Orang Ketiga Hanya RM22 Nett Untuk Seafood Sensation Di Renaissance Kuala Lumpur

7:00 PG Maha Mahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Khas untuk mereka yang memang kaki makanan laut ini adalah rezeki korang. Makan bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan di TEMPTationS Renaissance KL untuk bufet makan malam yang menyeronokkan sambil menikmati makanan laut utama yang enak. Promosi untuk bufet makan malam ini hanya pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu dengan harga RM111 nett setiap orang dan separuh harga untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun.



Makan malam dengan konsep 'Seafood Sensation' korang dapat bersenang-senang dalam pemilihan makanan laut yang sejuk seperti Chilean Black Mussels, Fresh Tiger Prawn, Slipper Lobster, Clams, half-shelled Scallop, Bamboo Clams dan freshly shucked Oysters yang baru dibuka dan dinikmati dengan cuka bawang merah, sos koktail, blemon, tabasco horseradish dan sos sriracha.






Selain itu juga korang kena cuba bahagian Live Action Station disediakan oleh Chef Exclutive Supi Mansor dan pasukannya melengkapkan pelbagai hidangan makanan laut yang lazat yang disediakan secara berputar. Di antaranya ialah Florentine, Bake Dory with Bechamel sauce, Mozzarella Cheese dan Caper-butter Sauce, Butter Prawn, Steamed Barramundi in light soya sauce, baked whole salmon dalam kerak garam batu dengan saus lemon-butter, kari kepala ikan dan banyak lagi.




Selain daripada makanan laut utama, pengunjung boleh menikmati sajian istimewa masakan yang menjangkau dari Timur ke Barat. Nikmati keseronokan sajian Jepun seperti sushi dan sashimi, Chinese hot-off-the wok stir-fry dan pelbagai pasta dengan sos Itali tradisional untuk mempelbagaikan lagi makan malam korang.





Ingat untuk makanan penutup mempunyai pelbagai pencuci mulut dari kek berwarna-warni dan lazat, puding, aikrim dengan bumbu dan roti kegemaran dan puding mentega sepanjang masa dengan sos vanila.





Mesti korang tanya mana harga yang RM22 nett tu kan. Renaissance Kuala Lumpur bulan ini meraikan ulang tahun mereka yang ke 22 di Malaysia. Jadi dengan setiap pembelian baucer makan malam untuk dua orang dan orang ketiga akan dapat harga RM22 nett sahaja. Promos ini sah hingga 18 Julai 2018 sahaja tau jadi booking sekarang juga. 

Promosi lain yang sedang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpur sehingga 31 Julai 2018
1) Dim Sum Bonanza - RM36.80 nett
2) Signature Peking Duck - RM96.00 nett
3) Hot Pot To Share - RM65.00 nett
4) Kid's Extravaganza - Kanak-kanak bawah 12tahun percuma

Sebarang tempahan dan pertanyaan tentang promosi boleh hubungi :-
Tel : 03-2771 6692
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com







Anda juga suka post ini...

15 ulasan:

  1. Gambar semua close up betul. Terliur saya di pagi hari camni. Seafood buffet dia nampak fresh betul. Harga pun best.

    BalasPadam
  2. Dia punya seafood nampak fresh betul. Besar-besar pulak tu. Puas hati weh kalau makan dekat sini.

    Maha, layout blog ni memang buat untuk mobile ke? Sebab bile saya bukak through pc, still layout nampak untuk mobile

    BalasPadam
  3. Sampai hati tau...goda akak ngan seafood ni semua..now dah craving...agak2 la maha..tau la always bengang ngan akak..jangan la balas sampai macam ni...kejammmmmm

    BalasPadam
  4. Ampunnnn dh la liez peminat seafood.. ini memang menduga.. tgk ketam dan udang tu mmg menggoda je..harga pun not bad

    BalasPadam
  5. aduh...kenapa tengok mkanan ni mlam2..sedapnya..semuanya seafood..semua fresh-fresh oulak tu...rasa nak ambik je makanan tu..macam ada depan mata..hahhaa..telan air liur jela

    BalasPadam
  6. Wah, telan airliur baca entry ni. Nak dapat tiram, kupang semua tu memang susah. Siapa yang nak beli baucer? Saya nak join under orang ketiga please :D

    BalasPadam
  7. nampak macam variasi seafood yg menyelerakan lah!makan ramai ramai baru lebih untung ni kan..

    BalasPadam
  8. Wahhhh terlioq sis tgok..cam mana tu..tgok gambar dah terlioq? Ummm nampak gaya kena cuba gak ni..dah lah seafood fav sis

    BalasPadam
  9. Wah Mahamamhu. Sedapnya dimsum tu. Kenapa Mahamamhu tak pernah nak ajak Rawlins pergi makan kat tempat yang best begini? Please ajak next time.

    BalasPadam
  10. Wow, the seafood galore looks so tempting . I am attract by the yumillicious food. Price a bit expensive but the third person get to enjoy great deal.

    BalasPadam
  11. Allahu. AS dah lah peminat tegar seafoods. Alahai jam ini juga AS nak pergi fresh market beli udang besar nak buat "udang panjat lidi" macam tu jugak ahaks.

    BalasPadam
  12. Kalau datang makan beranai2 kat sini untungnya!! Semua makanan nampak sedap dan menarik. Teringin nak menjamunkat sini esp lauk udang tu huhu

    BalasPadam
  13. Baru tengok gambar dah sedap belum rasa lagi

    BalasPadam
  14. Lapar pulak lepas baca entry ni, teringin nak makan mee kari tiger prawns hahaha. Best kan this promo the 3rd person only pay RM22 jer.

    BalasPadam