Masa Untuk Bergaya Seperti Star of PRIMAVALET Semperna Lebaran 2018

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalua sebut pasal fesyen dan juga baju raya orang perempuan lah paling teruja untuk membuat pembelian. Malah ada yang dah siap beli pakaian seawal bulan Januari tahun ni lagi. Punyalah excited nak menyambut raya takut katanya tak dapat beli yang sedondon atau juga tak ikut trend.


Kini Primavalet hub fesyen terbesar di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan koleksi Raya tahun 2018. Maha adalah antara tetamu yang mendapat jemputan bagi menghadiri malam PRIMAVALET Fashion Hub 2018 Raya Collection yang bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Pertama kali Maha datang majlis fashion show macam ni memang rasa teruja nak tengok koleksi terbaru mereka.


Pada malam itu acara dimulakan dengan majlis Press Conference yang diacarakan oleh Dee dan barisan panel seperti pengasas Primavalet sendiri iaitu Dr Arshad bersama beberapa duta mereka. Di antara artis yang juga duta mereka adalah Nabila Razali, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Janna Nick dan Atikah Suhaimie


Pada majlis tersebut Dr juga turut memperkenalkan beberapa vendor utama yang juga turut sama menjadi penyedia koleksi terbaru Raya 2018 kali ini. Di antaranya adalah Ezuwan Ismail, Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co. Termasuk koleksi sendiri Primavalet iaitu PV Man, PV Women dan PV Kids.

Dr Arshad (tengah) bersama barisan duta dan pereka PRIMAVALET

"Untuk Syawal kali ini, Primavalet akan melancarkan lebih daripada 70 koleksi dan rekaan daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ini adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga yang sukakan konsep sedondon di pagi Syawal,” Dr. Arshad mengulas pada sesi pc  tersebut.





Selepas sahaja habis pc tersebut Maha terus ker Ballroom utama hotel untuk acara runway model bagi menyaksikan acara kemuncak memperaga semua koleksi terbaru yang ada di outlet Primavalet tahun ini. Majlis yang penuh meriah dan juga gemilang pada malam itu dihadiri lebih kurang 1000 orang tetamu luar dari jangkaa.




Malam tersebut diacarakan oleh dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Elfira Loy. Menghimpunkan lebih daripada 126 model memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya, koleksi kali ini dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi Primavalet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.



Maha paling teruja bila dapat menyaksikan koleksi pakaian Raya khas untuk kaum lelaki sebab selalu kalau orang lelaki terikat dengan Baju Melayu dan sampin sahaja. Tapi di Primavalet terdapat juga pakaian seperti jubah, kurta dan juga baju kemeja. 



Kalau koleksi untuk orang perempuan memang tak payah cakaplah memang banyak sangat daripada baju kurung, baju kebaya, telekung, songket dan juga baju berasaskan fabrik saree. Diolah dengan cara tersendiri dan membawa identiti yang berbeza dengan tempat lain itu kekuatan Primavalet. 





Pada akhir acara kemunculan barisan duta atau dikenali sebagai "Star Of Primavalet" bersama dengan pakaian daripada koleksi mereka beraksi dengan gaya tersendiri. Selepas tu ada acara memotong kek simbolik dengan perasmi Raya Collection 2018 yang boleh didapati di semua cawangan seperti di Ostia Bangi, Pasri Tumboh Kota Baharu dan Wangsa Maju 118.


Bagi Maha ini adalah antara koleksi menarik yang menawan hati untuk korang beli bagi persiapan raya akan datang tak lama lagi. Semua koleksi baru ini boleh didapati secara berperingkat bermula 1 Mei ini sehingga Ramadan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan secara atas talian di www.primavalet.com dan juga melalui ejen serta personal shopper rasmi Primavalet.


*Gambar koleksi Mahamahu dan juga Pa Pa Din






Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Wow. Memang kerlas koleksi dari Primavalet ni. Rambang mata tengok dari baju kurung hinggalah telekung.

    BalasPadam
  2. Wow! Memang grand betul event ni ya! Nampak koleksinya juga cantik bukan main! Sakanlah masing-masing bergaya raya tahun ni ya. hihi

    BalasPadam
  3. Classnya Primavalet nye event ni! Koleksi pun banyak yang menarik kat mata. Ish, tak pasal pasal baju raya beli kat Primavalet je nanti... hahaha

    BalasPadam
  4. The collection looks really elegant. The prints are quite eye catching. And the colors just pop out - wonder if I should get some for myself too :)

    BalasPadam
  5. Wow ramainya designers dan baju pun banyak yang cantik2. Dah la belum ada plan nak beli baju apa raya nanti. Haa terima kasih Maha bagi idea mana nak cari baju untuk Raya tahun ni.. Hehe..

    BalasPadam
  6. cantik-cantik dan nampak eklusif.
    Janji Kita

    BalasPadam
  7. Lama tak jenguk blog encik Maha. Biasa genre makanan je.. tapi now Maha update pasal fesyen.. heheheh anyway cantik-cantik baju semuaa

    BalasPadam
  8. Rambang mata tengok design baru dalam koleksi raya deorang. Semua lelawa dan paling penting sopan, sesuai untuk yang pakai tudung macam saya.

    BalasPadam
  9. Koleksi Primavalet menjadi koleksi LeYa dan Otomen. WoW!!! Untuk tahun ini, koleksi raya 2018 lebih menampilkan corak elegan dan moden. Mesti seronok peragakannya di 1 Syawal ni. Menarik dan sangat sesuai dengan semua golongan dan yang pasti sopan.

    BalasPadam
  10. nak cantikkkk jugakkkk time raya nanti. alamak nak kena beli di Primavalet lah macam nie. Barulah letop pompom kan. bestnya Maha dapat menyaksikan fashion show yang gah ini. Dah satu level dengan Anna Wintour editor in chief Vogue America nie. wahh !

    BalasPadam
  11. Wah maha pergi fashion show la. Cantik dan eksklusif semua koleksi baju dari primavalet.com. bolehlah intai2 website primavalet ni kot la ada yang berkenan di hati

    BalasPadam
  12. ehh el ! fbi pun ada. lama tak nampak hehe rindu lah pulak. sejak bila el pandai jadi pngacara ni.. Heee hensem nya duta primavelet ni. berkenan tengok baju yang dia pakai. Nanti nak bawak tunang shopping sini lah hehe

    BalasPadam
  13. Cantiknyaaaaaaa semua baju raya tu. Tak sabar nak beli nanti. Sebab berkenan dengan youmeandhunny tu. Berapa la harganya tu. Nampak mahal. Harap-harap murah. Hahhaa. Madi pakai serban dan jubah ke nanti?

    BalasPadam
  14. ada dua tiga jenis baju raya yg menarik kak nora. 1stly yg lelaki warna kuning tu. so nice matching dia. kedua that gala wearing with brown palazo suit. so gorgeous.. but yg part hidung tindik tu x berapa nak setuju jika yg creat muslimah coz anak remaja pasti akan mwngikut. worried coz banyak sudah nampak remaja muslimah tindik hidung.. (sign)

    BalasPadam
  15. Semua buasana best best! I termiss this event kalau tidak boleh lah enjoy the fashion show juga.

    BalasPadam
  16. macam2 jenis rekaan baju ada...paling pentinmg fabrik dan kualiti rekaan bertaraf antarbangsa..kredit utk owner primawalet dr arshat yang sentiasa mahu menaikkan nama pereka pakaian malaysia...

    BalasPadam
  17. Bole rambang mata tengok design... Semua cantik belaka...

    BalasPadam
  18. Raya dah nak dekat, baju raya belum cari lagi oii..Koleksi dia nampak cantiklaa..Mahal ke tak erk, nak kene usha ni..haahha. Mestila banyak saiz nad kan..hehee..Nak kene terjah website dia la

    BalasPadam
  19. banyaknya koleksi menarik dahlah di bawah prima valet ni banyak jenama2 terkenal MY. boleh pergi tengok nanti kat butik PV ni. harap adalah saiz untuk ainy.

    BalasPadam
  20. Banyak betul koleksi primavalet ni yer

    BalasPadam