Majlis Pra Pelancaran MAHA 2018 Dengan Tema Segalanya Wanita

7:00 PG Maha Mahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa masih ingat lagi semasa pergi Karnival MAHA 2016 dua tahun dulu. Kalau korang tak ingat atau lupa Maha ada ceritakan di blog kemeriahan sambutan acara dwi tahunan itu yang sangat meriah dan gilang gemilang.


Tahun ini ia kembali lagi dalam kalender negara sebagai event pertanian terbesar di Malaysia. MAHA 2018 tahun ini membawakan tema Segalanya Wanita, ini kerana bertepatan dengan tahun ini sebagai tahun memperkasakan wanita.


Jadi Maha sebagai orang yang memang suka pergi acara seperti ini sangat menantikannya. Tahun ini mereka menganggarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung selama 11 hari karnival ini akan berlangsung. Macam biasalah ia akan diadakan di lokasi yang strategik iaitu MAEPS Serdang dan bakal dipenuhi usahawan dengan sasaran 30% daripadanya datang dari golongan belia.


Baru-baru ini Maha sempat menghadiri Majlis Pra Pelancaran MAHA 2018 yang telah diadakan di Pavilion Sarawak MAEPS Serdang. Majlis ini dilancarakan oleh orang kuat disebalik karnival gilang-gemilang ini iaitu Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 



Dalam ucapan beliau juga turut menegaskan tentang kepentingan wanita dalam dunia pertanian ini yang segalanya mampu mereka lakukan. Betapa besarnya pengorbanan dan kesungguhan wanita dalam kehidupan keluarga sehingga hari ini kaum wanita mula berjinak dalam bidang usahawan yang melibatkan agromakanan ini.




Mereka juga turut memperkenalkan 3 ikon usahawanita yang sudah berjaya dalam bidang agromakanan iaitu Puan Rohazawati (pengusaha durian crepe), Puan Sharifah (pengusaha cili Bangi) dan Puan Norli (usahawan biskut dan kerepek). Juga sama turut diraikan 11 penaja utama acara terbesar negara ini. 


Jadi tahun ini orang perempuan kena datang beramai-ramai ke MAHA 2018 yang akan berlangsung pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 hujung tahun ini. Ini bagi menunjukkan tanda sokong kepada memartabatkan perjuangan dan usaha wanita dalam mengembangkan ekonomi negara juga. MAHA tahun ini mensasarkan jualan lebih daripada 300 juta dari semua produk dan industri.


Bagi Maha sendiri tak rugi datang acara ini kerana bukan setakat dapat membeli tapi kita juga boleh dapat ilmu kerana kita dapat tahu teknologi dan sistem baru yang mereka guna dalam industri agriculture di negara kita. Pulak tu ada lebih daripada 1,500 gerai jualan yang akan dibukan dengan pelbagai aktiviti menarik.



Merancakkan lagi MAHA 2018 kementarian telah merancang karnival bergerak ditiga lokasi untuk acara jelajah Road To MAHA 2018. Di antara lokasi yang telah dan akan berlangsung adalah di Lundu Sarawak (24-25 Mac 2018), Teluk Intan Perak (31 Mac- 1 April 2018) dan Kemaman Terengganu (5-7 April 2018)


Berita baik untuk usahawan di luar sana, jika berminat untuk menyertai MAHA (membuka booth) boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan dan sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani.

Boleh hubungi:-
SEKRETARIAT MAHA 2018
Contact No. : 012-2787936
Email : maha.sales.team@gmail.com 

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Facebook Page : https://www.facebook.com/MAHA2018my
Instagram : https://www.instagram.com/maha2018my







Anda juga suka post ini...

19 ulasan:

  1. Confirm Maha pergi kan...hahahaha...dulu MAHA kat serdang je kan..kini kat Perak plak..alahai..x tau la boleh jejak ke tak..yang kat Serdang pun tak sempat SA nak terjah...Suka timba ilmu kat sini bab- bab pertanian...beli apa yang patut pun suka sebab murah

    BalasPadam
  2. Seronok kalau dapat join Maha ni macam2 ada.kenapa la tak buat dekat johorrr huargh tempat lain jauh sangat nak datang

    BalasPadam
  3. memang akan terjah ke sini

    BalasPadam
  4. Segalanya untuk wanita, kena ajak mak-mak ler pasni suruh teman kalau nak pergi. Bagus program ni. boleh gak makan-makan..haha

    BalasPadam
  5. Yang kat Teluk Intan tu road tour je kan? Rajin juga pergi Maha ni. Banyak aktiviti dan benda baru yang boleh dipelajari.

    BalasPadam
  6. macam kena pergi je ni sebab tema 'segalanya untuk wanita'. haha. macam sesuai je. mesti ada banyak makan2 best kat sana ni kan.

    BalasPadam
  7. Laa... Mati2 ingat Maha yg buat program MAHA 2018 ni.. Hahaha adoi... Jd pening baca td sebab sama.. Hahaha.. Bgus la ada prgram gini.. Jeles lak tgk tmpt lain ada.. Johor bakal ada buat juga x ekk??

    BalasPadam
  8. Sempat plan nak pergi maha tahun ni.. maha jangan lupa remind kami pegi MAHA hujung tahun ni..hehehe

    BalasPadam
  9. Wah bangganya sebagai seorang wanita bila tema semua tentang wanita. Nak pegi jugak MAHA tahun ni. Kena save date sesiap ni

    BalasPadam
  10. wah... MAHA ni event yg grand sangat... sebagai wanita patut support.. nice...

    BalasPadam
  11. Tak sabar nak tunggu MAHA akhir tahun ni..tp rasanya macm teringin nak amik booth satu..syok kalau dpt meniaga kat sini ni..org ramai
    .

    BalasPadam
  12. Bestnya event MAHA ni. Confirm grand. Booth pun sampai 1500 banyak giler.mau meroyan tgk booth banyak banyak nih...kopak duit nanti..hahaha

    BalasPadam
  13. bagus la ada program yang memartabatkan wanita mcm ni. secara menta, wanita mmg kuat!

    BalasPadam
  14. Ala.. Kenapa semua event Maha jauh-jauh.. Teringinnya nak pergi. Tengok pun rasa mesti menarik

    BalasPadam
  15. MAHA antara event yang paling dinanti rakyat Malaysia. Tema tahun ni pula sangat menarik kerana memperkasakan kaum wanita. Confirm ramai orang. Date pula time cuti sekolah pula tu kan.

    BalasPadam
  16. tak sabarkan nak tunggu maha akhir tahun ni. selain daripada pelbagai barangan tempatan, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan

    BalasPadam
  17. Bestnya MaHa ni..dah lama xpi maklum lah kita duk kat penang ni jauh rasanya nak pi ke maha tu

    BalasPadam
  18. Wahhh maha kini kembali! haa last year payment byk. maha tahun ni ok tak sapa mcm tahun lepas hehehe. Teringat lak maha last year sonok jejalan haaa

    BalasPadam
  19. lol ingatkam maha mahuuu hahaha

    BalasPadam