KLCC,

Terserempak Korean Food Fair Di ISETAN Suria KLCC Macam-macam Produk Makanan Ada

Khamis, Mei 10, 2018 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pecinta makanan dan juga pengikut blog makan Mahamahu serta rakan-rakan sekalian. 'Annyeonghaseyo' mesti ramai tahu apa maksudnya tambah-tambah mereka yang memang kaki filem dan drama Korean kat Malaysia. Tapi dulu kalau nak cari makanan Korea kat Malaysia susah sebab nak kena tunggu ada orang nak terbang sana pastu baru boleh pesan kat mereka.


Tapi sekarang ni tak perlu susah lagi kerana ISetan Suria KLCC dengan kerjasama KMT membawakan kepada korang makanan popular Korea. Bertempat kat bahagian Foodmarket ISetan Suria KLCC tengah berlangsung sekarang ni Korean Food Fair selama 13 hari, bermula dari 4 Mei yang lalu hingga 16 Mei 2018 ni.




Maha tahu ni sebab hari tu pergi convention center kat sana ada event lepas tu jalan-jalan dalam Suria KLCC dan masuk ISetan tu. Niat nak cari buah-buahan untuk beli bawa balik rumah sekali tengok ada banner besar kat pintu masuk meraka Korean Food Fair ni. Walaupun Maha bukanlah pecinta drama Korea atau lagu-lagu mereka sangat tapi bila tengok makanan mereka rasa teruja nak cuba.



Kalau kat Malaysia ni yang paling popular dan paling ramai orang sekarang buat video makan adalah mee Samyang Ramen mereka. Memang ramai orang suka sebab kata mereka sangat pedas dan berapi bila makan. Sebab tu Maha tak makan kerana tak tahan pedas. Tapi rupanya bukan setakat Samyang Ramen sahaja ada kat sini banyak lagi produk mee mereka yang sedap-sedap dan pelbagai rasa.




Jangan risau kebanyakan produk dari Korea ini telah mendapat pengesahan Halal daripada Korean Muslim Federation Halal Committee yang diiktiraf oleh JAKIM di Malaysia ni. Jadi kalau korang nak beli produk makanan kat sini tengok pada bungkusan ada tertera logo Halal tersebut. 




Selain itu juga ada makanan popular yang orang Malaysia sukai seperti Pepero, Banana Flavored Milk Drink, Kimchi dan banyak lagi. Ingat nak beli semua produk tu sebab tengah murah sangat sementara promosi pesta makanan ni. Tapi duit lak tengah tak berapa ada so beli yang mana nak makan jer. 



Kebetulan datang hari minggu mereka ada buat persembahan seperti Korean Traditional Drum, K-pop Dance serta persembahan Mascot. Cuma hari minggu memang ramai orang lah penuh sesak kat situ so plan masa korang semasa tengah ada lagi promosi ini. 




Korang pun akan rambang mata kalau datang sini tengok semua jenis makanan dan produk yang kadang-kadang kita sendiri tak pernah rasa. Tunggu apa lagi sementara masih tengah berlangsung ni datang lah kat KLCC ni dan dapatkan produk kegemaran korang. Selamat membeli semua.

Info Korean Food Fair :-
Tarikh : 4 Mei - 16 Mei 2018
Waktu : 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi : Foodmarket ISETAN Suria KLCC








18 ulasan:

  1. Wow, Isetan brings in a lot of Korean food. One of my favourite is Ramyung noodles and pepperoni. Last time when I in , I shop like crazy now I can get it in Isetan .

    BalasPadam
  2. Wah tapi jauhnya sis nak ke sana. Dulu selalu ada and nampak dekat IOI. Xpasti dab xde ke pe. Sampai 16 erk. Sapa yang memang minat sangat ni mesti serbu. TQ for this info. Boleh di fikirkan lagi kalau nak ke sana.

    BalasPadam
  3. Susu pisang tu pernah la rasa masa adik travel ke Korea. Bila dia tanya nak beli apa? Akak cakap susu pisang je la. Hehe. Kimchi tu tak pernah rasa lagi. Tak tau sedap ke idak. Peminat barangan/makanan korea apa lagi? Boleh serbu Isetan Suria KLCC.

    BalasPadam
  4. bestnyaaaa...Sis ada kat Seremban plak..kalau kat KL sure sis pergi ni..tapi sempat kot ni sebab sampai 16 Mei kan..dapat beli stok ramen cukup la..

    BalasPadam
  5. Sempat kaget dan senyum baca nama foodmarketnya tuh yang di KLCC. Unik dan mengundang tanya hehee.... byw Abbynpun sangat suka sama.produk ini Samyang Ramen tak perlu jauh jauh ke Korea.buat nikmati ini sebab sudah banyak tempat makan penyedia Samyang Ramen

    BalasPadam
  6. Banyaknya makanan korea yang ada.kalau adik saya nih mau meroyan dia sebab dia memang peminat makanan korea nih. Maha shopping tak? Saya tak oernah rasa makanan korea nih. Ramen tuh teringin nak makan tapi tak terbeli pula.

    BalasPadam
  7. Heyy, macam-macam makanan korea ada..boleh pergi ni..kot ada makanan yang belum rasa, boleh rasa. Samyang cheese mwsti ada gak kan..haishh,memang mengundang jiwa ni..susu pisang tu nak cuba rasa la..ramai org kata sedap..ada halal, okla kan..boleh serbu

    BalasPadam
  8. Oooh yeah! Banyaknya korean food 😱😱 best ni. Lambat lagi habis, macam sempat je nak pujuk suami pi. Hihi

    BalasPadam
  9. Awww. Sukanya fair macam ni, paling lagi suka sebab banyak makanan Halal. Takde lah tengok aje kan. Nanti nak cuba Banana Flavored Milk Drink tu, macam best je.

    BalasPadam
  10. Wah ni memang kena terjah ni. Ana suka juga makanan segera korea macam samyeang ni semua. Paling favorite banana uyu tu. Sedap sangat. Topokki pun ada. Aish memang nak kena set masa ke sana before puasa ni.

    BalasPadam
  11. Xsempat lg liez nak pergi sana..nak jugak cr makanan korea yg digilai sgt tu.. tgk pun mcm byk je jenis dr korea kan... even dpt suus pisang pun ok dh hihihi

    BalasPadam
  12. kalau akkmasuk korean food ni mmg boleh ingatan sekejap hahahaha. selain daripada ada pelbagai pilihan makanan yang best..harga yang ditawarkan juga sangta berpatutan

    BalasPadam
  13. Wowww depa buat dekat isetan KLCC tue.. Just nak tanya.. Harga lebih kurang ke atau lebih mahal berbanding dengan korean food fair di tempat lain? Lama tak pergi korean food fair nie

    BalasPadam
  14. Uisshh.. Baca2 je ingat isetan apa..huhu.. Mujurlah tak terkejut.. Hahhaa..gila banyak lah weii makanan korea ni.. Dh la hantu mknn korea... Kalau wawa dtg sini mau juling mata tgk yg tersedia dlm food fair ni..

    BalasPadam
  15. Fuhhhhhhhh! Sorga makanan bagi yang minat dengan makanan Korea. Onie cuma curious sikit, macamana la rasa kimchi tu kan.. Ramai nauuuu yang kata sedap.. Takley bayang macamana rasa dia...dah la bahan dia kobis...huwarrr...Pastu susu pisang, Allahurabbi..Kesukaan ramai tu...Bagus juga ada fair korean food ni..Bahagia depa yg minat makanan korea.hee

    BalasPadam
  16. Ruby dah pergi dah! Memang best. Semua yang ruby nak, ada di jual. Susu Pisang tu paling ruby suka. Kemudian kalau nak makan masakan panas Korea boleh makan di Oiso tu Madi. Sedap sungguh makan panas-panas. Hehehe

    BalasPadam
  17. Bestnya makanan Korean.. Authentic Korean food ni, kalau kimchi dia pun sedap. Tapi yang selalunya jual kat Food Court memang tak rasa lah authenticity nya. Nak pergi Korean Food Fair ni kelmarin lepas tu hari hujan and problem takde transport. Ahh terpaksa cancel dan sekarang takde masa sesuai pulak nak kesana. Huhu

    BalasPadam
  18. Wah kita pun peminat Korean Food. Bestnya Korean Food Fair semuanya jenis makanan ada. Pepero, Banana Milk, semuanya sedap dan favorite tuh. Bila lagi nak merasa kan bila Food Fair je dapat tengok semua jenis makanan.

    BalasPadam