klu dekat nak gak merasa perkhidmatan klinik ni.

    BalasPadam
  2. Alaaaaa...apesal jauh sangat klinik dia...kalau dekat sekarang gak akak pi dapatkan rawatan

    BalasPadam
  3. Macam baru bukak je ni kalau tengok kat Seri Bangi tu. Yayyyy banyak pilihan Dr gigi ni. Kalau dr gigi macam ni tak takut la Maha nak gi Dr gigi. Hehe...Lawa pulak tu.

    BalasPadam
  4. Pernah takot jumpa dentist. Now da tua, suka jumpa dentist. Bersih kan gigi. Rasa ringan aje senyuman.
    Bila da nak mendekati 40 thn ni, lebih la nak kena jaga gigi, Maha. Kalsium badan da kurang. Cegah sebelum rongak hi hi hi...

    BalasPadam
  5. Alamak. Syira masa sekolah dulu takut jugak. Sebab penah kena cabut gigi. Hehehe maybe sebab sakit kena bius. Bila dah dewasa ni kena banyak ambik kalsium la kan

    BalasPadam
  6. Dah tua tua ni rasa ngeri tetap ada.... Lagi2 bila buat scaling..

    BalasPadam
  7. wah, best yer siap ada muzik terapi la buat dental services kat sini. next time nak try beranikan diri datang cek gigi kat sini la

    BalasPadam
  8. Sis sekarang kalau nak buat apa2 kat gigi..sis ke hospital/klinik gigi kerajaan je..kisahnya murah gila..hehehe

    BalasPadam
  9. Memang tak boleh elak rasa takut tu. Gigi ni ngilu saja jumpa dengan doktor gigi. Ketakutan secara naluri agaknya. Hehe

    BalasPadam
  10. Selalu kalau Mama nak bawa anak anak pergi jumpa dentist, akan beri mereka lihat episod upin ipin gigi susu dulu

    BalasPadam
  11. Saya kerap juga jumpa doktor gigi untuk jaga kesihatan mulut dan gigi. Nak pakai lama kena selalu maintain

    BalasPadam
  12. bagus la kalau servis macam ni. yang guna terapi muzik tu memang bagus. boleh kurangkan rasa taku pada suasana dan bunyi yang menyeramkan. hehe

    BalasPadam
  13. I really scared to go to the dentist but I know we need to jaga jaga our gigi thanks for the great tips.

    BalasPadam
  14. Saya suka pi dentist utk cuci gigi..teringin nak putihkan gigi..makin tua makin kuning plak gigi..tpi harga dia boleh tahan

    BalasPadam
  15. Ini baru betul, kalau ada isu dengan gigi, jumpa pada orang yang memang betul pakar

    BalasPadam