Makan Brunch Dim Sum Seperti Dalam Istana Cina Dengan Harga RM48 Sahaja

7:00 PG Maha Mahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana lokasi untuk makan Dim Sum yang murah tapi mewah. Itu selalu bermain difikiran korang bukan jadi kali ni Maha nak bawa koran kepada satu restoran makanan Cina yang sedap dan dalam suasana mewah seperti istana tapi harga sangat berpatutan. Ini lah dia Restoran Mandarin Palace yang terletak di tingkat 2 The Federal International Hotel Kuala Lumpur.



Sebelum ni Maha ada cerita tentang bufet masakan Australia yang banyak pilihan kat hotel ini kali ini pula kita cuna makan Dim Sum dan pelbagai jenis makanan cina. Restoran ini juga pernah diisenaraikan sebagai salah satu Restoran Paling Cantik di Malaysia dalam Majalah Flavors keluaran Mei-Jun 2007 Edisi Malaysia.



First masuk restoran ini memang rasa sepeti dalam istana Cina zaman duhulu kala yang mempunyai suasana maya yang sangat etnik dari hiasan ukiran kayu yang menarik seperti ukiran naga, burung phoenix, burung, bunga teratai, dewa-dewi dan karakter yang menggambarkan kisah dongeng dan legenda klasik yang kaya dari negara cina. Maha kagum juga masuk sini sangat luas dan selesa untuk makan kerana kemas.






Restoran Mandarin Palace menawarkan menu menarik dari masakan Kantonis ke Hunan dan masakan Szechuan sambil menerapkan kemesraan rakyat Malaysia. Paling best adalah koleksi Dim Sum kat sini semua panas-panas di kukus seperti Shrimp dumpling, Teochew dumpling, Xiao long bao, Shaomai dan banyak lagi pilihan. Ada inti kacang merah, ada inti ubi teratai, ada inti telur asin dan juga ada yang inti ayam sedap-sedap semua.









Tu baru pilihan Dim Sum dah  banyak kemudian ada juga bufet makanan berat seperti octopus, udang, ayam, kaki ayam pun ada, sayur kailan dan banyak lagi nama sebenar Maha tak berapa tahu. Kalau korang yang biasa makan masakan cina ni memang tahu semua hidangan yang ada kat sini. Kalau nak makan seperti chicken roasters dan juga itik roasters, serta sup rempah ratus cina pun ada kat sini semua rasa original masakan cina memang menarik.








Paling best harga untuk semua yang korang nak makan ini hanya RM48.00 nett untuk dewasa, manakala RM36.00 nett warga emas dan juga RM18.00 nett untuk kanak-kanak. Bufet ini hanya promosi untuk hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad dari pukul 10.30pagi hingga 2.30petang. So  sapa yang nak cuba boleh datang sini Maha memang cadangkan sangat berbaloi dan murah.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 603-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my






Anda juga suka post ini...

19 ulasan:

  1. Lamanya rasa LeYa tak makan Dim Sum... Errmmmmm...terliur pulak tengok hidangan yang disediakan ni... Okay lah...nak pergi booking laa... Hehehe...

    BalasPadam
  2. Sukanya masakan cina. Dim Sum ni selalu makan kat Mohd Chan ajer. Memang sangat suka. Nanti boleh cuba makan kat sini pulak.

    BalasPadam
  3. Ermmmmmmm....sedapnya dim sum kat mandarin palace ni....mmg puas hati

    BalasPadam
  4. Kejamnya entry ni. Dah lah tak keluar lunch. Berkeroncong perut dibuatnya bila tengok gambar ni. Sedap tu Dim Sum. Memang feveret. Dah lama tak makan.

    BalasPadam
  5. DimSum is my favourite. Dah la gambar you ni memikat hati saya. Kecur air liur tengok variety dim sum collections . Haihhh... lain kali invite la saya.

    BalasPadam
  6. Murah jugak harga tu kalau nak compare dengan kuantiti makanan yang kite boleh makan dekat buffet tu. Harga tu include sekali dengan makanan selain dim sum tu kan?

    BalasPadam
  7. kita suka sangat makan dimsum...bolehla cuba makan dekat sini nanti...harga pun berpatutan
    sangat

    BalasPadam
  8. Tak pernah rasa dimsum lagi..nampak sedap je orang makan..nanati nak try la..melelh tengok entry ni..dekorasi semua macam dekat china je..hehehe

    BalasPadam
  9. murah nya.. banyak dim sum untuk dipilih.. dan... environmentnya sungguh bagus sekali.. yummy!

    BalasPadam
  10. Apa ni apa ni pasal makan. Geram betul. Syira dah la kaki makan dim sum. Banyaknya yg sedap!

    BalasPadam
  11. Peberet akak dimsum ni..sygnya terpaksa decline hari tu..semua nampak sedap tu ha..ngan udang la..haih..kenapa la tgok masa time2 ni

    BalasPadam
  12. OMG I hate the way you take photo of the food. Always leave me so hungryyy... mouth atering dimsum so yummyyy

    BalasPadam
  13. Salam petang dari Mama Hakim. Singgah bertamu blog tuan. Dim sum sedap makan panas

    BalasPadam
  14. Ada dim sum yang sedap, Ibu pilih inti. Kalau dah sejuk pun kurang sedap

    BalasPadam
  15. Eh eh memang murahlah. Favourite Mimi dim sum. Memang sedap makan. Kalau ada dim sum depan mata tak pandang lain dah

    BalasPadam
  16. menyesal x follow haritu. tapi apakan daya kena pergi kelas. nampak makanan dia memang mengancam betol

    BalasPadam
  17. telan ailio aku pagi pagi tengok Dimsum ni..dahla feveret..RM48 tu memang berbaloi kalau ini aku dapat!

    BalasPadam
  18. Memang best menu brunch di mandarin oriental nie. Pernah cuba tahun lepas. Ya Allah sedap sangat. Boleh lah repeat lagi akan datang nie. Harga pon berpatutan

    BalasPadam
  19. Aduhai terlur yer tengok dimsum ni...lama tak makan. Nanti nak ajak family datang sini la makan dimsum, nampak sedap sangat. wajib try ni

    BalasPadam