Baju Kurung,

Jakel One Stop Center Pelbagai Pilihan Untuk Persiapan Raya Anda

Khamis, Mei 24, 2018 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ketiganya Maha tahun ini shopping beli belah pakaian dan persiapan untuk raya di Jakel Mall Shah Alam. Bukan apa sebab kat sini jer senang nak cari pakaian yang dah siap dengan pelbagai rekaan terkini serta menarik. 


Baru-baru ni pula Jakel Mall Shah Alam telah mengadakan majlis Sembang Santai Jakel Barulah Raya bersama barisan duta mereka yang setiap tahun tampil dengan koleksi terbaru. Kali ini barisan duta yang hadir pada majlis tersebut adalah seperti Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya & Lara Alana, Hanis Zalika, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar, Harith Iskander dan juga watak kartun kesukaan ramai Upin dan Ipin.



Meriah gila majlis tu sebab semua duta turut memperagakan koleksi baru keluaran Jakel untuk raya tahun 2018 ni. Mereka bukan sahaja bersama peminat dan pembeli malah turut mengadakan aktiviti lelongan Happy Hour untuk pembeli yang datang pada hari tersebut. Jadi makin ramai dan berebutlah orang ramai nak dapatkan pakaian terkini pada harga murah. Selain tu juga Jakel buat sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.




Hari tu juga dengar cite 100 orang terawal boleh dapat baju melayu secara percuma. Kat Jakel ni Maha suka beli sebeb mereka bukan sahaja harga untuk pakaian malah juga terdapat aksesori lain yang diberi percuma seperti kain samping benang dan juga butang baju melayu. Jadi tak perlu nak beli banyak tempat semua pada satu harga jer.

Koleksi Baju Melayu Jakel


Macam setiap tahun duta-duta mereka yang ada akan datang dengan koleksi baju melayu yang lain daripada lain. Kalau korang perasanlah Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dengan memberi kekemasan pada leher, poket dan keselesaan. Koleksi ini juga datang dengan pelbagai warna dan tahun ni warna yang bakal menjadi pilihan adalah warna hijau burung merak atau dikenali dengan warna Teal Green.


Koleksi kesukaan ramai iaitu Baju Melayu Nabil Ahmad yang lebih menekankan konsep moden kontemporari dengan potongan slim-fit. Ramai orang muda sekarang ni suka pada konsep ini jadi koleksi ini sangat sesuai untuk mereka. Koleksi ini juga ada pelbagai jenis warna yang korang nak tapi paling menarik ada wanr Maroon atau warna merah hati.


Ada lagi koleksi khas Baju Melayu Awal Ashaari pula. Yang unik koleksi baju melayu ini ia tiadak pesak pada sisi baju melayu dan nampak lebih kemas tidak menggelebeh. Sebab itu kalau tengok orang yang menggayakan koleksi ini tampak segak dan sasa sikit. Warna yang menjadi pilihan dalam koleksi Awal Ashaari adalah Navy Blue.


Ini pula sangat sesuai untuk pakaian orang saiz macam Maha yang plus saiz. Koleksi Baju Melayu Harith Iskander membantu untuk orang bersiaz comel ni mencari pakaian yang sudah siap dan padan. Kalau selalu orang yang siaz macam ni kena tempah khas untuk dapatkan baju tapi sekarang kat Jakel pun dah ada. Warna yang menjadi pilihan ramai adalah warna Yellow Buttercup.


Kalau yang nak pelbagaikan koleksi baju di hari raya mereka boleh dapatkan juga koleksi baju kurta. Duta untuk pakaian ini adalah Hairul Azreen yang sangat trending mengikut perkembangan masa. Baju kurta ini daripada kain cotton jadi ia lebih sejuk dan juga sesuai untuk semua lelaki. 

Baju Kurung Jakel


Bukan sahaja baju untuk lelaki tapi Maha tengok kali ini mereka ada koleksi special mestinya untuk kaum wanita iaitu baju kurung. Daripada label Baju Kurung Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden menekankan kepada wanita yang nak tampil muda dan fresh di pagi raya. Ramailah gadis-gadi muda kat luar sana yang akan cantik hari raya ni dengan baju kurung Jakel.


Baju Kurung Hanis Zalikha juga ramai orang cari sekarang kerana orang tahu yang Hanis ni tinggi dan ramping jadi memang ramai orang perempuan nak jadi seperti ikon influence ini. Baju kurung ini menampilkan konsep elegan, versatail dan classy menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Sebab tu kalau tengok Hanis pakai apa sahaja baju semua nampak cantikkan.


Koleksi Baju Kurung Scha Alyahya sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. Apa yang Maha lihat bila Scha pakai memang sesuai untuk ibu muda yang berkerjaya dan tetap nak bergaya serta menarik di Hari Raya. Koleksi ini diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian beaded dan lace.

Koleksi Baju Kanak-kanak


Tahun ini bagi menarik minat dan juga citarasa kanak-kanak duta mereka iaitu Upin dan Ipin masih dikekalkan. Koleksi baju melayu ini lebih moden untuk anak kecil kerana mereka juga nak bergaya pagi raya dan mereka paling seronok pergi beraya. Jadi keselesaan dan juga kemudahan untuk memakai sangat dititik beratkan dalam koleksi ini. 


Kalau kanak-kanak nak lebih tampil kasual dan simple koleksi kurta Yusuf Iskandar sangat sesuai. Bermotifkan potongan leher "round neck" dab juga berkolar mudah untuk kanak-kanak aktif seperti Yusuf di hari raya. Ibu bapa tak perlu susah nak cari kerana semua koleksi datang dengan warna yang sedondon dengan ibu bapa serta anak.


Tak dilupakan juga pakaian untuk kanak-kanak wanita dengan koleksi si kecil Lara Alana. Baju kurung untuk kanak-kanak perempuan ini memang comel bila digayakan dengan menggunakan fabrik lembut dan padan dengan keselesaan kanak-kanak perempuan. Rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor anak perempuan. 

Pembayaran Melalui Aplikasi Boost


Kalau sebelum ini kita nak beli kat Jakel kena bawa cash yang banyak dalam dompet atau beg tangan. Almaklumlah nak beli banyak baju sekali shopping bawah satu bumbung. Jadi kali ini Jakel tampil dengan aplikasi Boost yang boleh membuat pembelian menggunakan telefon pintar sahaja. So tak perlu nak tunjuk duit banyak beli kat Jakel semua cashless jer dan sangat mudah.



Jadi tunggu apa lagi korang yang masih tak ada baju raya atau masih fikir kat mana nak beli semua ini dalam satu tempat hanya datang jer ke Jakel Mall dan segalanya ada di sana mudah, cantik dan murah. Maha dan dapatkan 2 lagi baju untuk raya tahun ni hehehe jangan marah yer. Selamat membeli belah semua.





12 ulasan:

  1. Suka dengan baju keluaran jakel. sebab rekaannya semua cantik2..paling best kita boleh dapatkan untuk satu famili..sennag nak cari rekaan dan warna yang sama di sini

    BalasPadam
  2. Comelnya yusuf iskandar. Emi sebelum puasa haritu lagi dah pi jakel ni, teman kawan beli baju. Tp emi tak beli kat jakel pun tahun ni sebab awal2 dah beli baju raya online, hehe.

    BalasPadam
  3. Amboi. Untunglah bawa kamera yang mantap - pictures semua menarik dan sharp. Nak kena beli la sebiji kamera semacam uols

    BalasPadam
  4. waa bestnyaa tak sabar nak tengok semua pilihan koleksi yang ada! Tahun lepas ada jugak beli di Jakel koleksi Scha, Aaron & Upin Ipin hehe..Untuk tahun ni tengok mcm bertambah lagi pilihan kan yeayy tak sabar nak shopping 😁

    BalasPadam
  5. Banyaknya pilihan.baju melayu Jakel ni. Ada slim fit, ada potongan Aaron. Yg hubby pernah beli potongan Aaron. Selesa sangat.

    BalasPadam
  6. untung la dpt pi jakel, dpt jumpa artis..Memang every year jakel buat potingan harga macam ni kan...SA x pernah beli baju raya Jakel lagi...hahhaha...tp kain dari jakel selalu beli...tempah je terus..

    BalasPadam
  7. Memang banyak pilihan kat Jakel ni kan..memang rambang mata sebab semua cantik dan menarik sangat

    BalasPadam
  8. Every year Jakel xpernah x best tau. Setiap koleksi baju yang dijual cantik cantik belaka. Saya kalau masuk Jakel rambang mata dibuatnya tak tahu nak pilih yang mana satu

    BalasPadam
  9. Jiaahh... ada Upin Ipin, abby suka ma dua karton tuh. Oh ya.. Jaket Mall selalu Abby ke sana tiap kali melancong ke Kuala Lumpur. Ini tempat Abby suka buat nongkrong plus beli oleh2 khas baju Melayu.

    BalasPadam
  10. Mmg banyak betul pilihan baju raya jake pada tahun ini kan Maha. Saiz pulak dari sekecil2 alam sehingga ke besar2 aaiz ada. Mmg havoc event lelongan runtuh masa tu. Cepat je sold out

    BalasPadam
  11. i bet many Muslim friends could find and get so many different choices of outfit that to fit they Holy Month of Raya.

    BalasPadam
  12. tak pernah tak meriah ya Jakel ni kalau nak raya. nampak gaya tahun ni kena shopping baju raya sini la ya.

    BalasPadam