Menu Baharu Pepper-Licious Dari NY Steak Shack Untuk Masa Terhad

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini suka makan sizzling bersama dengan sos lada hitam. Mesti ramai suka dan kali ini NY Steak Shack seluruh Malaysia membawakan menu baharu mereka yang dipanggil Pepper-Licious.


Konsep makan panas sizzling bersama dengan kuah sos lada hitam yang istimewa. Ini kerana lada hitam mereka gunakan adalah antara lada hitam yang terbaik di dunia iaitu lada hitam Sarawak. Maha jarang masuk restoran ini sebab dengar nama New York tu jadi macam rasa mahal jer makanan kat sini.


Tapi sebenarnya ia adalah restoran milik orang Malaysia yang terilham dari makanan dan hidangan negara uncle sam tersebut. Sebab apa yang membuatkan Maha masuk makan kat sini adalah kerana restoran mereka ada sijil Halal dari JAKIM. Restoran ni popular dengan hidangan seperti steak, pasta, burger dan macam-macam lagi.



Seperti menu baharu ini ada lima variasi semuanya yang korang boleh pilih. Paling best dan hero dalam semua menu ini adalah Sizzling Duck Chop. Kalau sapa-sapa tak suka makan itik boleh cuba ini kerana daging itik sangat lembut tidak berbau dan terasa perapan mereka. Pastu makan panas-panas dilitupi dengan sos lada hitam yang pekat dan menyengat lagi hebat.

Sizzling Duck Chop - RM27.90


Selain itu ada juga beberapa lagi menu yang menarik dalam Pepper-Licious ini seperti Sizzling Lamb Leg, Sizzling Emerald Fish yang menggunakan daging ikan Talapia, serta Sizzling Chicken Cevapi dan Sizzling Beef Tenderlion Skewers. Kalau korang tanya diantara semua ni yang Maha paling suka adalah Lamb Leg dan juga Chicken Cevapi.

Sizzling Lamb Leg - RM35.90


Sizzling Emerald Fish - RM24.90


Kalau korang pula mana yang korang suka, nak tahu kena cuba dulu baru dapat rasanya betul tak. Bestnya hidangan ini semua datang dengan 2 side dish yang korang boleh pilih daripada Fries, Mashed Potato, Pumpkin Rice, Corn On Cob, Coleslaw, Mixed Vagetables dan Salad. Ia menjadi pelengkap kepada hidangan utama ini dan yang Maha akan pilih adalah Pumpkin Rice sedap sangat orang Melayulah katakan.

Sizzling Chicken Cevapi - RM23.90


Sizzling Beef Tenderlion Skewers - RM34.90


Selain daripada itu juga mereka ada sediakan minuman terbaharu yang menyegarkan. Dengan setiap pembelian Pepper-Licious ini korang boleh dapat minuman dengan harga RM6.20 untuk mocktail. Minuman mocktails ini ada empat pilhan iaitu Perfect Mix, Orange Breeze, Minty Lime Cooler dan Lemonade Zest. Ada juga minuman smoothies pada harga RM7.20 yang juga terdapat empat rasa iaitu Banana, Pineapple Lemonade, Red Apple dan Pineapple & Mint

Chocolate Cake

Carrot Cake

Red Velvet Cake

Jadi tunggu apa lagi promosi hidangan ini hanya untuk masa terhad sehingga tak silap Maha sebelum bulan puasa iaitu 13 Mei 2018. Ini kerana bulan puasa nanti mereka akan keluarkan pula set lain bagi buka puasa. Jadi cuba lah kat mana-mana 10 cawangan restoran yang ada seluruh KL, Selangor dan Putrajaya. Maha dah cuba korang bila pula, selamat menjamu selera semua.

Promosi dan lokasi restoran NY Steak Shack layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Selalu lalu je depan kedai ni sebab tengok harganya pun agak mahal juga sebenarnya. Hihi. Apapun kalau sekali sekala mencuba bolehlah. Tengok review abang Maha ni rasa nak mencubalah pulak especially Pepper-Licious tu. Limited time pulak tu!

    BalasPadam
  2. Pernah tengok restoran ni. Tapi belum pernah makan lagi. Dah lama teringin nak pergi. Saya penggemar makanan barat ni. Hehehe.:)

    BalasPadam
  3. dah lama tak makan kat sini..tapi sizzling chicken tu sedap..sama juga dengan desserts dia semua nampoak sedap gilerrr

    BalasPadam
  4. Oo ada halal jakim ye. Selalu lalu je depan kedai. Nak singgah ragu2. Lepas ni boleh lah singgah.nampak menu semua marvelous.paling nak try duck chop tu.

    BalasPadam
  5. Dulu selalu ada chicken chop. Sekarang duck chop pun ada. Kalau ada halal jakim baru tak was was nak terjah. Kalau takde halal saya selalu elakkan pergi. Carrot cake tu nampak mengancam jiwa lah...

    BalasPadam
  6. Yaya memang suka makan di NY Steak Shack! Bestnya nak try la menu baru diorang nanti. Thanks maha for sharing! Terliur kitaaa

    BalasPadam
  7. Akak suka makan kat sini sebab harga berpatutan dan ada sijil Halal kan..okey akak nak try la menu baru diorang...mesti best kan..akak tertumpu kat Duck chop tu..hehehe...selalu chicken chop..ni duck chop plak...

    BalasPadam
  8. Sizzling duck chop indeed special. Being a duck meat lover, I should go there to try it out.

    BalasPadam
  9. Tak pernah aida jumpa menu duck chop! Wow baru ni. Rare! :-)
    Dessert nyer pun, presentation is very nice. Yummy.

    BalasPadam
  10. hoho.. perut rgk lapar tgk menu ni buat lapar memberabgsangkan.. mulalah berangan all this foods ada depan mata.. balik Msia nanti must try.. we ols love foods tapi kak nowa x kuat makan.. hahahah

    BalasPadam
  11. Suka makan dekat sini sebab daging dia tak liat dan sedap perapan sos dia. Kena dengan tekak. Duck chop tu macam menarik hati la. Rare sangat rasanya.

    BalasPadam
  12. Sizzling Chicken Cevapi macam menarik. Prrsentation food superb. Ika nak try la kalau singgah sana hujung tahun ni.

    BalasPadam
  13. NY steak shack pun belum pernah jejak inikan pulak nak rasa menu baru. haha

    BalasPadam
  14. Tak pernah cuba NY Steak ni. Food review pun tak sempat nak join. Sebab selalu NY Steak ni ruby nampak dekat Sunway Pyramid aje. Kat mana ada lagi cawangan mereka? Ampang ada tak? Ingat nak cuba. Hehe

    BalasPadam
  15. Tak perasaan de kedai ni..ntp klu jumpe nnti mesti ingt entri ni. Nmpak sedddddap semuanya.. dengan menu bru ni. Nyum2

    BalasPadam
  16. Bila agaknya Mahamahu nak belanja makan kat Steak Shack nie? Jom la belanja semua menu baru tu. Please Maha! Hehe

    BalasPadam
  17. arghhhhhhhh ! Nampak sedap sangat NYSS yang baru nie. Semalam ada jemputan ke review nie tp xdpt pergi. Rasa nak gigit bucu meja je sekarang nie bila tengok gambar2 nie. Aduiii. Nak pergi terjah lah NYSS IOI CITY MALL tu hari nie.

    BalasPadam
  18. Sizzling lamb leg tu adoiiii menggoda betul... Kek tu semua, alahai.. habis diet.. maha kejam

    BalasPadam
  19. kalau Maha yang ambil gambar.. mesti menu tu nampak berkali ganda sedapnya.. adoi.. semuanya nampak memanggil2 je.. haha.. TB suka lah dengan tempat duduk yang berspan bahagian tepi tu.. nampak macam gebu je kerusi tu.. haha

    BalasPadam
  20. Wahh laparnya semua dishes2 sedapnya favorite i ni huhuhu

    BalasPadam